Tuesday, June 30, 2015

MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

Assalamualaikum wbt ^◕‿◕^


Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah



1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015
2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 



3) Misi ATJ: 


membantu anak2 yatim,tahfiz,


umah org tua,


fakir miskin, 


pesakit kronik,


gelandangan, 


asnaf 


serta golongan yang memerlukan



4) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah
5) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan
6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt

Cara Menyertai MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY amat mudah iaitu :-

1. Buat satu entri bertajuk  MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

2. Copy banner/logo diatas, pastekan ke dalam entri blog dan backlink ke page ini.


3. Anda cuma perlu like page dibawah



5. Komen link entry anda sebagai pengesahan anda telah membuat entry dibawah



6. TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARIPADA 1 JULAI - 31 JULAI


7. Keputusan adalah MUKTAMAD




P/S kalau rasa tak nak join GA ni pun tak apa..tapi anda boleh like facebook ..Mohon sokongan dari anda semua


Jus Kurma Bersusu & Bijirin Berkhasiat ..

Assalamualaikum wbt ^◕‿◕^

Bulan puasa macam ni dgn cuaca yg panas, pasti ramai yang dok fikir minuman yang menyegarkan aje..pada me makanan nombor 2 tapi tak tahu lah u all macamana kan..Tapi walaupun cuaca panas macamanapu sebolehnya cuba elakkan ais sentiasa..kdg2 tu boleh la..kot nak juga yang sejuk..buat air siap2 letak dalam peti ais..maknanya masa minum tu takde ais ketul.

Me nak share resepi jus yg sangat simple..creamy dan yg penting berkhasiat untuk bulan  puasa...kesnya Sabtu tu kan me sakit perut yg teramat sgt..selera makan pun hilang..tiba2 terfikir nak buat Jus Kurma Bersusu..tapi kalau setakat itu je macam x kenyang..so buka kabinet..ada oat ...ada family nestum...idea dtg..dan inilah resepinya..

15 biji buah kurma
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar nestum
2 sudu besar oat
(dibancuh dgn sedikit air panas hingga kembang)
1 mug ais ketul..

Cara2..
~Buang biji kurma & rebus dgn sedikit air hingga mendidih
~ Masukkan semua bahan2 diatas...kisar hingga hancur..
~ Masukkan ais ketul dan kisar lagi sampai ais hancur..
* Tak dikira ais blended ye sbb kandungan ais secawan sahaja untuk satu jag jus tu..so sejuk pun just nice aje..

Dan inilah hasilnya...
Seeloknya lagi 10-15 minit nak berbuka baru prepare :)
Yang ni pula juadah yang masak weekend tu..dessert Pengat Pisang Nangka tapi lupa nak snap pic.
Ikan Bakar , Kerabu Pucuk Paku + Tauge
& Sambal Tempoyak Ikan Bilis..
Alhamdulillah...walaupun that day tak fully recover tapi Allah bagi me kekuatan untuk menyediakan juadah untuk kami berbuka..

Encik Bunga Encik Sombong *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt ^◕‿◕^

Lately banyak cerita2 base on novel yang best2...salah satunya drama ni...me pernah baca novel ni..memang menarik...macam kebanyakan cerita cinta novel...si kaya dgn si miskin...hmm...
sumber : google

Sinopsis..
Mengisahkan seorang gadis, Intan Asnidar yang bekerja di kedai bunga secara tiba-tiba diajak bertunang oleh seorang CEO syarikat besar, Harris Isqandar. Harris terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan bagi menggantikan Erny Humairah yang menghilangkan diri. Walaupun Intan Asnidar bukanlah seorang gadis yang cantik tetapi tetap menjadi pilihan Harris. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. 

Erny Humairah muncul semula menagih cinta Harris. Manakala Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut Intan dengan pelbagai cara agar Harris berkahwin dengan Erny. Walaubagaimanapun Harris bertegas mempertahankan rumahtangga yang dibina. Seterusnya, Harris Isqandar membuat keputusan melepaskan jawatan CEO dan tinggal dikampung membina kehidupan baru bersama Intan. 

