Friday, August 28, 2015

10 “Bahasa Dosa” WAJIB Dielakkan Ketika Bercakap Dgn Anak2

Assalamualaikum wbt...

Sebagai ibubapa kita kena ingat, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita adalah satu doa buat anak2...kita kena sedar yg anak2 juga manusia yang ada hati & perasaan...kata2 yang tidak sepatutnya secara psikologi & tidak langsung boleh menyebabkan anak bertambah degil & lebih bermasalah ..

Cuba kita renungkan kajian dan Perkongsian dari Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.
10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

“10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1~  Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?

2 ~ Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3 ~ Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4 ~ Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5 ~ Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?
Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6~ Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7~ Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8 ~ Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. 
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9 ~ Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10 ~ Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya.
Nasihat & cakap lah dengan anak2 dgn bahasa yg sebaiknya..
Antara waktu yang terbaik untuk menasihati atau menegur anak2 adalah selepas anak  solat, selepas mengaji, selepas anak berdoa & juga sebelum masuk tidur( nasihat ye bukan bebelan)..
Luangkan masa & lakukan aktiviti bersama keluarga...kata omputih family bonding time...inilah masa yang terbaik untuk kita membayar semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak. Berilah input & contoh yang sebaik mungkin sebab masa kecil mereka hanya sekali. Ibubapa adalah contoh yang terbaik & paling dekat dgn anak2..


ps : Selalu ingat pesan chek..anak jgn terlalu dimarahi nanti dia tak boleh nak berfikir ...InshaaAllah akan igt pesan tersebut hingga akhir hayat..

Thursday, August 27, 2015

Ala Carte @ Sate Kajang PKNS Bangi

Assalamualaikum wbt....

Satay Samuri...sebut je pasal Satay Kajang @ Satay Samuri sure ramai yang tahu kecuali orang yang datang datang makan ataupun yang baru menetap di Selangor...sudah terkenal dikalangan penggemar satay...

Semalam, adalah kali kedua kami makan di Satay Kajang di PKNS Bandar Baru Bangi...pada me cawangan yang baru ni adalah yang paling selesa dan moden berbanding dengan tempat lain..Kenapa ?? Sebabnya sistem order makanan bukan pelayan yang datang ke meja & tulis apa yang nak kita order...kat sana sistemnya macam u all order di KFC & lain2  restoran makanan segera...self service...

Kat situ bukan aje ada mcm2 jenis satay...ada Nasi Ayam, Nasi Goreng, berbagai masakan Mee dengan harga yang murah ..semurah rm4.00...kalau ikutkan rate harga nasi goreng @ mee goreng kat BBBangi mana nak dapat harga yang macam tu..paling murah pun rm5.00...rasa ??? Boleh tahan..just nice...kira berbaloi dgn harga...jangan la pula u all bayar harga sedemikian tetapi mengharapkan rasa makanan tersebut macam kat restoran mewah @ hotel pula kan...

So far , kami pernah try Nasi Ayam & Mee Bandung...yang lain2 tu inshaaAllah next time cuba lagi..Satay kat situ kami tak cuba lagi...tapi mana2 cawangan pun rasa dah tentulah sama kan sbb dari kilang yang sama.Cuma satu yang me tak berapa gemar...kalau order minuman panas tak macam restoran Satay Kajang cawangan lain tu...biasanya dorang guna susu pekat manis tetapi kalau tak silap me, kat situ mereka menggunakan krimer & gula...me pula memang jenis yg tak suka krimer...so prefer order yg 'O' aje ..

Yang ni masa 1st time kami cuba...
Suasana dlm restoran 
Nasi Ayam mmg murah... rm4.50..

Mee Bandung pun ada..not bad..
Tengok ni teringat pula kat Laksa..hmm sedapnya :)

U alls kalau yang kerja atau stay area Bandar Baru Bangi tu boleh la try...sedap ke tak kena cuba sendiri :)

Souvenirs dari Europe Giveaway Contest

Assalamualaikum wbt ...


