Tuesday, January 5, 2016

Makan Malam di The Grato

Assalamualikum wbt...

Malam selepas hantar Naqiuddin ke sek Tahfiz, tak tahu nak makan apa...hilang appetite sebenarnya...biasa ke mana2 dia ada kan... tapi en hubby sebaik mungkin cuba nak bagi me rasa calm....bukan tak pernah pun anak kami berjauhan...kdg bila cuti sekolah dia stay kat kampung seminggu tapi kali ni lain sangat rasanya..padahal setiap kali weekend boleh je pi jenguk dia..Hmm...hanya mereka yg alami situasi mcm ni je yg faham kot..

Kena banyak instighfar sebenarnya, sesuatu yg baik dan elok lagi kuat sebenarnya syaitan menggoda. Lastly kami decided makan kat The Grate, kat Seksyen 3 BB Bangi..dah lama sebenarnya nak try kat sini tapi asyik tak menjadi je.

Masa kami sampai orang tak ramai sangat..tu yang best sbb tak perlu tunggu lama. Me order Lasagna Beef & Grilled Chicken untuk en hubby. Sos homemade dorang ni memang sedap...en hubby yg susah nak puji masakan western pun cakap sos sedap...walaupun sedap Lasagna tu tak mampu me nak habiskan, so en hubby yang habiskan...tak baik membazir gitu..:)

Grilled Chicken
Beef Lasagna...
Melting sgt..tp x larat nak habiskan..
Air kami orde Jus Epal & Jus Oren
Antara menunya...




Alhamdulillah kenyang. Gambar kami memang takde...no mood nak ambil gambar sebab 'model' kami takde bersama...:(. End of month inshaaAllah plan nak pergi lagi bersama 'model' kami pula :)


p/s : Dlm proses nak biasakan diri ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...