Watak Utama...Amar Baharin sebagai Harris Isqandar & Amyra Rusly
sebagai Asnidar
Episod 1

~ Tamat ~

Hidayahmu Ramadhan *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt ^◕‿◕^

Satu lagi drama bersiri yang menarik dan me memang follow...salah satunya sbb me suka lakonan  Zara Zya(Hidayah), selain tu ada Aeril Zafril,Nazrief Nazri, Reen Rahim, , Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson. ..memang best watak dia dalam drama slot Samarinda ni...siarannya setiap hari Selasa-Khamis..pukul 10 mlm di TV3...

Sedikit sinopsis...
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. 

Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya...seterusnya ???..layan cerita ni..yg pasti memang best :)..Memandangkan sekarang bulan puasa...balik tarawih pun dah lambat so kalau tak sempat nak nonton, boleh download je & tengok kemudian..hehe

Episod 16(2)

~Tamat~






Monday, June 29, 2015

Ujian Hari Ramadhan ke 10...

Assalamualaikum wbt ^◕‿◕^

Jumaat malam lepas perut dah rasa semacam..macam ada angin je kat dalam...sendawa tak..k****t pun tak...betul la kan ,itu je dua cara nak keluarkan angin dari badan ...tak tahu la kot ada cara lain...hehe..

Seingat me ini kali yang ke 4 me alami sakit yang teramat sangat..hanya Allah yg tahu..menggigil rasa badan...kalau perempuan yang pernah bersalin sure tahu macamana rasa sakit contraction..macam tu lah yg me alami...Allahuakbar...

Pagi Sabtu tu kononnya bangun nak masak untuk sahur ...tapi tak boleh..kejutkan en hubby so dia prepare je apa yg patut utk bersahur..masa tu memang tak boleh nak buat apa2..nak sahur mmg tak la...dok menahan sakit..nak baring tak boleh..serba tak kena..en hubby nk bwk pi klinik by that time tp kesian pulak..so tunggu sampai dia solat Subuh dulu...pesan dia mulut jgn lekang dari zikir...

Nak dijadikan cerita..dlm keadaan mcm tu tak mungkin nak pergi kat emergency hospital kan..dah sure lama menunggu...so kami ke sebuah klinik swasta 24 jam kt BBB...alhamdulillah sorang je patient kat depan me..tak sampai 5 minit dah jumpa doktor..

Jumpa doktor je ok..bukan dirawat oleh doktor*emosi masih geram tp me maafkan dia....knp me ckp mcm tu..??? Apa taknya..me yg tengah mengerang sakit tu langsung dia tak pandang..dia dok pandang komputer...agaknya tgh cari ubat yg sesuai bila en hubby ckp me sakit perut yg teramat sgt. En hubby dok explain me sakit mcm tu mcm ni pun dia tak pandang depan..memang dia dgr & ckp.."o..keracunan makanan kot...makan kat luar ye..bla bla bla bla"..me dah tak dgr seterusnya..sbb sakit ok...oooo doktor saya tgh sakit..at least check bukan suruh sentuh pun...sebelum ni mana2 klinik yg me pergi even klinik itu pun..kalau sakit perut yg teruk doktor akan suruh baring n tekan perut coz nk tahu bhgn mana yg sakit..itulah sbbnya en hubby masuk..

Kalau masuk bilik doktor, kita ckp sakit, doktor tekan keyboard tanpa memeriksa pesakit.. baik beli painkiller & ubat angin kat farmasi je...Ya Allah..hilang sbr tau...en hubby yg dok risau tgok me menahan sakit terus je ckp.."lenkali kalau nak dtg sini pastikan kita jgn jumpa doktor tu lagi"..geram agknya tp sbb bulan puasa so sbr je la..

Balik rumah telan ubat2 yg dia bg...sorry to say..me memang tak boleh nak puasa on that day*nti me akn ganti ye..bukan ponteng :)..lepas je makan ubat ..tak sampai 5 minit muntah..semput dibuatnya bila air keluar ikut hidung..perit sangat..Alhamdulillah lepas 2 kali makan ubat baru ok sikit..itupun ada juga dtg2 sakit tu cuma tak lama..ptg tu boleh la me masak yg simple utk 2 hero kat rumah tu..Nak beli kat luar..maybe tak la kot dlm masa terdekat..takut..walaupun a day sebelum kena tu kami makan kat masjid je...apapun me redha dgn ujian dr Dia...cuma yg me jadi bertambah sakit sbb sikap doktor tu...mcm sambil lewa je...adakah macam tu etika kedoktoran ???

