Monday, October 26, 2015

Cucur aka Cekodok Chocolate Rice

Assalamualaikum wbt...

Selepas cuti hari minggu, masih cuba memahami Bajet 2016...bukan tak faham dan tak boleh terima tapi itulah hakikat yang harus diterima...samada puas hati ataupun tidak..terima dengan redha.

Petang Sabtu lepas, habis study tiba2 anak bujang me minta dibuatkan cekodok. Check apa yang ada dalam kabinet, ternampak serbuk kulit kayu manis, ada chocolate rice lebih makan dgn aiskrim hari tu. Maka terciptalah resepi Cekodok Chocolate Rice ...
Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
secubit yis
secubit soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
Air suam secukupnya
4 sudu besar chocolate rice
Gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng

~Masukkan yis & soda bikarbonat ke dlm mangkuk
~masukkan 1/2 cawan air suam..biarkan sekejap hingga yis kembang..
~Masukkan serbuk kayu manis, garam, gula & susu pekat manis..kacau
~Masukkan gandum...kacau sambil masukkan air suam sedikit demi sedikit
~Apabila sebati masukkan chocolate rice tadi..kacau sekejap..
~Biarkan bancuhan selama 20-30 minit supaya adunan tadi naik.
~ Kemudian goreng dgn api yg sederhana, tapi pastikan minyak betul2 panas barulah nanti cantik je kembangnya.
Adunan yang baru siap dibancuh
Lepas goreng macam ni lah rupanya...gebu & lembut sangat. Serbuk kulit kayu manis tu buat cekodok ni rasa lain dari yang lain..Tak percaya cuba u all buat..hehe
Kalau suka boleh letak lagi banyak serbuk kayu manis..nak
tambah choco chip pun boleh..
Dan yang paling penting si jantung hati cakap sedap la ummi...bahagia rasa hati...memang orang cakap masakan ibu walaupun biasa2 tapi bagi anak semuanya sedap. Alhamdulillah..
Macam ni la cara dia  mkn cekodok..mcm umminya..
potong kecik2 masukkan dlm milo..tp kena cepat2 makan nanti lembik..;)
Dan sudah semestinya me akan join sekali ....habis tu macamana me ni tak bertambah bambam..opsss...;)

Tapi kalau u all berani tak..???

Makan makanan yang pedas2 macam dorang ni..perhhh

Kalau banyak makan dah tentu risau badan jadi bambam pulak kan...hmmm alangkah bestnya kalau boleh kurus lepas tu jadi kaya..siapa tak nak kan, badan slim dapat pula duit...bonus tu...

11 comments:

Khai♥Rin : anies said...

waaahhh bleh try jg ni ;-)

Sally Samsaiman said...

rare sungguh resepi akak neh! hihihi

Nurzakiah Hanum said...

BEST NIE

mummy_ayu said...

wah..menariks ni..leh try. tq share resepi...

Asha Lya said...

Blh try ni..mudah buat minum ptg memg trbaikk hhehe..thnks sudi singgah blog lya

SyamilaMohd said...

wahhh...boleh cuba ni...sarapan pagi esok... ^_^

Norma NML said...

@Khai♥Rin : aniesAnies, cubala..senang sgt..

Norma NML said...

@Sally SamsaimanAkak pun baru 1st time buat Sally..haha

Norma NML said...

@Nurzakiah HanumAnum, sila buat utk cik abe..tgok dia suka tak :)

Norma NML said...

@Asha Lyathx..my pleasure :)

Norma NML said...

@SyamilaMohdMila..thumb up :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...