Wednesday, January 27, 2016

Minggu Ketiga Di MTSA

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sejak anak belajar di MTSA , kami kaum ibu anak2 MTSA 'dirapatkan' melalui group whatsapp MTSA yang dibuat khas untuk kaum ibu...adminnya isteri ustaz...bagi bapa2 pula mereka dalam group yg berbeza under Ustaz(Pengetua)..Bagus sebenarnya buat asing2 macam ni..tak segan nak bertanya bagai.

Kadang bila pegi melawat anak tu tak semestinya kami dapat jumpa, ada yang ada...ada yang tak boleh hadir...Tapi kebiasaannya family akan bawa makanan yang anak2 request. Dalam dok 'sembang' kat group, ada yang cadangkan kami buat potluck untuk hari Ahad lepas. Terfikir nak masak apa agaknya. Semalam dah masak Ayam Gulai Kelantan yang si bujang me mintak...bincang dgn en hubby nak buat Pulut Kuning, Rendang Ayam & Sambal Ikan Bilis. Tapi last minute terpaksa batalkan sebab Sabtu tu takde air..sabar je la hari minggu takde air..Nasib baik la lauk untuk Naqiuddin masak masak waktu pagi...alhamdulillah ngam2 siap masak terus takde air...

Pagi hari minggu tu tiba2  dapat info dari group whatsapp , ramai yang tak dapat join potluck sebab ada hal..takpe lah sebab me pun dah niat nak masak untuk anak2 tahfiz..lagipun bukannya susah, Bihun Goreng je kot..
Gulai Ayam Klate..slh satu lauk favourite Naqiuddin
Homemade Roti John Ayam..;)
Yang tu me masak untuk hari Sabtu...happynya tengok dia makan dgn selera...En hubby makan sekali...tenankan anak bujang dia..:)
Alhamdulillah...habis dia makan..
Hari Ahad tu kakak & adik me ikut..alhamdulillah dorang sentiasa ada untuk sama2 support..terubat rindu si bujang ni..maklum la ..dari kecik dah biasa manja2 dgn makcik2 dia kan..
Ini je yg sempat me masak...Cekodok Coklat tu dia yg request
Kakak me pula buat Cucur Bilis & Cucur Lemak Manis...Alhamdulillah, walaupun tak banyak dapat juga kami berkongsi dgn anak2 kat MTSA. 

How happy he is ..Alhamdulillah..whenever & whatever it is
family always try to make you happy..
hope anak ummi sentiasa igt jasa2 mereka
yg byk membantu ummi jaga Naqiuddin ♥♥ 
That day at 1st a bit moody sbb baru bangun tidur..
Dah lama baru la sibuk dgn ball dia..Khalish oo Khalish
Semoga Naqiuddin makin serasi dan dapat sesuaikan diri dgn persekitaran MTSA..


p/s : Tak sabar tunggu Jumaat..

Tuesday, January 19, 2016

Dua Hari Dua Menu Berbeza...

Assalamualaikum wbt...

Masuk minggu kedua...Hanya Allah yg tahu rindunya kami pada Naqiuddin. Tak malu me katakan setiap malam & pagi me akan cium gambar dia kat hp...rutin tu dah jadi kebiasaan, kalau dulu nak pergi sekolah akan kiss dia, nak tidur pun sama,dia akan salam & peluk cium...cuma bezanya kalau dulu terasa fizikal dia...Jangan salah faham, bukan tak restu tapi perasaan itu normal kot sebagai seorang ibu.

Tak mudah kami nak biasakan diri dengan tiada kelibat dia depan mata kami. En hubby memang tak tunjuk kerinduan .... tapi kdg2 tanpa sedar hari Isnin dah menghitung hari bila nak tiba hari Sabtu....tak sabar nak pegi jumpa teman bergurau dia tu. Ya Allah...apa2 pun Engkau kuatkan hati kami...juga hati anak kami...

Dua hari Sabtu & Ahad*akan jadi rutin mingguan kami lepas waktu Asar kami akan melawat dia di kat MTSA...terubat rindu kami, Alhamdulillah sampai hari Sabtu tu dia nampak happy cuma kurang sihat sikit, batuk & selsema...jari kaki pula terseliuh sbb main bola...Hari sabtu tu kakak &  adik me pun datang sama...Khalish apa lagi ...mengendeng je dgn si abang sepupu dia...

