Friday, April 10, 2015

Nampak Simple Tapi Pengajarannya.....



Rutin kalau sampai rumah awal sebolehnya kami cuba berjemaah...kalau me tak sempat nak join, 2 hero tu je la yang berjemaah...biasalah, kdg2 me tengah masak azan berkumandang takkan nak berhenti kalau tengah menggoreng ayam kan. Dah siap masak dan mandi baru me solat. 

Lepas dinner...solat Isyak & solat hajat , then rutin En hubby pula...monitor Naqiuddin mengaji..alhamdulillah dia ni jenis yang 'mengenal'...so boleh je baca cuma kena perhatikan tajwid je...ikutkan dah lama dia boleh khatam tapi since kat area rumah kami takde guru yang mengajar mengaji so kami bayar ustazah kat sekolah dia , itupun sehari dalam 15-20 minit je..faham2 je la kalau kat sekolah, masa pun terhad. Sejak masuk darjah 6, dia dah tak mengaji kat sekolah sebab tak sempat katanya...hanya mengaji bila subjek Al Quran. Itu pun nasib baik dah masuk last juzuk..

Malam tadi curi2 snap pic Naqiuddin tengah mengaji..kononnya dok kat sofa tu main2 hp...
Dia tak perasan sbb no flash...
Then snap dari jauh sikit...kononnya nak kenakan en hubby...boleh pulak dia boleh main hp sambil monitor anak mengaji..
Nampak tu...mata ke hp je..
Kononnya nak tegur tapi kadang-kadang terdengar dia betulkan tajwid si anak yang tak betul...hmm...setahu me dia takde la hafal sampai 30 juzuk tu..kalau surah2 yg penting tu ada la..
Laaaa...baru  perasan, rupanya dia guna application iQuran
#snap wth flash#
Alamak...dah salah faham..lagipun dia takkan buat mcm tu...I should know him well..tiba2 rasa bersalah sangat..sorry ye Dling, I get you wrong...so sorry...
Dah habis mengaji..sempat lagi posing tu...
Sedikit info tentang applikasi iQuran,kena berhati-hati bila nak download sebab banyak sangat jenis iQuran skrg ni, takut terkena yang tak betul..yang dah ditokok tambah...tapi en hubby cakap yg dia guna tu dia dah compare terlebih dahulu dgn Al Quran sebelum monitor anak mengaji....hmm... accepted :)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Yana Yani said...

wah...sejuk hati dok tengok anak bujang camni kan
bekalan kita di akhirat nanti
tumpang berbangga =)

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumG.morning Anum :)

Norma NML said...

@Yana YaniAlhamdulillah..aamiin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...