Monday, March 30, 2015

Kesetiaan Tergugat...



Haaaa....jangan u alls fikir bukan2 ye...karang ada yang ingat en hubby me curang pula..nauzubillah..Alhamdulillah so far kesetiaan dia tetap teguh walaupun cintahati dia dah semakin bambam..itu dia yg cakap ok..heee..

Kisah semalam, macam biasa hujung bulan..bukan sebab nak kejar gst ok..yang tu nak tak nak memang kena hadap...semalam singgah kat salah satu kedai  serbaneka peberet kami untuk beli groceries, biasanya kami ke pegi yg kat Bandar Baru Bangi je, tapi semalam ada barang yg terlupa nak beli so drop by kat Speedmart yg berhampiran dengan rumah...

Dalam dok pusing mencari barang...maklumlah kami tak familiar kat situ..so kena pusing2 baru jumpa...suddenly ternampak....geram pun ada..kenapa susun macam tu..tak patut sangat...!!
#&%$#@@@..nampak tak tu..then air tu kat situ..huhhh
Nampak sangat mereka tak prihatin..cawangan BBB tu ok je dorang letak di lorong berlainan..tak silap me sama dgn lorong makanan binatang ...at least ok la kan..ini di letaknya sebelah dengan tin2 susu tu..wondering juga sebab yang me nampak semuanya org Melayu..but think positive je la..maybe ada pekerja non muslim kot..takpun dorang pakai glove masa susun benda tu.. tapi boleh je kot bagi idea kat owner tentang susun atur barang tu kan...bagi idea letak tanda non halal ke..

Lepas ni tak nak dah beli kat cawangan tu..dah jadi terakhir kali kot...hmm...seriously ia sedikit sebanyak menjejaskan kesetiaan me tapi frankly me cakap so far kalau beli groceries 99 Speedmart banyak barang yang murah..Hope lepas ni dorang lebih prihatin tentang sensitiviti masyarakat .


p/s : kalau tak silap me pengusaha pasaraya mmg sudah diingatkan supaya tidak meletakkan makanan halaal & non halal berdekatan..

Friday, March 27, 2015

Contest Teka Berat Baby Amal Insyirah

Klik banner untuk join


Me teka ye...
Berat baby Amal adalah 3.25 kg

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

Thursday, March 26, 2015

GST...



Me bukanlah orang bijak pandai pasal GST...walaupun dah macam2 me dengar pasal GST tapi sampai sekarang masih lagi blur...tengok iklan sudah...dengar penjelasan pun sudah tapi masih tak faham 100%..bukan la tak faham sepenuhnya ok...Tunggu dan lihat aje la..
Sumber : Google
Nak tulis kat sini..nak perjelaskan..me bukanlah nak menentang GST, jauh sekali nak menentang undang2 negara wokey...so sila jangan salah faham. Tapi nak cerita pasal manusia...riaknya manusia bila bercakap..angkuhnya bila bersuara...Kadang2 kita hidup ni jangan sentiasa memandang ke atas , kena pandang juga ke bawah..ye la kita hidup ini tak sentiasa indah..langit tak sentiasa cerah...even kalau berjalan pandang ke atas je pun silap2 tersepak batu ke, tak pasal2 dpt sakit...

Dalam hidup bermasyarakat, nak bercakap kena fikir perasaan orang sekeliling...kalau ada antara u alls orang 'ada2', tapi disekeliling sure ada yg kurang bernasib baik..kerja pagi untuk sesuap nasi waktu pagi, kerja petang untuk sesuap nasi waktu petang..berpenat lelah untuk menyara anak isteri. So bila bab2 harga barang naik, tambang naik, itu ini naik..semuanya memberi kesan untuk mereka...

Kalau ikutkan flow untuk GST oleh kerajaan macam kat bawah ni...hope takde pihak yang tak bertanggungjawab kenakan caj tersembunyi yang mengaburi mata pengguna okey
Sumber : gst.customs.gov
Kalau tak faham juga masuklah laman web kastam ye..baca je kat situ...tadi me baca bahasa omputih, puas cari yg  BM tak jumpa, tapi alhamdulillah boleh la paham walaupun sekolah atap je..hehe...kalau nak tahu apa yang kena GST dan apa yang dikecualikan boleh la refer sini...


p/s : Seriously me TAK SUKA orang yg bodoh sombong..sorry to say that 

Tuesday, March 24, 2015

Air Ooo Air...



Dari Jumaat lepas sampai pagi tadi takde tanda2 nak ada air...sabar je la wahai hati bila call Syabas katanya Isnin dah ada air...ok..me faham kalau bekalan air tu takde sebab pencemaran bagai tapi macam tak logiknya..Taman berdekatan dgn rumah...kat perumahan bawah ada air..kat perumahan atas pun ok je...yg peliknya perumahan kami yg tengah2 ni takde air sedangkan kami berkongsi loji air yang sama..entah lepas dibagi pula alasan saluran pulak tak sama ye...

