Monday, September 14, 2015

IPU Tak Sihat...

Asssalamualaikum wbt...

Dah lebih seminggu jerebu melanda...hishh..geram tau dgn manusia yg buat kerja tanpa memikirkan kesan pada orang lain...Kesian dgn anak2 kecil yang terkesan, orang2 tua pun sama...kita yang alhamdulillah sihat ni pun terasa perit tekak..

Semalam aktiviti nak riadah bertukar ke Shopping Complex je la..tak berani nak cari pasal..
BBBangi semalam..me snap masa balik otw ke Putrajaya
Yang ni area Putrajaya
Nak balik petang tu me sempat snap area Kajang pula...macam lagi teruk je berbanding Putrajaya..
Yg ni me snap dkt dgn jejantas dpn Kjg Sentral..
ikutkan kat depan(dlm 50meter) tu ada pembinaan flyover
tapi dek kerana jerebu yg tebal so tak nampak..
Apa2pun kita kenalah ambil langkah pencegahan sendiri untuk mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan sbb jerebu ni..malas nak copy paste...tapi me baca je kat website Kementerian Kesihatan je...

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/191

Satu yang me nak tambah, kalau untuk anak2 kita yang sekolah tu bekalkan mask atau bagi sapu tangan kecil...suruh anak basahkan dan lap muka sentiasa...

Sama2 kita buat solat hajat semoga diturunkan hujan, sbb itu aje caranya nak menghapuskan jerebu yg sedang melanda negara kita sekarang..
 

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

semakin teruk kan

Amanda Suria said...

memang cuaca makin teruk la sekarang ni..SA pun dah hampir semput dah...

Nieyl said...

Salam singgah dari nieyl :)
sama la...minggu nie xde ke mana pun..dok umah je..

Nur diyana said...

Jerebu makin teruk harini. Sakit kepala di buatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...