Minggu lepas dia request untuk hari Sabtu nak makan Nasi Lemak ...so hari tu masakkan Nasi Lemak, Sambal Kerang & Ayam Goreng..'berkelah' le kami kat depan MTSA..hihi. Seronok tengok dia berselera makan.
Nasi Lemak ~ Menu utk hari Sabtu
Makan dlm van sbb tempat semua penuh..hihi
Khalish mmg tak lekang dr situ..nk manja2 dgn abg..
Then makan pula Cekodok Lemak Manis yang CikTi dia buat...ini pun kegemaran dia sebab tu CikTi dia buatkan...dah faham sgt sebab dari kecik lagi kakak selalu jaga dia bila me kena kerja hari Sabtu.
Lepas makan nasi, makan pula cekodok :D
Hari ahad dia request nak makan Spaghetti Bolognese, ikutkan beli yang dah siap kat Pizza Hut @ Secret Recipe lagi cepat tapi me rasa lebih baik masak sendiri..sambil masak kita boleh selawat & niat supaya makanan itu mengenyangkan anak kita & menjadi darah daging yang sebaiknya...sedap ke tak tu biar anak judge ..hihi. 
Yg bekas kecik utk dia tu standby awal2 letak cheese..
panaskan dlm microwave kjp ..
Alhamdulillah habis dia makan...
Sembang dgn dia , alhamdulillah dia cakap semuanya ok...cuma adalah dalam ramai2 tu maybe tak dapat sesuaikan diri dalam keluarga yg ramai...masih bersikap keakuan,takpe slowly sure dorang dapat biasakan dgn suasana di MTSA...kemudian cerita pasal tugasan dia, alhamdulillah dia suka & tak merungut..mana2 tahfiz pun anak2 akan diajar berdikari...kdg tu me minta juga nak bawa balik baju2 kotor tapi dia tak bagi, katanya nak basuh sendiri....ok, good...syukur dia boleh sesuaikan diri walaupun sebelum ni kat rumah semuanya hak dia...no sharing ...Almost 7pm kami balik..Minggu depan ummi & abah datang lagi ok...:)


p/s : Miggu depan katanya nak makan Gulai Ayam Klate..InshaaAllah ummi masakkan ok ♥♥

Monday, January 18, 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Assalamualaikum wbt...

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Thursday, January 14, 2016

Sha & Shah *Tonton & Download*


Assalamualaikum wbt....


Sinopsis Sha dan Shah :~

Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah(Kamal Adli) dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.

Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.

Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.

Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?



Ditayangkan di saluran Astro Ria 104 & Astro Ria HD setiap Isnin-Khamis jam 10 malam.








sumber :

Wednesday, January 13, 2016

Cinta Si Wedding Planner *Download & Tonton*

Assalamualaikum wbt...

Mula2 konon tak nak layan cerita ni...dah tengok sekali macam best & terlayan...tapi since waktu tayangan tak sesuai..terpaksalah tengok online & kengkadang yang download..hihi
Sinopsis...
Izara Batrisya aka Zara(Mira Filzah), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli(Fadlan Hazim) selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan aka Fariz(Adi Putra), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah(Shiqin Kamal), kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. 

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.


Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.


Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara? 



Monday, January 11, 2016

2 Hari 2 Emosi Yang Berbeza..

Assalamualikum wbt...

Hari yang ditunggu-tunggu, nak lepas rindu dendam weyy...sape tak rindu, tak jumpa seminggu kot. Kelmarin kena kerja ganti tapi awal2 dah apply separuh hari sebab takut terlewat nak jumpa si bujang kami tu.

Pukul 4 lebih kami dah gerak, memang la dekat je tapi waktu tu pendek. Since waktu Asar pun dah almost pukul 5pm, so kami turun sebelum masuk waktu ,ingatkan nak pegi dulu jumpa then cari tempat solat tapi dorang start solat pukul 5*ye la nak tunggu semua seramai 35 org tu beriap bukannya cepat . So kami pegi masjid kat kg depan tu, solat Asar dulu baru pegi semula ke MTSA. Sampai kat MTSA, pelajar2 masih dgr tazkirah..tunggu dia turun..nak tengok reaksi macamana. Dah seminggu kan..Berdebar hati ummi ni tau...