Memang sangat menguji kesabaran..alhamdulillah kami bertiga je, so air tangki masih ada tapi tak boleh memasak..tak boleh mendobi..cukup untuk mandi dan kegunaan asas..Selama 4 hari memang kedai makan kat Bangi ni kami jadi dapur kami...Cempaka Rimba, Restoran Amir, Warung@Bangi, Restoran Kelisa...itu  antara yg me ingat...baru 4 hari dah muak weyy...

Macam2 cerita yg me dengar..mainan politik la..agenda la...apapun reasonnya lantak le..yang penting jangan jadikan kami bahan...memanglah pihak berwajib hantar air..tahu tak susahnya..sedih tengok makcik tua merungut takde air..sakit pinggang tak larat nak angkut air bagai...kalau setakat 2 hari ok lagi..ini tak direct 5 hari...




p/s....kalau hari ni takde air lagi jawapnya kami kena bertandang ke rumah kakak le..

Thursday, March 19, 2015

Villa D'Faro A'Famosa Resort Melaka ~ Recommended

Semalam me dah citer pasal family gathering kat Villa tu kan.. sengaja tak nak masukkan banyak gambar dalam entri semalam sbb me nak buat entri khas tentang villa ni...

Villa yang terletak dalam kawasan A'Famosa Resort..ada 4 bilik tidur {2 bilik tidur attached dgn bilik air}, semua bilik lengkap dengan air cond termasuklah ruang tamu. Dan yang paling penting ada private pool sebab kami nak anak2 boleh berenang sepuas hati tanpa gangguan..Stay kat sini memang sangat puas hati..kelengkapan asas untuk memasak disediakan ..jar kettle, rice cooker,set pinggan mangkuk utk 6 org, portable stove juga disediakan cuma kena kena beli portable gas yg kecil tu . 

Kalau u alls nak buat bbq jangan risau sebab tempat disediakan, just nice dekat dengan swimming pool dan gazebo. Boleh la family nak lepak2 sambil makan..nak feeling ala2 orang kaya makan tepi pool gitu..hehe..

Okeyyy..Apa kata u alls layan dulu gambar2 kat bawah ni..dalam gambar macam tu , begitulah realitinya...bukan seperti sesetengah tempat tu ..indah khabar dari rupa..:-)...Semua gambar kat bawah ehsan dr Kat Aton, tak silap me adik kpd tuan punya Villa..sgt sporting bila me cakap nak buat entri kat blog terus dia htr kat whatsapp..
View dari depan Villa..ramai yg ingt 2 tingkat actually 1 tingkat aje ye
Gazebo..malam2 lepak kat luar best..sejuk sbb angin kuat sgt kat sini..


View belakang..yg ni la buat me 'jatuh cinta' n suggest kat family utk sewa kat sini..
pool utk ank2 & tempat bbq

Tempat BBQ yg disediakan..tapi arang sila bawa ye..
takkan semua tuan rumah nak sediakan kot.

Ruang tamu...set sofa & meja makan...kalau family ramai 
boleh jer bentang toto kat sini
Ruang makan pun luas, buka langsir tu terus nampak swimming pool
Dapur... kelengkapan basic disediakan kecuali gas
Tuala pun disediakan..tak silap ada 4-5 helai mandi & 5 helai tuala muka
Ada 2 bilik yg ada 2 katil queen..
2 bilik lagi ada 2 katil single mcm ni..
Ok..nak cerita sikit pasal bilik2 tu..yang 2 bilik ada queen bed tu boleh muat 4 dewasa ataupun kalau family ada anak 3 orang yg kecil2 tu muat je, cuma perlu cantumkan katil tu..Untuk yang 2 lagi yang ada 2 single bed tu, kalau dicantumkan boleh muat 3 orang dewasa ...agak luas..attached dgn bilik air.. dan ada tv..tapi bila pergi ramai2 tv tu langsung tak on sbb busy dgn aktiviti kan. So me memang pilih bilik yg ini tapi Naqiuddin nak tidur kat luar so kami berdua aje la kat bilik tu.

Alhamdulillah kami semua sangat berpuas hati..bilik bersih , persekitaran pun bersih...dan yang paling penting villa ini hanya disewakan kepada orang Muslim sahaja..so tak perlu risau untuk gunakan segala peralatan atau peti ais yg ada. Highly recommended untuk family bercuti..terasa rugi sangat stay satu malam je tapi nak buat macam mana..Isnin my mum kena balik kampung sbb next day cousin bertunang..InshaaAllah maybe next time.