Sila klik banner untuk join :)

p/s : cuti-cuti merdeka 3 hari..hmm..ke mana agaknya nak pergi..:)

Tuesday, August 25, 2015

Sporting Sangat ◕‿-

Assalamualaikum wbt...

Ikutkan banyak entri dalam draft...ada yang separuh jalan, ada yang pending sbb cari gambar tak jumpa..tapi dalam banyak2 tu masa me dok check isi kandungan dalam pen drive baru terjumpa gambar ni...hmmm..

Gambar ni tak silap me snap dah hampir setahun kot...yang pasti hari Sabtu & masa tu en hubby kerja....Biasanya  kalau dah beres semua kerja rumah me akan 'manjakan' diri..dah nama pun perempuan kan...Tapi nak buat kerja macam ni sorang2 tak best..kena ada gang..hehe..dan dialah yang jadi mangsanya...

V
v
v

Sape lagi....anak bujang kesayangan me lorrr..
Bila tengok balik gambar ni terasa cepatnya anak ummi membesar...alhamdulillah. Sekarang ummi dah paras telinga awak...dah besar tak boleh nak gomol beria macam dulu2...but don't worry my dear..I'll never miss to give a big hug and kiss on the cheek & forehead but no more kiss on the lips like when you was a little boy ;)..InshaaAllah till my last breath..



p/s : wahai anak..sesungguhnya syg ummi pada awak melebihi segalanya..♥♥

Friday, August 21, 2015

Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa *Tonton& Download

Assalamualaikum wbt...


Sinopsis
Mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).
Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya. Lakonan utama Sharnaaz Ahmad & Hanis Zalikha
Sumber :~
http://tvon9.net

Memori Cinta suraya *Tonton & Free Download*

Assalamualaikum wbt

Sebuah drama adaptasi dari telenovela Mexico,  'A Love To Remember'. Drama nafas baru itu diberi tajuk 'Memori Cinta Suraya' menampilkan gandingan pelakon Hisyam Hamid dan Anzalna Nasir sebagai pelakon utama. Drama sebanyak 148 episod ini mula bersiaran  17 Ogos, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.30 petang di Astro Bella & Astro Mustika HD.
IS MEMORI CINTA SURAYA
Mengisahkan Suraya yang menjejaki semula cinta Rayyan yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga yang kaya. Pesawat peribadinya terhempas di hutan namun dia bernasib baik dan telah diselamatkan oleh Suraya.

Akibat kemalangan itu, dia menjadi buta & mengalami amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Semenjak itu dia dijaga oleh Suraya. Mereka mula jatuh cinta dan berkahwin.
Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika, selepas pembedahan & berlaku sedikit kebakaran di hospital Rayyan menuju ke bandar. Rayyan mendapat semula ingatan lama beliau dan lupa tentang isterinya, Suraya. Sebaliknya, dia mengingati yang dia telah bertunang dengan Irina...Tonton dan saksikan kesudahan drama ini..


Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20
Episod 21
Episod 22
Episod 23
Episod 24
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28
Episod 29
Episod 30
Episod 31
Episod 32
Episod 33
Episod 34
Episod 35
Episod 36
Episod 37
Episod 38
Episod 39
Episod 40
Episod 41
Episod 42
Episod 43
Episod 44
Episod 45
Episod 46
Episod 47
Episod 48
Episod 49
Episod 50
Episod 51
Episod 52
Episod 53
Episod 54
Episod 55
Episod 56
Episod 57
Episod 58
Episod 59
Episod 60
Episod 61
Episod 62
Episod 63
Episod 64
Episod 65
Episod 66
Episod 67
Episod 68
Episod 69
Episod 70
Episod 71
Episod 72
Episod 73
Episod 74
Episod 75
Episod 76
Episod 77
Episod 78
Episod 79
Episod 80
Episod 81
Episod 82
Episod 83
Episod 84
Episod 85
Episod 86
Episod 87
Episod 88
Episod 89
Episod 90
Episod 91
Episod 92
Episod 93
Episod 94
Episod 95
Episod 96
Episod 97
Episod 98
Episod 99
Episod 100
Episod 101
Episod 102
Episod 103
Episod 104
Episod 105
Episod 106
Episod 107
Episod 108
Episod 109
Episod 110
Episod 111
Episod 112
Episod 113
Episod 114
Episod 115
Episod 116
Episod 117
Episod 118
Episod 119
Episod 120
Episod 121
Episod 122
Episod 123
Episod 124
Episod 125
Episod 126
Episod 127
Episod 128
Episod 129
Episod 130
Episod 131
Episod 132
Episod 133
Episod 134
Episod 135
Episod 136
Episod 137

