Friday, October 30, 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum wbt...

Salam pagi Jumaat yg barakah...

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Thursday, October 29, 2015

Aiskrim Pops Malaya...Yummy.. ^◕‿◕^

Assalamualaikum wbt...

Balik kerja petang kelmarin, masa nak pegi makan kat Cempaka Rimba PKNS...tiba2 teringat tadi dok whatsapp dgn contact no. Pops Malaya...memang betul2 teringin tau, padahal hujan renyai2 tu..ini semua Majalah 3 punya pasal*dah lama kot aiskrim ni wujud tapi me je jakun tak tahu..hahaha...sanggup tau me cari contact no. kat FB dorang, tanya kata mana stokis yang jual aiskrim ni di Bandar Baru Bangi..

Dah nak masuk parking tu, tapi dek teringin sangat siap suruh hubby pusing balik sebab nak beli aiskrim tu kat Benang Hijau*one of their stokist. Nasib la dapat laki yang memahami perangai bini yang jenis tak sabar ni..tu la syg dling sgt2 tau ♥☻♥...hehe.

Sampai je depan Benang Hijau bukan me yang beria tapi..yaa...as usual bab aiskrim kan kegemaran kanak-kanak...walaupun dia kanak-kanak yang menuju remaja ◕‿◕...Laju je menuju ke freezer tu..hmm..dah lama tak 'melawat' BH...dah berubah..cantik dgn white theme kat depan tu..Biasanya masuk dalam tu beli tudung, tapi hari tu selamba je beli aiskrim terus keluar..haha..tiba2 rasa tak senonoh je perangai mak org ni . 

Nice..suka design freezer ni..doodle muslimah yg comel :)
Nampak tu..sape yg excited sebenarnya ;)
Pilihan kami..simple packing but nice..
Dragonfruit Orange for me & chewy chocolate for him
En hubby ckp x nk sbb sakit tekak..dh rasa menyesal
tak beli sbb sedap..next time beli lgi ok ;)

Ketidaksabaran nak makan aiskrim tu...dalam kereta sebelum sampai PKNS, semuanya dah selamat dalam perut kami...
Nyum2

Pendapat peribadi ttg PM, rasanya sedap, terasa serat buah & fresh..tak terlalu manis..just nice, kata orang tu manis2 buah dan tak mudah cair. Dari sumber yang me baca, aiskrim ini dibuat dari buah-buahan, susu segar & gula tebu..tiada bahan pengawet & pewarna tiruan..hmm patut la... Next time boleh cuba perisa lain pula. Tumpang bangga bila anak Melayu...muslimah*cantik je orangnya berjaya hasilkan produk aiskrim sebab susah nak dapatkan aiskrim yang halalan toyyiban. 

Untuk u all yang teringin nak rasa aiskrim Pops Malaya boleh le beli di stokis2 yang tersenarai kat bawah ni ..:~

BANGI
7. @butikzawarabangi Bangi Sentral
8. @jadoraconcept Bangi Sentral
9. @jelitasarabangi Bangi Gateway
10. @benanghijaubangi , Bangi
11. @pclo_cafe Bikers Rendezvous


SHAH ALAM
1. @zawara Sek 7
2. @blinksoukbazaar Sek 7

BANGSAR
13. @pclo_cafe di @modvier

CHERAS

WANGSA MELAWATI

SUBANG JAYA

TAMAN TUN DR ISMAIL

KOTA DAMANSARA
20. The Picnic Table di@simplysandwiches

SELAYANG

TEMERLOH

SEREMBAN

PETALING JAYA
25. @redcherrystore di Pop @jayaone

DAMANSARA PERDANA
26. @madeenamy .

DESA SRI HARTAMAS

28. PUTRAJAYA CYBERJAYA 




Ok..nak tahu sedap ke tak as I said..lebih baik u all try sendiri...macam2 flavour yang ada... Chewy Chocolate, Cold Brewed Coffee, Pina Colada,  Passionfruit Tea , Banana Butterscotch,  Honeydew Vanilla,  Dragonfruit Orange, Watermelon Lychee & Ciku Milkshake..^◕‿◕^
Antara flavour yang ada
Sumber : Google 
Mini Pos Malaya..
Sesuai utk party pack
Lagi satu kalau u all nak pakej katering pun boleh, ada delivery lagi..ye la kot2 nak jamu tetamu masa birthday party anak2 ke ataupun untuk family day. Kalau banyak yang u all nak harga tak sama dgn yang jual kat stokis tu...means lebuh murah...nak tahu detail boleh contact no ni..

019 5702107
Puan Rose Yasmin

Bab makan ni kalau ramai2 baru best tapi . Tapi kalau takde yang nak temankan macamana ??...Jgn risau ok, ada caranya...hee

V
v
10 cara nak cari kawan yang sudi temankan kita makan :)


p/s : Next misson...fried ice cream roll..hehe

Kau Aku Kita *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt...

Slot Lestary (Setiap Rabu & Khamis 9pm)
Pelakon Utama : Syarul Ridzwan & Janna Nick
Sinopsis

Sinopsis Kau Aku Kita

Sebuah lagi drama adaptasi novel ...Kau, Aku, Kita ...
Kau Aku Kita Novel

memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?






Wednesday, October 28, 2015

Otak Kiri @ Otak Kanan...

Assalamualaikum wbt...

Otak kiri atau kanan ???
Sumber : google
Tengok u all tergolong dalam kalangan otak kiri atau kanan ?..
Cuba u all baca ni...

Sumber : google
Kalau nak sebut yang tu susah...cuba baca yang ni ..
sumber : google

Tentu u all pun cuba baca sekarang & tergagap-gagap nak baca ikut warna kan..me pun sama lor tapi tetap juga nak baca ikut warna...gagap pun gagap le janji berjaya..hehe..