Sewa ??? Kadar sewa yang berpatutan...RM800 untuk cuti sekolah..weekend RM700 kot...so kalau berminat dan nak tahu lebih lanjut, u alls boleh contact @ whatsapp no kat bawah ni. 
Kak Aton
012 6962078


Nampak tu..No 888..Villa D'Faro
Lagi satu, me nasihatkan kalau nak booking sila buat awal2..biasanya cuti sekolah memang penuh je. Kalau tak silap me dulu pun bulan 11 @ 12 tahun lepas dah start booking..kena bayar deposit RM100 je..sebulan sebelum pergi kena bagi confirmation...ye la kot ada hal ke.. masih boleh dibatalkan jika ada hal yang tak dapat dielakkan.

Wednesday, March 18, 2015

2 Tahun Sudah...



Pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun arwah ayah 'pergi'...rindu yang tak pernah pudar...bukan disengajakan tapi kadang2 kerinduan itu boleh menitiskan airmata me...bukan tak redha..hanya mereka yang pernah kehilangan orang yang disayangi faham apa yang me rasakan. Allahuakbar..rindu teramat sangat...pic arwah ayah yang terakhir masih setia dalam hp me walaupun dah beberapa kali bertukar hp..

Terbayang setiap masa dan hari2 terakhir me bersama arwah ayah ...sepuluh hari sebelum arwah ayah kembali kpd mengadap Ilahi...cukup bahagia dapat menjaga arwah semasa sakit walaupun tak lama...mandikan, lapkan badan, pakaikan pampers,masakkan makanan permintaan arwah & suapkan makan, urutkan kaki tangan arwah dan papah bila arwah hendak berjalan..

Ya Allah...Kau ampunilah segala dosa arwah ayah....tempatkanlah ayah dikalangan orang2 yang beriman...kau tetapkan hati kami supaya tidak lupa 'menghadiahkan' amalan untuk ayah...Semoga kami menjadi anak yang setia menjaga cinta hati ayah lebih dari nyawa kami sendiri...Engkau kuatkanlah ikatan kasih sayang kami adik beradik kerana itulah kebahagian ayah..
Aamin...Aaminn Ya Rabbal Alamin..

Al fatihah...

Family Gathering @ Villa D'faro A'Famosa Resort



Sempena cuti sekolah ,weekend lepas kami semua berkampung di Villa D'Faro A'Famosa Resort..sebenarnya plan dari last year lagi..booking pun dah siap bayar...bukan apa, untuk pastikan kami 7 beradik, anak2  arwah Mat Lazin & Nik Dah dapat berkumpul*selalu je jumpa yang tak complete 7...susah sebenarnya nak jumpa sama2 macam tu kecuali jika ada kenduri kendara sebab masing2 ada komitmen...

Syukur alhamdulillah...walaupun ada 3 orang anak buah tak dapat join sebab ada kem tapi semuanya berjalan seperti yang kami rancang.....me as a mastermind..haha...maklumlah kakak & abg2 masing2 busy..Chek dan abg me yg mengajar kat kg sampai hari Jumaat dgn abg yg sulong...kebetulan dia ada kerja kat sana...

Supaya semua berjalan lancar me dah draft apa aktiviti kat sana nanti...dari sampai hingga time to check out..Alang2 semua ada, kami decided to celebrate befday anak buah...Khalish Naqeb yg turn to 1 pada 16 Feb lepas... 

Banyak sebenarnya pics yg me snap tapi biasalah bila berkumpul tu macam2 pesen yg ada so takleh nak share kat sini...faham2 je lah ye..sorry ye..


Check je terus makan sbb lapar..
Makanan tu kami masak kat rumah..masak yang senang dan simple..sup tulang..ayam & daging goreng ..wajib ada ulam-ulaman...then me buat sedikit cheesekut &kek apam susu...SIL pula buat tart telur :-)
Ini je yg sempat..apam tu ntah nape rupa
jadi macam tu buat rasa ttp ok je..hehe
Anak2 belum apa2 dah serbu kolam renang so yang kena monitor mereka tu terpaksalah gilir2 makan..
Nampak tu..kena perhatikan budak2 tu sbb semuanya x tahu berenang :)
Bapa masing2 tgh menjalankan 'tugas' kecuali Naqiuddin ..takkan
nak dipegang mcm cousins yg kecik kot..hehe
Kami kaum hawa, petang & malam baru mandi tapi no pics to share sebab...sebabnya kami kan free hair kat dalam tu...dgn gaya berenang masing yg tak berapa nak reti kan..malu lorr...

Lepas solat kami ke Giant Tampin, tak jauh pun..lebih kurang 15-20 minit camtu..rasanya itu pekan yang terdekat untuk u alls nak beli barang2 kot..tujuan kami hanya nak pegi Secret Recipe nak beli kek untuk celebrate befday anak buah malam nanti..
Budak kecik ni..dlm kereta bukan main aktif..
sampai SR kononnya penat la tu..notty ye Khalish..
Lepas maghrib terus start aktiviti bbq dan sambutan belated befday si kecik ni...

