Wednesday, November 11, 2015

Tuan Anas Mikail *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt..

Tuan Anas Mikael...ditayangkan di Astro bermula 9 November 2015. Drama gandingan pelakon pujaan ramai Aaron Aziz (Tuan Anas Mikael) dan Zara Zya(Ayu Masisarah) 
Sumber :  ig Ziela Jalil 

Sumber : google
Sinopis..

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.
Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi
Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Saksikan kesudahan drama 15 Episod ini.




"Saya suka awak, Ayu Maisarah" ~ Tuan Anas Mikael
"Jaga saya elok-elok Cik Ayu...kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga"


Sumber : ig Aaron Aziz

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

terbaik

adianiez AIDA said...

lom dpt tgk...
sebab layan hindustan da 2 mlm :)

MizzTina said...

nk tgk seminggu sekali..hehehe

adianiez AIDA said...

dek krn entry ni, aida da tgk da 1-2 episod, norma.
ok la. not bad.
meskipun da boleh agak jalan citer nya.
but still suka tgk aron aziz tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...