Monday, May 18, 2015

Nasi Kak Wook @ Choleq Jalan Reko



Macam dah lama tak pekena Nasi Kak Wook...kalau tak silap sejak Choleq (pernah makan colek kat sini) buat renovation bulan Mac lepas. Percaya atau tidak walaupun me orang Kelantan..kat Choleq ni lah me mengenali Nasi Kak Wook...hahaha..karang ada yg cakap me anak bukan Anak Klate derhaka pulak..

Sedap tak sedap tu citarasa masing2, for me dan 2 heroes tu memang kena dgn citarasa..kuah gulai yang tak terlalu pekat...dalamnya ada terung , lobak merah & nenas..sambal belacan pun tak terlalu pedas*yg ni en hubby je makan, me tak dibenarkan sama sekali.

Semalam dah balik dari buat IC Naqiuddin sanggup tak makan nasi kat Alamanda, just beli Roti Boy untuk alas perut semata-mata nak makan Nasi Kak Wook..dah macam orang mengidam pulak...hehe



Macam ni rupanya Nasi Kak Wook (Wok)
kot ada yg tak pernah tengok..Simple but nice :)
Nampak tu hero kecik me ..mmg kena dgn selera dia..en hubby pun sama
& me as well...
Ingat alang2 dah sampai nak pekena aiskrim Kelapa macam kat bawah ni tapi dorang cakap next month baru ada semula menu tu..faham2 aje la..baru lepas renovate so macam2 nak kena set up kan..next month baru pegi ..lagipun otw nak balik rumah je pun...Satu lagi tarikan kat Choleq adalah Maggi Ketam tapi yg ni memang me tak terliur sebab ketam adalah 'robot' yg me tak suka..:)
Pic : FB Choleq...pinjam ye..saja nak bagi kengkawan terliur..haha
padahal diri sendiri yg teringin ;-)
Salah satu tarikan bila masuk dalam Choleq ni adalah sebuah basikal tua..yang dulunya ada kat bawah...sekarang dah naik pangkat dok kat dinding..hehe..
Nampak tu..elok je tergantung..
Choleq..akak pinjam pic ye..jgn marah ;-)
Ok..me pun baru terbaca kat FB tentang Nasi Kak Wok ni..mana asalnya dan siapa pengasasnya...

"Nasi Kak Wok" Rakyat Kelantan memang sudah mengenali akan kesedapan nasi berlauk yang diasaskan oleh Allahyarhamah Kak Wok, lokasi asal kedainya adalah terletak di Lundang, Kota Bharu (belakang KBMC). Allahyarhamah telah meninggal dunia pada 17 April 2011 (Al-Fatihah). Kekuatan utama nasi Kak Wok adalah terletak pada gulai ayam tradisional Kelantan yang memukau, rempah ayam goreng, sambal lada istimewa dan pada cara hidangan nasi ini. Kepada sesiapa yang datang melancong ke Kota Bharu dan cubalah kehebatan nasi Kak Wok."
(petikan dari FB Nasi Kak Wok)...nampaknya balik Kelantan nanti kena ke Lundang la ni...:)
  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...