Thursday, December 3, 2015

Main Skateboard @Skatepark PCP (Taman Cabaran)

Assalamualaikum wbt....

Cerita hari minggu lepas...cuaca terang..alhamdulillah...mula-mula pelik kenapa si bujang me kejap2 dok jenguk kat luar...rupa2nya risau kot hujan turun..

Rupa2nya diam2 dia dah siap hantar whatsapp kat abah dia nak pegi main skateboard...kebetulan weekend tu en hubby kena kerja..
Nampak tu...suka nau dia tanya en google...syp2 pulak tu..hmm
Berbekalkan skateboard yang beli hari tu...kami ke sana...Alhamdulillah masa tu cuaca cerah...maklumlah sekarang ni kan musim hujan waktu petang...
Best sgt tempat ni, sejuk mata memandang pokok2 sekeliling
Tak mudah rupanya...kalau dia main Rollerblade tu mcm senang sgt..
Tengok syok dia main tiba2 guruh...cuaca dah start mendung..nasib baik la kat atas ada tempat yang berbumbung...tengah dia dok berlatih sorang2 tu ada brother ni dtg tegur, according to en hubby brother ni cakap skateboard yang anak bujang kami tu tak memenuhi kriteria untuk sebuah skateboard yang 'sempurna'...baik betul brother tu siap ajar Naqiuddin camne nak main..bagi pinjam dia punya skateboard...his suggestion...paling koman pun kena beli yang harga 300 keatas...hmm..nampaknya nak kena tukar yang lain la..

Nak review pasal tempat ni....memang sangat sesuai untuk mereka yang minat sukan2 extreme macam ni...masa kami pergi sana ada yg tengah training untuk mountain bike, bmx, skateboard & roller blading skills.....kat bawah ni kiranya tempat mereka yang mereka dah mahir...
Gambar : Google...
Kalau tanya pendapat me tempat ni sgt tak sesuai utk yg beginner..
Bahaya Ok !!!
Kalau dah tunggu anak main berjam-jam for sure perut pun rasa lapar kan...naknya hujan pulak tu...so tak payah risau sebab kat situ ada cafe Putra Station...macam2 ada..harga pun tak mahal...tapi yabg tak berapa nak bestnya service a bit slow...

Kepada penggemar laksa u all bolehlah terjah tempat2 kat bawah ni..

9 Tempat Yang Untuk Menikmati Laksa Yang Super Duper Sedap..:)

So kalau u all tercari2 tempat nak beriadah untuk anak2 bolehlah ke sana...Putrajaya Challenge Park...kat situ ada aktiviti rock climbing untuk kanak2 dan juga dewasa, yuran & peralatan me tak pasti berapa sebab kami tak masuk kat dalam tu...hari tu cuma singgah untuk solat Asar then terus ke Skatepark je..

How to get to Putrajaya Challenge Park
Peta Lokasi ( Gambar ehsan Google)
Nak tahu lebih lanjut, u alls boleh refer kat bawah ni..

8 comments:

MizzTina said...

pening la akak layan iqi..hehehe..

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Julia Johari said...

Menariklah tempat ni...suka tgk banyak kemudahan

Cikna said...

Standby ongkosnya ya,hehee.....;-)

Norma NML said...

@MizzTinalyn je la...:)

Norma NML said...

@Nurzakiah Hanum:)

Norma NML said...

@Julia JohariBetul tu Julia..ramai yg bawak anak2..nk main basikal pun boleh :)

Norma NML said...

@CiknaHihi..tu la psl..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...