Wednesday, January 27, 2016

Minggu Ketiga Di MTSA

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sejak anak belajar di MTSA , kami kaum ibu anak2 MTSA 'dirapatkan' melalui group whatsapp MTSA yang dibuat khas untuk kaum ibu...adminnya isteri ustaz...bagi bapa2 pula mereka dalam group yg berbeza under Ustaz(Pengetua)..Bagus sebenarnya buat asing2 macam ni..tak segan nak bertanya bagai.

Kadang bila pegi melawat anak tu tak semestinya kami dapat jumpa, ada yang ada...ada yang tak boleh hadir...Tapi kebiasaannya family akan bawa makanan yang anak2 request. Dalam dok 'sembang' kat group, ada yang cadangkan kami buat potluck untuk hari Ahad lepas. Terfikir nak masak apa agaknya. Semalam dah masak Ayam Gulai Kelantan yang si bujang me mintak...bincang dgn en hubby nak buat Pulut Kuning, Rendang Ayam & Sambal Ikan Bilis. Tapi last minute terpaksa batalkan sebab Sabtu tu takde air..sabar je la hari minggu takde air..Nasib baik la lauk untuk Naqiuddin masak masak waktu pagi...alhamdulillah ngam2 siap masak terus takde air...

Pagi hari minggu tu tiba2  dapat info dari group whatsapp , ramai yang tak dapat join potluck sebab ada hal..takpe lah sebab me pun dah niat nak masak untuk anak2 tahfiz..lagipun bukannya susah, Bihun Goreng je kot..
Gulai Ayam Klate..slh satu lauk favourite Naqiuddin
Homemade Roti John Ayam..;)
Yang tu me masak untuk hari Sabtu...happynya tengok dia makan dgn selera...En hubby makan sekali...tenankan anak bujang dia..:)
Alhamdulillah...habis dia makan..
Hari Ahad tu kakak & adik me ikut..alhamdulillah dorang sentiasa ada untuk sama2 support..terubat rindu si bujang ni..maklum la ..dari kecik dah biasa manja2 dgn makcik2 dia kan..
Ini je yg sempat me masak...Cekodok Coklat tu dia yg request
Kakak me pula buat Cucur Bilis & Cucur Lemak Manis...Alhamdulillah, walaupun tak banyak dapat juga kami berkongsi dgn anak2 kat MTSA. 

How happy he is ..Alhamdulillah..whenever & whatever it is
family always try to make you happy..
hope anak ummi sentiasa igt jasa2 mereka
yg byk membantu ummi jaga Naqiuddin ♥♥ 
That day at 1st a bit moody sbb baru bangun tidur..
Dah lama baru la sibuk dgn ball dia..Khalish oo Khalish
Semoga Naqiuddin makin serasi dan dapat sesuaikan diri dgn persekitaran MTSA..


p/s : Tak sabar tunggu Jumaat..

6 comments:

Kakcik Nur said...

Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain dari melihata anak-anak berjaya dan gembira... :)

Suriaamanda said...

Setuju dengan komen Mak kakcik Nur kat atas...anak2 bahagia gembira dh cukup dh...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

InshaAllah Norma..
Lama2 dia serasilah kat MTSA tu..
Tahun pertama kita layan je kehendaknya..
Macam anak akak di MTHT ni..
Dah tahun 2 ni..
Alhamdulillah dah serasi dia disana.

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah... dpt berkongsi lagi dgn anak-anak maahad situ
Yg penting anak akan terus dpt belajar dengan selesa dan tenang di situ.

eima said...

alhamdulillah ..semoga menjadi anak yg berjaya dunia akhirat

sheAYANG said...

Alhamdulillah. Anugerah Allah dpt dididik sebegitu. Awesome sangat awak sebagai parent. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...