~Tamat~

Sumber : 
tonton & download
http://tvon9.net/
http://kepalabergetar2u.blogspot.my/

Mencintaimu *Tonton & Download *

Assalamualaikum wbt...

Mencintamu adalah drama bersiri baru slot Akasia menggantikan Nur Syurga...

Para Pelakon
Sharnaaz Ahmad sebagai Hisyam (Watak Utama)
Zahirah Macwilson sebagai Anissa Zali(Watak Utama)
Sinopsis


Mengisahkan tentang Anissa yang teruja untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa. Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun Anissa menolak pelawaan tersebut sehingga Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol*x rogol pun oleh Hisham. Kehidupan Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama, Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.
























Note : Sumber link : Tonton Drama TV Online & Kepala Bergetar


Luna & The Conteng Totebag Giveaway Contest!

Assalamualaikum wbt


Hi Guys! Let's join Luna & The Conteng Totebag Giveaway Contest by Wada Luna & The Conteng Totebag! The contest will end on 25 August 2015, 12 Noon. So, you better hurry!

The prizes are:

Winner:
● 1 Hello Kitty Totebag with customise name on the bag ( Limited Edition ) worth RM45.00
First & Second runner-up:
● 1 Customisable Totebag  worth RM25.00.

Only 3 Lucky Winners that going to win the prizes ! Are you the lucky one?

Click here to join the contest:

Meh Sally Nak Review

Assalamualaikum wbt ...


Salam pagi Jumaat

Sila klik banner kalau berminat nak join ye :)
10 orang blogger yang bertuah akan dipilih secara random untuk tuan rumah review nanti..^◕‿◕^

Tuesday, August 18, 2015

Plan Cinta Tak Jadi * Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt ..


Tarikh: 10 Ogos 2015 (Isnin 10 malam)
Arahan : Azmi Hatta
Terbitan : Orange Tree Production Sdn Bhd
Pelakon: Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam, Laila Nasir, Kuna Muzani, Ania Syafi

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi

Dgn lakonan Fattah Amin & Fathia Latiff Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian. 


Episod 1 ~ Tonton / Download
Episod 2 ~ Tonton /Download
Episod 3 ~ Tonton / Download
Episod 4 ~ Tonton / Download
Episod 5 ~ Tonton / Download
Episod 6 ~Tonton / Download
Episod 7 ~Tonton / Download
Episod 8 ~Tonton / Download
Episod 9 ~Tonton / Download
Episod 10 ~Tonton / Download
Episod 11 ~Tonton / Download
Episod 12 ~Tonton / Download
Episod 13 ~Tonton / Download(Episod akhir)

Kredit :  http://www2.bukancincai.com
http://tvon9.net

1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi

Assalamualaikum wbt ...


Syarat @ Cara Penyertaan :

1- Blogger menetap di Malaysia & Beralamat di Malaysia

2- Buat entry "1st GIVEAWAY by@Mawar_Assufi"

3- Letak banner which links to this page.