Alhamdulillah ...Allah redhakan sakit me petang tu ...dapat lah masak2 untk family.
Ayam Masak Taucu & Bayam Merah Masak Lemak Putih



ps : sampai hari ni jadi takut nak makan..bila perut tu ada je rasa nk sakit terus berhenti..phobia sgt...

Friday, June 26, 2015

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru

Assalamualaikum wbt ..

Kengkawan yang nak rasa stay kat Bayou Lagoon Melaka sila join giveaway ni..dah tentu salah seorang yang bertuah akan menang hadiah UTAMA ini, yg best tarikh penginapan kita yg pilih ok..selain tu ada beberapa lagi hadiah yg menarik..


Sambungan pasal hadiah..

No : 2
Duit Raya RM50
(samada dlm bentuk top up hp @ bankin

No : 3
Duit Raya RM20
(samada dlm bentuk top up hp @ bankin

Ada syarat yang u all jangan terlepas pandang..tag 3 orang kawan supaya follow blog tuan rumah..macam me buat ni...


ps : kawan2 yg telah me tag ...tq sekiranya sudi follow blog tuan tanah..jasa anda akan me kenang.. -

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.

Assalamuaikum wbt..^◕‿◕^

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke9 kita semua menjalani ibadah puasa....since no breakfast, macam biasa bila waktu pagi sampai ofis....me akan baca paper online...menjengok blog kengkawan..kalau sempat tinggal jejak me akan tinggalkan jejak..

Dalam dok melawat blog2 kengkawan alam maya ni...ada beberapa orang yang buat entry pasal Jualan Raya Meletop 2015 by nile.com.my...baru semalam me dgn member ofis dok usha nile.com.my ni...usha handbag,jubah dan blause..Tup2 hari ni nampak pula pasal entry giveaway dorang. Apalagi terus la me terjah website nile.com.my....wahh bestnya...Nak join la ...sebabnya...5 pemenang akan dipilih untuk memenangi shopping voucher bernilai rm150 dari nile.com.my ..manalah tahu ada rezeki me ke..kalau takde rezeki tu kemudian kira :)..u all nak join sila follow je step kat bawah ni

1. Tajuk : “Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015”

2. Letak banner kat bawah ni dalam entry korang dan link kan kat banner tu dengan link yang ini : http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015
3. Dari link tersebut u all boleh pilih lima produk yang tersenarai dalam "Jualan Raya Meletop 2015" yang u all minat nak beli...mcam me buat kat bawah ni

Ok...5 barang yang me pilih dari Nile.com.my :-

No 1 : Haniya Printed Blouse

Product: Haniya Printed Blouse
Price Meletop: RM17.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


No 2 : Haniya Paisley Jubah

Product: Haniya Paisley Jubah
Price Meletop: RM29.50
Date: 06/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 100 pieces


No 3 : Hit Color Woman Bag

Product: Hit Color Woman Bag
Price Meletop: RM7.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Quantity: 300 pieces


No 4 : Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag

Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


No 5 : Travel Durable Backpack Malaysia

Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 60 units

4. Then email kan penyertaan u alls kepada give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk :-

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :

5. Nanti u all boleh la check result  >> kat sini <<..Tarikh tutup untuk u all update blog adalah 14 July 2015 11.59pm..

Good luck ^◕‿◕^

Wednesday, June 24, 2015

Iftar di Masjid..Pengalaman Baru..

Assalamualaikum w.b.t 。◕‿◕。

Alhamdulillah dah masuk beberapa hari kita semua menjalani ibadah puasa... walaupun dah berbelas tahun berpuasa dgn suami...setiap kali puasa dia ajak berbuka di masjid....berbuka di masjid ??? Pada me yg tak berapa arif  tentang hikmah iftar kat masjid...mcm2 yang me fikir...

Nanti orang tak cakap2 ke..asyik buka kat masjid macam orang takde duit je*bukan takut org ckp miskin tp nti takut org ckp ambik kesempatan..hehe...nanti segan la nak ambik makanan free tu..macam tak layak kot...even dah banyak kali en hubby terangkan niat kita Allah tahu..bukan sebab nak makan free tapi nak ambil pahala berjemaah Maghrib...kemudian Isyak terus terawih...Siap dia ckp lagi ramai je jemaah yg berkereta besar berbuka kat masjid sbb mereka mengejar dan ingin mengumpul sebyk mungkin saham akhirat...

