Wednesday, June 24, 2015

Iftar di Masjid..Pengalaman Baru..

Assalamualaikum w.b.t 。◕‿◕。

Alhamdulillah dah masuk beberapa hari kita semua menjalani ibadah puasa... walaupun dah berbelas tahun berpuasa dgn suami...setiap kali puasa dia ajak berbuka di masjid....berbuka di masjid ??? Pada me yg tak berapa arif  tentang hikmah iftar kat masjid...mcm2 yang me fikir...

Nanti orang tak cakap2 ke..asyik buka kat masjid macam orang takde duit je*bukan takut org ckp miskin tp nti takut org ckp ambik kesempatan..hehe...nanti segan la nak ambik makanan free tu..macam tak layak kot...even dah banyak kali en hubby terangkan niat kita Allah tahu..bukan sebab nak makan free tapi nak ambil pahala berjemaah Maghrib...kemudian Isyak terus terawih...Siap dia ckp lagi ramai je jemaah yg berkereta besar berbuka kat masjid sbb mereka mengejar dan ingin mengumpul sebyk mungkin saham akhirat...

Alhamdulillah tahun ni Allah bukakan pintu hati me...dgn senang perasaan malu tu hilang bila me fikir tentang 'saham'  dibulan yg mulia ini, yang mungkin me tak akan nikmati atau kumpul pada tahun hadapan...satu kerugian yang besar..Walaupun kami tak dapat merealisasikan hari2 iftar di masjid...sebanyak mungkin kami cuba...sebenarnya lagi bagus berbuka dimasjid..makan kita ala kadar..tak berlebihan..senang nak berjemaah...betapa indahnya bila tengok semua jemaah makan makanan yg sama walaupun berlainan pangkat...tiada istilah makanan mewah utk org berada...semuanya sama rata..subhanallah...sayu hati..Terima kasih Ya Allah..

Memang betul macam en hubby cakap...ramai je jemaah yang berkereta besar bawa family berbuka di masjid..ada tu siap bawa bekalan dari rumah...Kalau berkesempatan memasak dirumah atau nak bawa kuih muih untuk jemaah lain merasa pun boleh..memang dialu2kan..

Makanan diatur oleh petugas2 Masjid..
so boleh ambik setiap org 1 bungkus
Air laici & sirap..self service ok ;)
Yang atas sebelah kiri..tikar biru tu ruang untuk family...kami dok kat situ la..seronok berbuka ramai2 walaupun makanan simple tapi syukur seribu rahmat sudah cukup untuk mengenyangkan. Yang me perasan warga asing pun ramai..Tapi janganlah niat ke masjid nak makan free ye...niat kita nak ambil keberkatan selepas itu solat maghrib berjemaah hingga la terawih kat masjid tu.

6 comments:

MizzTina said...

alhamdulillah.. mesti seronok kan kak.. ramai² mkn..

Siti Hayati S.hamid said...

waahh.. bestnya.. macam tingin nak join berbuka beramai2 di masjid.. xpernah lagi buat sbb xde sapa ajak pun :( kt kg kita xde mcm tu.. especially org ppuan x ramai ke masjid

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya iftar di masjid

Norma NML said...

@MizzTinaSeronok sgt :)

Norma NML said...

@Siti Hayati S.hamidOO..kalau kt kg mmg jrg buat mcm ni sbb kg sy pun takde...bsanya masjid kt bandar je...:)

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumMmg best Anum..cba la sekali

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...