Dari air muka dah nampak macam dia tak happy, dengar je dia cerita...bagi dia calm...maybe ada cerita2 negatif yang dia dengar..campur pula rindu seminggu kami tak jengok dia*bukan x nk jengok,kalau hari kerja mmg x sempat,lagipun ustaz x glkkan sbb takut ank2 jd lagi manja...fhm2 je la...sedangkan kawan2 lain ada parent yang melawat. Bila macam tu me & en hubby memang rasa tak senang hati..risau benda tu semua mempengaruhi dia. So en hubby ckp takpe, esok kita dtg lagi..kita jangan berhenti berdoa semoga hati dia dilapangkan & tenang bila berada kat situ. 

Mahu tak menitis air mata ni bila fikirkan anak . Nak makan pun tak selera...semalam kami pegi lagi tengok dia..beli apa yang dia kirim...kami sampai tu ank2 tahfiz masih dgr tazkirah selepas solat Asar...tunggu dgn sabar...Nampak kelibat dia kat tangga...happy face...senyum lagi..alhamdulillah , hanya Allah yang tahu perasaan me..maknanya dia dah ok..

Barulah dia nak bercerita detail sepanjang seminggu dia ada kat situ...semua aktiviti hinggalah kpd tazkirah dari ustaz malam tadi yang merubah pemikiran dia*dgn izin Allah untuk berfikiran positif. Dia dah mula rasa seronok...dapat berdikari..kawan2 semua baik..senior pun ok, tak kedekut ilmu...alhamdulillah lega rasanya..dia makan Nasi Goreng Kerabu yang me bawa...kalau Sabtu tu langsung tak nak makan...sambil makan dia bercerita. Alhamdulillah , proses hafazan pun berjalan lancar. 
Terubat rindu di hati...:)
Sabtu depan dia minta bawa kan Nasi Lemak & ahad pula nak makan Pasta katanya...yang ummi masak ok...hmm..whatever for you my dear ...pukul 6.30pm kami balik dengan perasaan lega...no more worries ....semoga semangat Naqiuddin semakin kental...minggu depan ummi abah dtg lagi ok..♥♥

Thursday, January 7, 2016

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Assalamualaikum wbt....

Nak sambung kisah cuti2 kami ....walaupun dekat je tapi yang penting kualiti time dgn mereka yg kita sayang..Lepas check out dari PSH kami terus ke Muzium Tentera Darat (Army Museum PD)...Naqiuddin nak sangat pi sana..

Masa kami sampai tu jalan sesak sangat..mula2 macam.."hmm...ramai jugak org pi sini"..rupa2nya ada eksiden...motosikal dgn kereta...sebenarnya kalau ada eksiden macam tu sebolehnya me cuba elakkan ternampak mangsa2 ...bukan apa, me ni jenis yg lemah semangat..karang tak pasal2 pengsan kat situ. Tapi tak dapat elak sebab budak yg bawak moto tu memang terlantar kat tengah2 jalan..kepala berlumuran darah..dlm hati ...Ya Allah kuatkan semangat hambaMu ini....semoga takde apa2 yang memudaratkan kpd mangsa & cpt sembuh.

Mula2 sampai dok cari mana kaunter nak beli tiket rupa2nya masuk adalah percuma...hihi...sebenarnya kat dalam Muzium ni agak luas..kalau nak masuk semua sejam tu x cukup kot...banyak pengetahuan tentang ketenteraan(darat) kalau pi situ. Sesuai sangat untuk budak2 sekolah...sebab banyak 'pelajaran' Sejarah ada kat situ...tak nak tulis pjg2..layan je la mana pics yg sempat me snap...kebetulan masa kami sampai tu cuaca terang benderang..perhh..terasa sgt hangat..;)
Gerbang menuju ke MTD...
Anak & abah..
Me idok le minat nak bergambar dgn mende2 gini..hihi
menengok koleksi kereta kebal katanye..
Tinggi tau tangga nak naik kapal perang tu..
Yg ni dalam muzium
yg ni nak masuk  ke terowong...x larat dok
lama dlm ni ..dah la gelap..byk patung2 plk tu..seram pun ada..hihi
Nampak x yg ada motosikal tu, blkg tu ada lorong
ke perkampungan apa ntah..tp ditutup so x boleh masuk..hmm...
Dok sibuk ambik gambar patung2...
en hubby "ayanggg...x pyh la ambik gambar patung2 tu..
x elok"
.."Ooo..nape??..bini yg x fhm2..hii
Yg ni betul2 sebelah gerai2 jual souvenier..
mmg khas utk pengunjung bergambar...
♥♥♥3ofUs♥♥♥
♥♥1437♥♥
Dah penat berjalan, dgn panasnya lagi...mana taknya dah masuk waktu tengahari...tannya Naqiuddin nak makan apa...KFC katanya...singgah solat Zohor kejap terus balik & makan kat PKNS je...
Muka kepenatan...
U all kalau nak tahu lebih lanjut pasal Muzium Tentera Darat (Army Museum)...boleh la refer kat sini...
http://www.armymuseumpd.gov.my/






Wednesday, January 6, 2016

2D1N di Paradise Spa Hotel PD

Assalamualaikum wbt....