Alhamdulillah tahun ni Allah bukakan pintu hati me...dgn senang perasaan malu tu hilang bila me fikir tentang 'saham'  dibulan yg mulia ini, yang mungkin me tak akan nikmati atau kumpul pada tahun hadapan...satu kerugian yang besar..Walaupun kami tak dapat merealisasikan hari2 iftar di masjid...sebanyak mungkin kami cuba...sebenarnya lagi bagus berbuka dimasjid..makan kita ala kadar..tak berlebihan..senang nak berjemaah...betapa indahnya bila tengok semua jemaah makan makanan yg sama walaupun berlainan pangkat...tiada istilah makanan mewah utk org berada...semuanya sama rata..subhanallah...sayu hati..Terima kasih Ya Allah..

Memang betul macam en hubby cakap...ramai je jemaah yang berkereta besar bawa family berbuka di masjid..ada tu siap bawa bekalan dari rumah...Kalau berkesempatan memasak dirumah atau nak bawa kuih muih untuk jemaah lain merasa pun boleh..memang dialu2kan..

Makanan diatur oleh petugas2 Masjid..
so boleh ambik setiap org 1 bungkus
Air laici & sirap..self service ok ;)
Yang atas sebelah kiri..tikar biru tu ruang untuk family...kami dok kat situ la..seronok berbuka ramai2 walaupun makanan simple tapi syukur seribu rahmat sudah cukup untuk mengenyangkan. Yang me perasan warga asing pun ramai..Tapi janganlah niat ke masjid nak makan free ye...niat kita nak ambil keberkatan selepas itu solat maghrib berjemaah hingga la terawih kat masjid tu.

Tuesday, June 23, 2015

Muslim Rohingya...Semoga Ada Pembelaan Buat Mereka..

Assalamualaikum....

Allahuakbar...astagfirullahalazim...sedihnya,,,macam2 persaan yang timbul bila  me dengar tentang pelarian Muslim Rohimgya ini...Sebebnarnya dah lama me dgr tapi lately semakin kejam mereka diperlakukan...sampainya hati pihak yang mempergunakan mereka..takut bila me baca kisah2 penyeksaan keatas mereka ni.
sumber : google
Melarikan diri dari negara tanah tumpah darah sendiri kerana tidak diterima dgn harapan dapat menikmati hidup yang lebih baik walaupun  hakikatnya cara mereka itu salah...Yang me geram tu bila orang tengah yang menjadi harapan mereka...konon la...rupa2nya lagi zalim...mengurung..meyeksa mereka tanpa memberi makan..tempat tinggal mengalahkan reban ayam...reban ayam pun tuannya akan buat lagi elok dari itu...
sedihnya..:'(...dah mcm kandang binatang buas ...
Kalau nak tepek pics keadaan kat sana memang banyak..tak sanggup me nak share kat sini..
Tengok ppuan dgn ank2 kecil mcm ni pun dah meruntun jiwa me
kalau u all nak tgok..taip je tentang pelarian Rohingya..mcm2 pic ada...semua pic kat bawah ni ambik kt google..idok le me pi sana nangkapnye..:)
'kubur' pelarian Rohingya
Alhamdulillah telah digali semula dan ditanam dgn cara Islam yg betul..


Alhamdulillah...demi saudara seagama, negara kita tetap  prihatin membantu menempatkan di dua buah PLKN kat Kedah...boleh la mereka menunaikan ibadah puasa dgn sempurna

Keadaan mereka di penempatan sementara
Sama2 kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan..InshaaAllah



Monday, June 22, 2015

Dua Hari Berpuasa Bersama MIL

Assalamualaikum...。◕‿◕。

2 hari kat kg..Ya Allah seronoknya dapat berkumpul..bersahur ramai2...berbuka ramai...dapat solat jemaah sama2...Makanan sedap tak sedap tu jatuh no 2...

