Monday, October 5, 2015

Cendol Bakar Auntie Sue @ Teras Jernang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...jerebu macam makin berkurang kalau nak bandingkan hari Sabtu lepas tapi sekolah ditutup selama 2 hari. Ada yg tak puas hati sebab asyik cuti dan tak ganti. Tapi pada me, apapun kesihatan anak2 harus diutamakan.

Nak cerita pasal Cendol Bakar...masa mula2 ternampak kedai ni, me dok terfikir macamana la dorang nak buat cendol bakar ni...hmm..kalau kelapa bakar tu logik la kan...rupa2nya yang dibakar tu gulanya...hahaha..sabau je la....Dah banyak kali lalu depan kedai cendol ni sebab terletak dalam perjalanan ke rumah kakak me di Teras Jernang...tapi selalunya ramai sangat org singgah, nak dapat parking pun susah.

Semalam memang rezeki kami, balik dr Alamanda saja je cakap kat en hubby macam teringin nak makan Cendol Bakar tu. Dia bagi green light, cuma kena tengok ada parking ke tak. Alhamdulillah ngam2 kami sampai ada satu ruang parking kosong tepi jalan*mmg semua parking tepi jln pun sbb kedai tu tepi jalan kot .

Semuanya nampak sedap..
Minuman lain pun ada
Makanan pun ada..

So yang ni pilihan kami..
En hubby Cendol Kacang Merah
Me & Naqiuddin Cendol Durian
Ikutkan en hubby nak makan Cendol Pulut, me & si bujang nak Cendol Pulut+ Durian tapi dah habis katanya...so order la yang takde pulut...1st time makan Cendol Durian macam tu, biasanya durian dorang letak seulas gitu..ok..boleh tahan sedap...terliur tengok orang sebelah makan rojak cucur udang...memang takde rezeki kami, dah habis katanya...takpe lah next time datang lagi..bukan jauh pun...wondering..macamana dorang buat air gula bakar tu..hmm..nak juga me tanya tapi orang ramai..segan la pulak..hehe. Nak tahu detail pasal Cendol Bakar Auntie Sue ?? Sila terjah sini

Waktu operasi : 10am - 7pm (Isnin - Jumaat)
                         8.30am - 7pm (Sabtu & Ahad)
Contact No. :  En. Fazlee (019-6428684)

Direction sumber dari : website Cendol Bakar Auntie Sue

Jika anda dari arah:
1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Katakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di sebelah kiri anda, di persimpangan empat (4), Jalan Bangi.
Jalan terus menuju ke arah Bangi Lama - Dengkil.
Dalam 2.0 KM anda akan berjumpa satu lampu isyarat
Di simpang lampu isyarat belok kanan dan anda akan melalui jambatan kecil menuju Teras Jernang.
Belok kiri sebaik sahaja melepas jambatan kecil tersebut.
Cawangan @Teras Jernang berada di sebelah kanan
Jika anda dari arah:
2) Tol PLUS - Bandar Baru Bangi
Sebaik sahaja keluar daripada tol PLUS exit Bangi Exit 211 ada "roundabout".
Di bulatan tersebut, ambil exit pukul 3 (juga exit ke 3).
Selepas itu jalan terus sehingga anda sampai ke satu persimpangan tiga. Dihadapan ialah masjid,
disebelah kiri adalah bangunan asrama dan disebelah kanan ialah bangunan pejabat.
Ambil kiri, dan jalan terus dalam anggaran 800 meter sehingga anda akan nampak jambatan kecil
dihadapan anda. Sebelum jambatan kecil tersebut, belok kanan.
Cawangan @Teras Jernang berada di sebelah kanan

p/s : Tiba2 terasa nak makan makanan yang pedas2 macam ni..tapi mampu ker..hehe

2 comments:

Amanda Suria said...

Alaaaa...kita pun suka cendol jugak...tp la ni tgh sakit tekak...

Nieyl said...

Singgah petang...
tak pernah try lagi...tapi tahu tempat dia.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...