Tuesday, May 5, 2015

Yang Tidak Di Rancang...



Cuti 4 hari..dari Hari Buruh bersambung hingga cuti Hari Wesak...me berkampung di kampung..tak plan sebenarnya...tiba2 Chek me tak sihat..tak berselera makan..So ambil kesempatan cuti tu me & adik yg bongsu sekeluarga balik kampung..seriously hati memang tak tenang kalau dengar Chek tak makan..Sape2 pun kalau ibu sakit sure susah hati kan.

Hari 1st sampai...sayu hati tengok Chek yg tak larat..bila ditanya nak makan apa, semuanya tak nak..tapi me masakkan juga lempeng sbb slh satu makanan yg dia akan mkn bila tak sihat...makan 2 cubit je..tak boleh nak telan katanya, then belikan cendol..alhamdulillah habis 3 sudu. Then me masakkan bubur..makan dgn sayur air bayam merah & ikan haruan masin bakar..since that dia dah nampak cergas sikit..

Dah rasa sihat nak makan sendiri..
Petangnya me masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi Kayu, alhamdulillah habis 3 suap makan dgn sayur tu je..

Next day makin berselera..happy tengok bila setiap sayur yg dia tanam kat belakang rumah me masak..itu yg dia makan..siap bertambah nasi bila Masak Lemak Putih Sayur Maman+ Isi Ikan Rebus dan Terung Mango(Pipit) Masak Sambal + Ikan bilis halus
Sayur Maman Masak Lemak Putih+Isi Ikan Rebus
Terung Pipit Masak Sambal+Ikan bilis halus
Daging Pekasam Goreng..
Yg ni pun chek buat sendiri :)
Seronok sangat tengok Chek makin berselera makan ramai2 dgn kami anak  menantu dan cucu. Me tahu kami semua adalah semangat dan kekuatan untuk dia...bukan me aje...mana2 anak adalah sumber semangat untuk orang tua mereka..Jika ada peluang..jenguklah..selalulah melawat mereka.. Nak je kami bawa dia dtg KL...but u alls pun tahu macamana orang tua kan..tak nak tinggal rumah mereka. Alhamdulillah hari kami nak bertolak chek dah semakin sihat..dah boleh turun jalan kat laman rumah berbanding hari 1st kami sampai..terbaring lesu...Allhuakbar..syukur sgt padaMu..rasa tenang sikit nak tinggal balik KL..semoga Chek fully recover soon ..
Jaga diri ye Chek...jgn noti2 & langgar pantang tau..
♥ Chek sgt2



1 comment:

NzA said...

moga chek bertambah sihat....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...