Saturday, October 3, 2015

Homestay Pak Habib @ Taman Mutiara Vista

Assalamualaikum wbt...

Hari tu me dah habaq pasai Homestay Pak Habib yang kami stay masa cuti-cuti kat Pulau Pinang tu. Homestay ni terletak di Taman Mutiara Vista..Tingkat 12..kalau u alls ke Penang nak cari homestay ni tak lah susah kot..sebab kami fisrt time sampai ikut waze terus jumpa . Nak tahu detail boleh tengok sini.
Homestay Pak Habib Pulau Pinang
Sumber dr Fb homestay
Yang bestnya kat Homestay ni semua kelengkapan disediakan...maknanya macam u all dok kat rumah tu...boleh memasak sebab ada dapur dan semua peralatan untuk memasak..bahan2 mentah kena lah beli sendiri takkan semua nak sediakan kot. Mesin basuh pun ada kalau u all nak stay 2 3 malam & tak nak bawak balik byk baju kotor. 

Dilengkapi dgn set sofa dan meja makan di ruang tamu. Bilik ada 3, bilik utama (katil queen ada kipas & air-cond), bilik 2 ada katil double decker (kipas) dan bilik 3 takde katil cuma ada kipas. Selain tu disediakan 2 toto..so kalau pergi ramai2 just bentang toto kat ruang tamu tidur je la kat situ..

Lupa pula nak cakap pasal security, parking kat dalam hanya sebuah kereta sahaja dan perlu menggunakan pass yg diberi oleh owner. Macam kami lagi 2 buah kereta parking je kat luar tu. Nak naik ke unit homestay tu pula kalau naik lif @ tangga perlu menggunakan cip. Kalau tak, masuk lif tu tekan nombor memang takde function,lif tu takkan tertutup...scan cip baru boleh tekan tingkat berapa. Maknanya security agak ketat...tak boleh sebarangan nak turun naik ke tingkat lain. Terfikir juga kalaulah tercicir cip tu camne agaknya. 

Owner dia memang sgt peramah dan baik hati..senang sangat nak deal..macam2 me tanya dia ..maklumlah percutian singkat tapi nak pergi beberapa tempat so perlu ada yg guide...nasib baik homestay ni tak jauh dari Bukit Bendera. Kebetulan hari kami sampai ownernya balik beraya rumah mertua kat Seremban so adikn yg dtg bagi kami kunci ..tapi yg bestnya walaupun nun jauh kat Seremban dia masih lagi guide dan tanya ok ke tak our holiday..thanx sangat Fiza tapi sayangnya akak tak berkesempatan jumpa awak.. 
Kan me dh ckp..the owner so friendly :)

Ruang tamu
Ada juga meja makan..
Dapur, peti ais & mesin basuh




2 gambar ka atas tu owner yg hantar..terlupa nak snap tapi kalau u all tgok real pun mmg exactly mcm tu . Bilik 1 dan 2 tu masih ada ruang kalau nak bentang 1 toto yg kelamin.

Walaupun peralatan memasak semua ada, kami just memasak utk breakfast je...lagi pun malam tu dah dinner kat Hammer Bay kan...memandangkan tidur lewat, yg geng lelaki kelaparan katanya...so masak maggi*tapi bukan mee 2 minit sbb masing2 siap tumis bwg & letak telur lagi. 


Yg tu bfast kami esok paginya..Sandwich Sardin & Sandwich Telur
Jeruk Pak Ali dlm tupperware tu mmg disediakan oleh owner homestay
Lepak kjp sementara tunggu semua get ready b4 check out
Dah penghujung entri lupa pula me nak beritahu rate homestay ni...Kami sewa 1 malam je..murah tau..baru rm180. So kalau u all berhajat ke Penang dgn family dan nak mencari homestay bolehlah try sini...hubungi :

Fiza ~ 012-4430109(call ,sms & whatsapp)
En Yusman - 0192984220 (call ,sms & whatsapp)

Alamat :
Homestay Pak Habib 
Taman Mutiara Vista, Jalan Bakau
Penang, Malaysia


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...