Tuesday, January 5, 2016

IP Man 3 @GSC Alamanda

Assalamualaikum wbt....

Entry dalam draft...lupa nak proceed sebelum cuti  hihi...Balik dr Kelantan hari tu , kami terus ke Alamanda...since masa cerita ni tak keluar lagi Naqiuddin dah booking nak tengok IP Man 3 sbb mmg dari yg IP Man 1 lagi dia dah follow filem ni. Dia ni sepesen dgn abahnya, kalau tengok movie nak yang omputih & chinese action je, Melayu tu kalau yg lemah gemalai mmg tak layan...kalau yang action, ada lawan2 baru dia nak tengok.

Kami pilih yang tayangan pukul 2.40pm...waktu yang paling sesuai, Zohor dah lepas..keluar terus solat Asar...Utk tengok wayang yg tayangan pukul 4pm - 8pm memang takde dalam kamus kami sebab waktu tu memang sangat tak sesuai...Orang tak ramai sebab hari bekerja. Harga tiket boleh tahan jugak..rm14.50 untuk dewasa & kanak2 rm7++. Bekalan kami pop corn 2 & mineral water :).
2 adult & 1 child ;)
Overall filem tu memang best, ada action yang buat mata me tak mengantuk langdung...ada sedikit babak sedih yang buat air mata perempuan bergenang..hihi. Walaupun filem tu penuh dgn adegan lawan2 kungfu tapi ada juga nilai2 murni...hormat menghormati & ikatan kekeluargaan yang kuat...suka watak IP Man sbab sgt pentingkan family dia. Selebihnya u all tengok la sendiri baru puas hati. 
♥Anak & abah
yg punya byk minat yg sama ♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...