Thursday, March 19, 2015

Villa D'Faro A'Famosa Resort Melaka ~ Recommended

Semalam me dah citer pasal family gathering kat Villa tu kan.. sengaja tak nak masukkan banyak gambar dalam entri semalam sbb me nak buat entri khas tentang villa ni...

Villa yang terletak dalam kawasan A'Famosa Resort..ada 4 bilik tidur {2 bilik tidur attached dgn bilik air}, semua bilik lengkap dengan air cond termasuklah ruang tamu. Dan yang paling penting ada private pool sebab kami nak anak2 boleh berenang sepuas hati tanpa gangguan..Stay kat sini memang sangat puas hati..kelengkapan asas untuk memasak disediakan ..jar kettle, rice cooker,set pinggan mangkuk utk 6 org, portable stove juga disediakan cuma kena kena beli portable gas yg kecil tu . 

Kalau u alls nak buat bbq jangan risau sebab tempat disediakan, just nice dekat dengan swimming pool dan gazebo. Boleh la family nak lepak2 sambil makan..nak feeling ala2 orang kaya makan tepi pool gitu..hehe..

Okeyyy..Apa kata u alls layan dulu gambar2 kat bawah ni..dalam gambar macam tu , begitulah realitinya...bukan seperti sesetengah tempat tu ..indah khabar dari rupa..:-)...Semua gambar kat bawah ehsan dr Kat Aton, tak silap me adik kpd tuan punya Villa..sgt sporting bila me cakap nak buat entri kat blog terus dia htr kat whatsapp..
View dari depan Villa..ramai yg ingt 2 tingkat actually 1 tingkat aje ye
Gazebo..malam2 lepak kat luar best..sejuk sbb angin kuat sgt kat sini..


View belakang..yg ni la buat me 'jatuh cinta' n suggest kat family utk sewa kat sini..
pool utk ank2 & tempat bbq

Tempat BBQ yg disediakan..tapi arang sila bawa ye..
takkan semua tuan rumah nak sediakan kot.

Ruang tamu...set sofa & meja makan...kalau family ramai 
boleh jer bentang toto kat sini
Ruang makan pun luas, buka langsir tu terus nampak swimming pool
Dapur... kelengkapan basic disediakan kecuali gas
Tuala pun disediakan..tak silap ada 4-5 helai mandi & 5 helai tuala muka
Ada 2 bilik yg ada 2 katil queen..
2 bilik lagi ada 2 katil single mcm ni..
Ok..nak cerita sikit pasal bilik2 tu..yang 2 bilik ada queen bed tu boleh muat 4 dewasa ataupun kalau family ada anak 3 orang yg kecil2 tu muat je, cuma perlu cantumkan katil tu..Untuk yang 2 lagi yang ada 2 single bed tu, kalau dicantumkan boleh muat 3 orang dewasa ...agak luas..attached dgn bilik air.. dan ada tv..tapi bila pergi ramai2 tv tu langsung tak on sbb busy dgn aktiviti kan. So me memang pilih bilik yg ini tapi Naqiuddin nak tidur kat luar so kami berdua aje la kat bilik tu.

Alhamdulillah kami semua sangat berpuas hati..bilik bersih , persekitaran pun bersih...dan yang paling penting villa ini hanya disewakan kepada orang Muslim sahaja..so tak perlu risau untuk gunakan segala peralatan atau peti ais yg ada. Highly recommended untuk family bercuti..terasa rugi sangat stay satu malam je tapi nak buat macam mana..Isnin my mum kena balik kampung sbb next day cousin bertunang..InshaaAllah maybe next time.

Sewa ??? Kadar sewa yang berpatutan...RM800 untuk cuti sekolah..weekend RM700 kot...so kalau berminat dan nak tahu lebih lanjut, u alls boleh contact @ whatsapp no kat bawah ni. 
Kak Aton
012 6962078


Nampak tu..No 888..Villa D'Faro
Lagi satu, me nasihatkan kalau nak booking sila buat awal2..biasanya cuti sekolah memang penuh je. Kalau tak silap me dulu pun bulan 11 @ 12 tahun lepas dah start booking..kena bayar deposit RM100 je..sebulan sebelum pergi kena bagi confirmation...ye la kot ada hal ke.. masih boleh dibatalkan jika ada hal yang tak dapat dielakkan.

10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik n selesa

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumBetul tu Hanum..sgt selesa

JMR said...

tang ada private pool yang best skali..hehe

SaniYunus said...

Macam best aje..Kalau buat family gathering...maksimum boleh muat berapa orang ya?

Norma NML said...

@JMRJMR..itu 1st priority masa nak google cari tempat utk gathering :)..

Norma NML said...

@SaniYunusMaksimum u susah nak ckp en Sani..kami hari tu 13 dewasa n 6 knk2 tapi still boleh muat tu..tapi kalau pegi bkn adik beradik dlm tu ada 4 rooms je..

Cik Enonimus said...

Assalamualaikum. Singgah sini. Jom join contest saya. Semoga sama-sama dapat manfaatnya okayy? 85 hadiah menanti anda! Apa lagi? Jom jom. Join melalui fb, insta pun boleh. http://lovingnur.blogspot.com/2015/03/contest-hijab-lets-wear-it-right_13.html

♥TheOnlyFarah♥ said...

wah bestnya.. mmg sesuai kalau datang buat family gathering kat sini kan..=D

CikLily Putih said...

cantik tpt ni

Smart Rental said...

Sila layar FB atau IG saya Nirzab2001 Villa D Faro saya. Whatsapp 01121007380. Harga boleh nego sampai jadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...