4- Letak link sponsor dalam entry & : (No worries, only put LINK)

       LIKE FB PAGE : DwiNuri Scarfs (Kalau rajin LIKE. Admin ucap terima kasih daun keladi :)
       FOLLOW IG : @dwinuriscarfs_ (if ada, kindly mention ye if ada)

5- Hantar your link entry dalam kotak komen by mention :
          - NAME :
          - FB NAME  :
          - BLOG NAME :

Monday, August 17, 2015

Menumpang Kasih ♥♥

Assalamualaikum wbt...

Astaghfirullahal'adzim...pagi-pagi dah rasa lemau...minda rasa penat..macam-macam dalam kepala tapi yang pasti bukan hal dalam rumahtangga ok...ye la, karang tak kabarkan ada pula yang sangka hal rumahtangga, maklumlah baru lepas weekend kan...alhamdulillah so far hal dalam rumahtangga taklah sampai memenatkan otak atau membebankan hidup me sebab dia sangat memahami ;).

I know I'm not perfect, I'm trying to be good to everyone but sometimes certain people take advantage from it....But I have Allah & I know everything's good come from Him...better to keep pray , hope He ease  everything for me. 

Pagi2 dah meluah rasa kat sini..sorry ye kengkawan yg membaca....hahaha. Nak sambung tujuan utama entri...tadi dah lari dari tajuk tu :)

Sabtu lepas, balik kerja singgah rumah adik me yang masih dalam berpantang, dah lama kami perhatikan Naqiuddin memang minat dgn baby & kanak2 kecil, maknanya yang dia boleh cium, riba & boleh dukung....mungkin naluri anak tunggal kot...nasib baik la adik beradik me ramai yang tinggal berdekatan...ada baby..ada Khalish yg memang agak rapat dgn dia walaupun bukan hari-hari jumpa..
Khalish skrg dah pandai..nk dukung je hulur tgn kat abg 


Sabtu lepas dgn baby Amzar Zayyan...
alahai..risau pulak ummi tgok..baby tu kecik lagi
Dah letak bawah pun diagah2 lagi baby tu...tapi bab penggeli masih ada..kalau hulur pampers yng baby's poo tu...hmm..faham2 je la..
sometimes I feel so sorry to him..
but I knew Allah plan's is the best..redha
Tengok tu..dah terbalik pulak...
video


video

Bestnya bau baby  -

ps : I feel more better ...alhamdulillah

Saturday, August 15, 2015

Nasi Kerabu Kuning

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah walaupun dah masuk penghujung Syawal, semalam Allah berikan kekuatan pada kami untuk habiskan puasa 6...bukan riak atau nak menunjuk..itu jauh sekali*karang ada cakap tak pyh nak gembar gembur kot...tapi syukur sgt sbb masuk waktu Asar semalam kepala dah lain macam, rasa sakit & mual..satu lagi risau kot sampai masa ABC...

En hubby pula before ni demam berterusan sampai 4 hari berturut-turut ambik darah...badan jadi lemah...dia macam dah risau tak boleh buat P6..tapi kalau Allah nak beri semuanya boleh jadi...alhamdulillah dia buat berterusan selama 6 hari walaupun diuji lagi sbb kena muscle injured*member tempat kerja bergurau la konon..kata org Klate ggurau bewok..kesian dia menahan sakit...bertahan dgn makan ubat tahan sakit & balm yg doktor bagi...

Semalam balik half day..sempat masakkan Nasi Kerabu Kuning...resepinya sama saja dgn mana2 Nasi kerabu Biru..cumanya tukar pewarna kuning je..

1st time buat Nasi kerabu Kuning :)
Sempat juga buat Solok Lada, Ikan Goreng Tepung,  Ayam Goreng & Bubu Jagung...Tapi yg kurangnya kerabu tu takde bunga kantan...2 3 kedai me masuk, tanya jer bunga kantan semua ckp tak ambik sebab mahal sgt..hmm..since dah plan & seisi rumah memang nak makan nasi kerabu juga belasah je la tanpa bunga kantan...^◕‿◕^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...