Tuesday, March 3, 2015

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Guru Tahun 6 2015



Sabtu lepas, menunaikan semua parents tahun 6 diminta hadir untuk Majlis Permuafakatan....tujuan utama adalah untuk mendedahkan kepada ibubapa tentang arah dan hala tuju anak2 didik SRAI selepas darjah 6 nanti..Alhamdulillah ramai yang hadir.

Since SRAI dikategorikan sebagai sekolah swasta, apa2 pun keutamaan diberikan kepada sekolah2 dibawah bantuan kerajaan terlebih dahulu. Pada me, Majlis ini sebenarnya  satu persediaan dan  kesedaran untuk ibubapa anak2 SRAI supaya tidak mudah melatah jika ada sebarang kelewatan mendapat tawaran ke SBP atau pilihan sekolah menengah . Peluang tu tetap ada so kami tak risau.

Kami didedahkan dengan pelbagai cara dan peluang dari dua orang penceramah yang hebat..kalau selama ini risau jika anak ditempatkan disekolah2 yang kita tak nak..dalam erti kata lain tiada dalam senarai kita nak hantar anak ke sana..Yang bestnya..me terkesan dgn kata2 Tuan Hj Misron bin Mahmod..."jangan risau jika anak2 tidak melalui pendidikan akademik terlebih dahulu...sekiranya anak2 didedahkan dengan tahfiz..InshaaAllah belajar dalam masa yang singkat pun anak2 kita akan berjaya..sebabnya hati mereka terang.." ..malah katanya ada seorang pensyarah di sebuah universiti tidak melalui sistem pendidikan akademik hanya belajar tahfiz sahaja..

Tak sempat nak snap banyak gambar...entah nape setiing tak betul kat hp me, dah blur jer pics tu semua..:(
Antara intipatinya
Penceramah yang hebat iaitu....Tuan Haji Yunos b. Pipet (Jabatan Pendidikan Selangor) dan Tuan Haji Misron bin Mahmud(Pejabat Pendidikan Islam Daerah Hulu Langat) ...memang tak ngantuk sebab mereka suka buat lawak...hehe

Alhamdulillah dan InshaaAllah banyak membantu parents SRAI melalui majlis sedemikian.
Tarikh penting buat Naqiuddin dan raka2 sebayanya
Nampak tu..masing2 kusyuk je..:-)
Apa2 pun semuanya terpulang pada rezeki masing2...yang pentinga anak2 telah berusaha...cikgu telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan yg sewajarnya...ibubapa penjaga juga telah memberi yang terbaik untuk anak2..selebihnya sama2 kita berdoa dan tawakal..semoga anak2 diterangkan hati untuk menimpa ilmu kerana Allah Taala...terkesan dengan kata2 penceramah, biasakan beritahu anak-anak niat menimba ilmu kerana Allah bukan kerana nak jadi yang terbaik semata-mata...

Melalui majlis tersebut..baru me tahu rupa2nya ramai parents anak2 SRAI sanggup mengambil cuti dan akan berada di surau sekolah bila anak menduduki UPSR...bukan menunggu semata-mata tetapi untuk memberi sokongan & dipenuhi dengan bacaan yassin dan solat hajat beramai-ramai..Allahuakbar...InshaaAllah aku akan menjadi salah seorang darinya bila tiba hari tersebut...:-)

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bakal berhadapan dengan ini juga satu hari nanti, bukannya sekarang... jauh lagiii... perkongsian yang menarik... ^_^

Nurzakiah Hanum said...

great :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...