Kami bertolak Jumaat tgh malam...sampai around 3.30am...sampai rumah MIL dah siap masak untuk sahur..sambal ikan bilis, sambal buah kuini, ayam masak merah & sambal..since masih awal lagi so tidur dulu sekejap..pukul 5am baru bangun...terlupa bila ramai2 mcm tu patutnya kena bangun awal sikit..nasib baik tak terlajak sahur kami..hehe

Untuk berbuka MIL & kami anak menantu perempuan bergotong royong memasak..bahan2 pula anak2 lelaki & the only one menantu lelaki yang pergi beli..Antara rezeki kami untuk berbuka puasa pt sabtu tu..
Ikan Bakar ..so yummy
Sambal yg sedap tu secret recipe MIL..
Sekejap je bakar guna benda ni..ikan cencaru yg sebesar lengan lelaki dewasa tu hanya 20 minit je kot..hmm..mcm tergoda je..so me usha la harganya ....hmm.. boleh tahan jugak..nanti2 lah

Q10_Slide - Main-1
mcm ni rupanya..multipurpose..mcm2 boleh

Then masak Asam Pedas Ikan Tenggiri...


Memandangkan dua2nya dah pedas...so untuk anak2 buat Ayam Goreng Berempah je
Ayam Goreng Berempah ,sayur & ulaman
Kak Long pula buat karipap...kami tolong je apa yg patut...lupa nak snap gambar..laju mcm ikan piranha masing2 menyambar karipap tu...petang tu mana2 yg tak puasa...anak2 buah yg tak puasa awal2 dah rasmikan.

Alhmadulillah mana yang berpeluang tu sempat berjemaah solat Maghrib

Keesokkannya kononya bangun awal nak masak untuk sahur..tengok2 MIL dah siap masak sambal bilis & kentang & ayam masak merah...pehh..semangat betul mak...maybe sbb anak menantu dan cucu2 dia balik..

Malamnya kami berbuka rumah adik ipar kat Temerloh...but awal2 dah masak kat rumah mak dan bawak pi sana...Ikan Patin Masak Tempoyak +Timun Tua , Tomyam campur...ayam golek tuan tanah beli kat param je...sabtu tu dah belasah air tembikai & kelapa...agaknya tak puas lagi minum air tembikai..Naqiuddin request suruh buat lagi..nasib la Mak teh awak rajin..:)..tq ye Tuan Tanah..A bit terkilan lupa nak tapau Kuih Koci yg kami gotong royong buat petang tu...dah ralit makan sukun goreng..langsung lupa kuih koci..huhu

Sampai rumah dah almost  1am sbb kami kena ikut jalan alternatif...dorang tgh letak flyover..takpela demi kemudahan kawasan perumahan kami akn dtg.


p/s : tahun ni tak merasa puasa kat Klate :(

Friday, June 19, 2015

Drama Maid *Tonton & Download*

Assalamualikum wbt ^◕‿◕^

SINOPSIS DRAMA MAID

Kisah tentang Noorul yang menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak yang sangat fussy bernama Harris Tan Sri Hamdan, kerana sikapnya yg cerewet itu Noorul menggelar Harris Mr. F ...F stand for fussy. Mr F sgt suka menengking Noorul..ada aje yg tak kena dimata Mr F tentang tingkah Noorul..
Drp berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?




Thursday, June 18, 2015

Pelangi Kat Dinding..

Assalamualaikum ^◕‿◕^

Selasa lepas...balik kerja terus ke Alamanda, ada something yang nak dibeli...Naqiuddin masih dgn baju sekolah...alaa...bukan tak biasa pun...kdg2 balik kerja terus pi sana semata-mata nak jjcm...kat foodcourt RASA tu kan mcm2 ada....

Tiba2 masa nak masuk kat entrance ..."umi!! tengok ni mcm pelangi..cantik kan.." same as me sgt sukakan rainbow..but yg ni bukan rainbow selepas hujan tapi pantulan cahaya pada cermin...Yg bijak sains tu tahulah macamana 'rainbow' tu terjadi kan...me dah lupa kot..so dia explain knp jadi mcm tu..."umi, bla bla bla " bla2 tu sbb me lupa apa yg dia explain tapi fhm sbb pantulan cahaya tu..hahaha

Dah settle beli barang & solat Maghrib terus santap kat RASA..nak try tempat yg tak pernah kami cuba...nampak mcm best...rasa ???
Mee Kari yg too oily
Ank bujang me komplen..CKT knp mcm KT goreng je..hehe
Yg ni dah lupa nama apa ntah..
Nak kata tak sedap...mana boleh cakap macam tu..tak baik tau..it just tak kena dgn selera kami kot..Kalau ada yg teringin nak cuba...lokasinya kat RASA..gerai nama PENANG.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...