Geram tau Cikma tengok awak ni..
Suka sangat dia dapat main air..
Nampak tu..x reti penat...

Menghias gazebo ..chek jadi pemerhati...yg pasti she was so happy..
Bila acara potong kek bermula, befday boy dah start merengek..maybe penat kot..
Mcm2 cara ibu ayah & cousins cuba buat nak pujuk dia..
Makan2  ...best jugak makan tepi kolam mcm ni sambil borak2..:)
Stay 1 malam macam sekejap sangat...tak puas rasanya berkumpul macam tu..on the way balik sempat lagi singgah bergambar..welll...gambar2 tu semua kan jadi kenangan yang terindah untuk kita tatap satu masa nanti...idak gitu..;-)..




Yang ni koleksi 'tuan rumah'...saja je cantum pics macam tu..nampak kecik sikit badan tuan rumah yg dah semakin kembang ni..hehe




Then singgah beli apa yang patut...malas nak masuk Bandaraya sebab for sure crowded yg teramat sangat...so kami decided berhenti je beli kat gerai2 tepi jalan tu..

Kat sini je..senang sbb tepi jalan..anak2 dok dlm kereta sbb panas kt luar tu
Ya Allah..Kau lindungilah keluarga kami..Engkau pjgkanlah umur chek kami...kukuhkanlah ikatan kasih sayang kami adik-beradik dan keturunan kami...jauhilah kami dari persengketaan...Ya Allah, Engkau cucurilah rahmatMu keatas arwah ayah kami..tempatkan arwah dikalangan org2 yg soleh..sesungguhnya kami semua rindukan dia...aamiin...

p/s : andainya arwah ayah masih ada, me yakin dia adalah org yg paling happy bila berkumpul mcm ni..
~ Next me akan wat entry pasal Villa Dfaro yg kami stay ..~

Wednesday, March 11, 2015

Demi Mu Wahai Anak



Seriously mata ni rasa macam nak terpejam jer...mengantuk tahap gaban...orang cakap minum nescafe boleh hilangkan ngantuk tapi itu minuman rutin me hari2, minum tengah malam pun me still ok..boleh je lelap...maybe dah kalis kot.
Macam ni la situasi me skrg..
Pic google...
Idak le sampai ghupe ini..ini dah melampau..karang tak pasal2 kena halau dengan MD..
Hahaha..malu wey kalau gini gayenye...
pic : google
Sejak Naqiuddin masuk tuisyen , 2 kali seminggu kami sampai rumah dah almost 11 malam . Siap itu ini...paling cepat pun 12.30am baru boleh beradu...yang tu me tak kisah..demi anak...kami sanggup berkorban. Tapi yang menjadikan me penat sangat sebabnya lately water supply kan tak menentu dek pencemaran amonia... since kelmarin sampai pagi semalam memang takde air...kain bertimbun..itu la yang me kerjakan malam tadi..2 round baru clear. 

Bertambah mengantuk bila me ambil pula ubat alahan untuk eczema..terlupa ubat2 tu boleh menyebabkan me mengantuk, lagipun bukan selalu me telan ubat tu ..itulah sbbnya boleh lupa...sepatutnya kena ambil paling lewat pun pukul 9 malam...tapi malam tadi dah terlewat 4 jam...sudahnya hari ni mata dah macam nak tongkat dengan batang mancis...
Malam tadi...before masuk kelas, sempat lagi 'mengepaw' abah...
mentanglah dkt dgn cool blog..
Hopefully kejap lagi hilang la mengantuk ni...
La takkhudzuhu sinatuw wala naum"
“Dia  tidak mengantuk dan tidak tidur”(sepotong ayat dari ayat Kursi)

Tuesday, March 10, 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih



Hai U alls jom ramai2 join Gateaway by Uzu aka blogger Emas Putih...banyak hadiah yang best2...rugi tak join..mana tahu ada rezeki u alls kan ^◕‿◕^
As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Friday, March 6, 2015

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me



Sila klik banner untuk join :)
Jom join...mana tahu rezeki u alls utk dapat cenderamata dr IKEA kan ...tarikh tutup 31.3.2015

MOMMY LIZZ`S BIRTHDAY GIVEAWAY



Sila klik banner kat bawah untuk join ye :-)

Syarat2 sangat mudah :-
1. Buat satu entry bertajuk MOMMY LIZZ`S BIRTHDAY GIVEAWAY

2. FOllow & Like


3. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen



TARIKH TUTUP : 31 MAC 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH



Salam Pagi Jumaat...



Jom join...masa pun masih ada lagi kan...
Hadiah ??? Ada shawl, ada purse...nak tahu lagi detail sila klik banner kat atas tu..^◕‿◕^.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...