Yg ni otak kanan sedang berfungsi..
separuh siap
Kalau nampak ke gayanya anak bujang me ni banyak menggunakan otak kanan...salah satunya kat atas tu..suka sangat bab teknikal dan 'cipta' itu ini...kadang2 kami risau dibuatnya..ye la, kot benda tu merbahaya ke..ada je akal dia tau..pernah dulu dia buat entah apa tapi siap ada drawing tu....kadang sambung2 wayar bagai..kalau yang ok tak la kami risau.
Yang kat atas tu nanti me share kan hasilnya bila dia dah siap nanti..

Main dota pun boleh dapat RM180,000...wowwww..biar betul ...tapi inilah gamekesukaan anak bujang me sekarang..

Tak percaya ??? Nak tahu macamana nak dapatkan RM180,000 dengan hanya bermain game ??

Sila klik kat bawah ni ;)


Tuesday, October 27, 2015

Susah Sangat ke ??

Assalamualaikum wbt ....

Gambar kat bawah ni me snap kalau tak silap petang Jumaat lepas. Dalam keadaan orang ramai resah dengan jerebu masalah jerebu. Tapi alhamdulillah hari ni nampak reda sikit sebab petang semalam hujan lebat.

Tapi....kadang-kadang ada penyumbang lain yang tak mengikut peraturan...ada yang masih membuat pembakaran terbuka...dan yang paling banyak dan boleh nampak asap kat bawah ni...
Nampak x asap yang berkepul tu..ikutkan blkg bas2 tu
ada motosikal..lastly dia slow je n tertinggal kat blkg sbb tak sanggup
nak hidu asap yang tebal 
Bukan nak menuduh atau menuding jari...cuma ikutlah peraturan yang sepatutnya...apa salahnya kita masing2 mengambil bahagian untuk mengelakkan benda2 yang boleh mengganggu kesihatan orang ramai termasuk kita sendiri kan. 

Nak tahu salah satu cara nak kurangkan jerebu ???
Baca kat sini...salah satu penyumbangnya ada kat sini :)


Monday, October 26, 2015

Giveaway Holiday @ Bandung Anum

Assalamualaikum wbt....

Sila klik banner untuk join ok :)
Sila klik banner untuk tahu lebih lanjut...syarat giveaway Anum sangat simple...Pemenang akan diumumkan pada 9 November 2015

Cucur aka Cekodok Chocolate Rice

Assalamualaikum wbt...

Selepas cuti hari minggu, masih cuba memahami Bajet 2016...bukan tak faham dan tak boleh terima tapi itulah hakikat yang harus diterima...samada puas hati ataupun tidak..terima dengan redha.

Petang Sabtu lepas, habis study tiba2 anak bujang me minta dibuatkan cekodok. Check apa yang ada dalam kabinet, ternampak serbuk kulit kayu manis, ada chocolate rice lebih makan dgn aiskrim hari tu. Maka terciptalah resepi Cekodok Chocolate Rice ...
Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
secubit yis
secubit soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
Air suam secukupnya
4 sudu besar chocolate rice
Gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng

~Masukkan yis & soda bikarbonat ke dlm mangkuk
~masukkan 1/2 cawan air suam..biarkan sekejap hingga yis kembang..
~Masukkan serbuk kayu manis, garam, gula & susu pekat manis..kacau
~Masukkan gandum...kacau sambil masukkan air suam sedikit demi sedikit
~Apabila sebati masukkan chocolate rice tadi..kacau sekejap..
~Biarkan bancuhan selama 20-30 minit supaya adunan tadi naik.
~ Kemudian goreng dgn api yg sederhana, tapi pastikan minyak betul2 panas barulah nanti cantik je kembangnya.
Adunan yang baru siap dibancuh
Lepas goreng macam ni lah rupanya...gebu & lembut sangat. Serbuk kulit kayu manis tu buat cekodok ni rasa lain dari yang lain..Tak percaya cuba u all buat..hehe
Kalau suka boleh letak lagi banyak serbuk kayu manis..nak
tambah choco chip pun boleh..
Dan yang paling penting si jantung hati cakap sedap la ummi...bahagia rasa hati...memang orang cakap masakan ibu walaupun biasa2 tapi bagi anak semuanya sedap. Alhamdulillah..
Macam ni la cara dia  mkn cekodok..mcm umminya..
potong kecik2 masukkan dlm milo..tp kena cepat2 makan nanti lembik..;)
Dan sudah semestinya me akan join sekali ....habis tu macamana me ni tak bertambah bambam..opsss...;)

Tapi kalau u all berani tak..???

Makan makanan yang pedas2 macam dorang ni..perhhh

Kalau banyak makan dah tentu risau badan jadi bambam pulak kan...hmmm alangkah bestnya kalau boleh kurus lepas tu jadi kaya..siapa tak nak kan, badan slim dapat pula duit...bonus tu...

Friday, October 23, 2015

Intipati Bajet 2016

Assalamualaikum wbt...

Petang tadi pembentangan bajet 2016 selama 3 jam oleh PM Dato Seri Najib Tun Razak




Antara intipati Rumusan Pembentangan   Bajet 2016 Malaysia



#Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.



#Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps



#Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.



#RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara



#Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah



#Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.



#Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP



#Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.



#Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.



#Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.



#Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.



#Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.



#Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.



#Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.



#Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.



#Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred



#Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan



#Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan



#Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan



#BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.



#BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.



#BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000



#BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800



#BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400



#BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.



#Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung



#Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah



#Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.



#Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.



Sumber : Whatsapp group



Apa pendapat u all tentang intipati pembentangan teesebut..puas hati??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...