Tuesday, April 7, 2015

Tukar Lagi..



Sekejap je dah April,  hari ni Naqiuddin akan start tuisyen kat tempat baru lagi..Ikutkan ini dah kali ke 2 kami tukarkan tempat dia tuisyen...tapi nak tegaskan kat sini..bukan sebab kami tak puas hati dengan kedua-dua tempat sebelum ni...Sebab both place ok , dia pun selesa je belajar kat situ.

Masa kami daftar kat Smart Math Seksyen 7 BBB...satu masalah yg buat kami stress, nak masuk area situ ..pehhh 'makan jem tanpa roti' so u alls bygkan, tak ke muak tu....kami terpaksa rushing, then kesian kat dia makan nak kena cepat, since kat situ pukul 7.45pm dah start so dia memang kena solat kat pusat tuisyen.

Masuk Februari, dah tak tahan kami survey tempat lain..kira dekat sikit..kat Seksyen 3, Pusat Tuisyen Gemilang...the best part kat situ kebanyakan tenaga pengajarnya terdiri drp guru2 pemeriksa kertas peperiksaan UPSR..kiranya satu bonus la kan...mula2 ok lagi, lagipun pukul 8.15pm baru start..tapi setiap kali nak balik masalah yg kami hadapi since kat situ ada beberapa kedai makan & pusat2 tuisyen lain so memang susah.

 Salah satu sebab utamanya sikap..sikap manusia yg selfish..tahu la nak makan tapi jgn la parking sampai separuh dari jalan tu..tak pasal2 kenderaan keluar masuk terpaksa berkongsi jalan..u all bayangkan jalan sehala tetapi digunakan utk dua hala..sakit hati kan...Dah la penat balik kerja..Allahuakbar..memang menguji kesabaran kami.

Finally selepas berbincang dengan dgn hubby, takpe la even segala yuran pendaftaran dah 2 kali burn pun.. dan ats persetujuan Naqiuddin kami decided tukarkan ke pusat tuisyen yang baru..Seksyen 9 BBB, Pusat Tuisyen Faiza Jaya...best part dekat dgn Masjid Hasanah, so bawa dia pegi makan, then mandi & solat Maghrib kat situ...

Apa yg kami harap & doakan, semoga dipermudahkan pembelajaran Naqiuddin ditempat baru nanti, nasib baiklah dia ni jenis tak kisah kami tukar2 tempat, risau juga kot dia tak nak ..maklumlah kawan2 dah mula ramai kat tempat lama tu.Tapi Alhamdulillah..mungkin dah biasa dari kecil dihantar san sini kot..hehe




6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah selasa

YieN said...

semoga dia dpt belajar dgn bersungguh2 :)

m4zs said...

singgah sini...
moga sukses di skolah baru...

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumTq Anum..:)

Norma NML said...

@YieNInshaaAllah..aamiin..:)

Norma NML said...

@m4zstq..InshaAllah..aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...