Friday, June 19, 2015

Drama Maid *Tonton & Download*

Assalamualikum wbt ^◕‿◕^

SINOPSIS DRAMA MAID

Kisah tentang Noorul yang menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak yang sangat fussy bernama Harris Tan Sri Hamdan, kerana sikapnya yg cerewet itu Noorul menggelar Harris Mr. F ...F stand for fussy. Mr F sgt suka menengking Noorul..ada aje yg tak kena dimata Mr F tentang tingkah Noorul..
Drp berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?




3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

best kan

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumBest2 :D

adianiez AIDA said...

aida baru tgk 2-3 episod.
menarik :)
tapi x dpt ikut tiap mlm.
kena ikut balik kat utube :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...