Thursday, April 9, 2015

Tak Sayang Ke ?



Tajuk tu takde kena mengena dengan kisah kasih sayang suami isteri ok..Suami ?? Haruslah sayang isteri..InshaaAllah tetap kukuh dan bertambah sayang walaupun dah berbelas tahun...tapi action kami taklah seberani Johan dan Ozlyn*malu weyy... kat public tu..cukup sekadar jalan berpegang tangan udah..hehe 

Kejadian ni pun me dah tak berapa ingat bila tapi still fresh dalam kepala 'video' kejadian tu...tempatnya kat mana..waktu pun masih ingat..Cuma terlupa nak buat entri, masa dok belek hp baru perasan pic ni..itu pun satu lagi pic me dah terpadam..

Apa perasaan dan kata2 yang keluar dari mulut u alls bila tengok pic macam kat bawah ni...
Yang hitam dalam bulatan tu kepala budak ok..& it's highway..
Seriously me memang sangat pantang nampak sesiapa yg drive @ penumpang dewasa biarkan kanak2 keluarkan kepala mahupun tangan thru tingkap macam tu...sure akan jadi bahan marah*sorry lah ye wahai pemandu,kami bukan nak umpat kamu tapi kami luahkan rasa tak puas hati je kami suami isteri...dalam dok geram tu..conclusion yang kami berdua dapat ialah...orang tu tak sayang anak..bukan nak gebang nak bangga bagai tapi since Naqiuddin kecil sampai dah nak masuk 12 tahun, tingkap belakang tu memang dia takkan buka sebab kami memang tak benarkan..tidak sekali-kali...so dia dah tahu. 

Dalam hal ini anak2 tak boleh dipersalahkan..apa salahnya create our own rules untuk anak2...bukan nak berkeras tapi kena bertegas demi keselamatan mereka..itu tanggungjawap kita, amanah dari Allah ok..kanak2 ni mereka hanya tahu seronok aje, jadi kita yang dewasa..yg tahu kesan buruk dan akibatnya haruslah lebih concern...Please la...bukan nak fikir negatif, tapi sesuatu kejadian tu tak dapat kita duga, bayangkan kalau kereta dilanggar dari belakang..kereta terbabas ke..paling tak kebetulan motosikal cilok & terlanggar kepala kanak2 tu..cuba bayangkan ...nauzubillah...tak sanggup me nak tengok kejadian macam tu.

Kadang pelik dengan sesetengah orang, ikutkan je..anak nak duduk atas riba bila bapa drive boleh...anak nak duduk kat celah2 antara penumpang & pemandu tu pun boleh, anak berdiri menari-nari kat seat belakang tu pun dibiarkan je..hisshh tak faham. Jangan dibiarkan, dah jadi nak menyesal pun tak guna...Please la wahai ibu bapa..

Wondering kenapa negara kita tak adakan undang2 seperti Australia ke, di mana kanak2 bawah 7 tahun harus berada dalam car/booster seat..kalau kat Jerman lagi ketat undang2nya.. kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah tak boleh duduk ditempat duduk penumpang sebelah pemandu..harus duduk dibelakang dan memakai tali pinggang keledar.

p/s..dulu pernah sekali me upload gmbr kat entri ke Cameron Highland..kes lebih kurang macam ni...

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bahayanya

Farah Waheda Wahid said...

selalu nampak kak, tulah, payah nak cakap, kadang-kadang ada parents yang tak ada sense... tak suka tau macam ni...

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumBetul tu Anum..

Norma NML said...

@Farah Waheda WahidTu la..geram je nengok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...