Wednesday, December 2, 2015

♨ Asam Pedas Ikan Tenggiri Pekat ♨

Assalamualaikum wbt...

Macam dah lama pun tak kongsi resepi ....sebabnya...sebabnya apa yang biasa kita masak tu google je jumpa resepinya...

Alkisahnya kelmarin masa pi Econsave ternampak ikan tenggiri macam segar je sebab dorang baru lepas potong...terus je cakap en hubby kalau masak asam pedas sedap ni...terus dia ambik je isi dalam plastik...itu tandanya setuju lor..hihi..

Mak terjadilah Asam Pedas Ikan Tenggiri as plan... -

Bahan2nya :~
3 keping ikan Tenggiri (bibersihkan)
10-15 biji cili kering yg telah direbus*
7 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm kunyit*
I cm halia*
1 cm lengkuas*
(Bahan2 '*' dikisar)
1 batang serai ~ dititik
1 btg bunga kantan ~ dibelah 2
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & serbuk tumix
4 biji bendi
1 biji tomato _ dibelah 4
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara2nya :~

Panaskan minyak & tumis bahan2 yg telah dikisar. Kacau sekejap masukkan serai & lada hitam , biarkan sehingga pecah minyak . Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan , bunga kantan dan daun kesum. Masukkan garam secukupnya, sedikit gula(utk balancekan rasa) & serbuk perasa . Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan bendi(biarkan hingga setengah masak) & tomato . Biarkan 2-3 minit, kemudian bolehlah diangkat & dihidangkan :) 

Biasanya orang masak asam pedas diletakkan belacan barulah 'kick' katanya...tapi me tak boleh makan belacan so memang takde simpan stok belacan kat rumah, sebab tulah me tambahkan aje sedikit serbuk tumix sebagai bahan perasa..

Hasilnya...
Pedas & Pekat...

4 comments:

ros nordin said...

pedas pekat dan sedap... nyummm2 :)

tengok bahan2 dah tau rasanya sedap...hihihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang sedap kalau asam pedas pekat..
terasa semua ramuan tu Norma..

umi alya said...

Sedapnya..

Asha Lya said...

Asam pedas klau guna ikan tenggiri memg sdp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...