Wednesday, January 6, 2016

Semoga Dipermudahkan...Ummi Abah Restu♥♥

Assalamualaikum wbt...

Semalam kami hantar Naqiuddin ke Madrasah Tahfiz ....yg penting atas keinginan dia sendiri..Alhamdulillah ibubapa mana tak rasa gembira bila anak nak buat perkara yang Allah suka tanpa paksaan. Syukur sangat...En hubby adalah orang yang paling happy sebab itu juga keinginan dia...nak sangat anak menjadi al hafiz...apapun kami akan sentiasa menyokong dan mendoakan semoga niat permata hati kami berjaya mencapai apa yang dia inginkan..

Ramai yang tanya nanti tak rindu ke ?? Boleh ke berjauhan dengan dia?? Hmm, rasanya mana2 ibu pun kalau yang tak pernah berjauhan dgn anak2 sure akan rasa rindu....lebih2 lagi dialah satu2nya BHPJ kami...Tapi kami lepaskan dia belajar kat sana..kami restu sebab itu perkara yang baik...sesuatu yang baik ke jalan yang Allah suka..takkan kami tak suka kot...rugi tau kalau anak nak jadi al hafiz tapi kita pula yang halang...
Ummi & abah sentiasa
doakan yg terbaik utk Naqiuddin

Khalish pun mcm seronok je dgn suasana kg
Naik kereta je terus tanya "Qi ane? Qi ane?"
Balik rumah baru perasan tak banyak gambar yang kami ambil kat sana...maklumlah sibuk dgn urusan pendaftaran ...check kot ada barang yang tertinggal ke...almost pukul 7pm kami balik sebab anak2 tahfiz kena ready untuk solat Maghrib berjemaah.

Jgn ckp x rindu..mlm pertama kami mcm kekurangan sesuatu...terasa sangat kerinduan tu...en hubby nampak kuat tapi I know how he feel...malam tu dia banyak diam...itulah satu2nya anak tempat bermanja & bergurau...Naqiuddin pula jenis yang suka usik2 & 'gomol' abah dia...setiap malam sebelum tidur dia akan salam peluk cium kami..mahu tak terasa..Ya Allah...kuatkan & cekalkan hati kami...demi mu wahai anak..ummi & abah restu syg...♥♥♥

2 comments:

Kakcik Nur said...

InsyaAllah, Naqiuddin akan menjadi anak soleh yang cerdik... :)

MizzTina said...

sabar kak ma, memula mesti rindu kan..insyaAllah akak n abg mie kuat.. moga rifqi menjadi al hafiz yg berjaya dunia akhirat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...