Setelah 5 hari cuti...back to normal routine. Cuma sedikit perubahan dalam rutin seharian kami suami isteri. Nantilah cerita...nati karang tak pasal2 bergenang air mata kalau cerita srkg...Tapi jangan salah faham pulak..it's not about marriage problem...alhamdulillah kami bahagia..bertambah bahagia dgn restu dariNya.

Mengisi cuti awal tahun baru2 ni kami sempat bawa si bujang pi cuti2, walaupun dekat je yang penting dia happy dan memenuhi apa yang dia nak. Ikutkan pada mulanya kami plan nak stay kat Avillion PD tapi penuh...kebanyakan hotel kat PD penuh...peak season la katakan..lastly kami pilih Paradise Spa Hotel je, yang penting Naqiuddin ckp kena ada swimming pool..me pula tertarik dgn kolam atas bumbung tu... 
View dr depan hotel..
Subhanallah...Nice view dr rooftop...

Lepas check in terus naik atas
Nice view ..kolam atas bumbung
Berenang la selagi larat wahai anak...
video

video


3 of Us
Yg ni pula pool untuk kanak2..
Malamnya kami keluar jalan2 cari makan...orang cakap kalau ke Port Dickson tak sah kalau tak makan kat Medan Ikan Bakar MPPD, so kami terjah ke sana .
Before tu singgah tepi Pantai Tanjung Gemuk kejap sebab nak tengok matahri terbenam...
Subhanallah...saat yg ditunggu..walaupun nampak dari
jauh tapi happy sgt..cantiknya ciptaan Dia..
♥♥♥Kami♥♥♥
Kat area ni ada live band & sewa2 untuk budak2 main macam basikal, rollerblade & ATV tapi yg tu semua Naqiuddin tak minat..katanya dah biasa..Yg bawah ni memang 2 kali dia ulang..hihi
1st triy 9 yg kena..
2nd try 5 je sbb tgn dh lenguh katanya..
Berat rupanya senapang tu..
Then baru pi cari makan...tak susah pun nak cari Medan Ikan Bakar tu dlm 10 minit dah sampai.
Warung yg paling ramai pengunjung & jadi sebutan ramai..
Samudra Ikan Bakar ~Hj Fared Hj Masrom
Yg bawah tu kami punya..
nampak sikit tapi bila dh msk byk rupanya..
Air tembikai kami ambil yg jug besar..
Ikan Siakap 3 Rasa, Sotong & Udang Goreng Tepung, Telur Dadar
Harga ?? Mahal ke murah u alls nilai la sendiri..tapi masakan dorang memang sedap...alhamdulillah kenyang..
Yg ni termasuk harga 4 pinggan nasi :)
Hotel ni walaupun tak semewah hotel2 lain tapi kemudahan yang disediakan kira ok la..ada gimnasium & jacuzzi for free tapi me tak sempat nak berjacuzzi pun...hanya masuk gym je kejap...ada spa massage tapi yang ni dikenakan bayaran...
Gym ni terletak berdekatan pool..
So lps berenang...bersenam la konon ;)
Rate yang kami  termasuk breakfast..boleh tahan juga..banyak pilihan makanan tapi u all jangan la nak compare dgn hotel 4 5 bintang tu
Dim Sum tu me suka ...rendang & sotong utk nasi lemak
Salad tu wajib ambik..fresh
Ada bubur & cereal
Ala2 warung kt luar tu ada Mee Sup & tempat order telur goreng ;)
Amboiii...kemain lagi hero2 me..sampai kembung pipi masing..hihi
Yg ni bilik kami..
just nice utk kami ber3
Mcmana la kami tak rindu sibujang ni..mcm ni la keletah dia kat rumah
Pukul 11 lebih kami dah check out sebab Naqiuddin nak pergi Muzium Tentera Darat...yg ni me sambung next entry ok...;)

Tengok video kat bawah ni...mcm best sgt..:)

The Biggest Cuti Trends Of 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...