Thursday, February 18, 2016

Tundukkan Playboy Itu..*Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt...

Sinopsis (versi novel)

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - Harraz Naufal
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
 “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - Nurin Areesa
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – Puan Sri Rosell
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?



Aiskrim Kelapa Sedap :)

Assalamualaikum wbt...

Entry throwback..tak sempat nak citer..balik dari cuti CNY busy sangat...campur pula dengan hati yang masih risau pasal Chek..Masa dok tengok gamnar2 Chek yang abang & anak buah hantar kat group family ternampak la gambar Aiskrim Kelapa..

Aiskrim Kelapa ni kami makan masa pi hospital melawat Chek...dalam keadaan Chek macam tu kami gilir2 ambil giliran pi makan..Kalau nak cari makan area HRPZ memang banyak..cuma harga maybe mahal sikit. Kat area Stadiuk KB tu pun banyak sangat kedai2 makan..tapi since malas nak jalan jauh kami makan je kat Nasi Kukus Suriani, memang terkenal dikalangan pelancong luar & penduduk tempatan...Beratur almost 20 minit baru dapat..maklumlah kebetulan cuti sekolah,sorang tapau 20 bungkus, ada yg tapau 15 bungkus..Tapi me setuju..memang sedap...lupa pula nak snap gambar. Yg sempat me snap yg tapau tu je..hihi

Perhh..memang berbaloi dengan harga..
Pinjam gambar dari blog dorang hihi
 http://www.surianinasikukus.com/
Dah sedang elok abg me menunggu giliran Nasi Kukus kami, ternampak pula Aiskrim Kelapa...apa lagi, laju je me & adik pi order..hihi...So order 3 Aiskrim Kelapa & 2 Air Kelapa Pandan...harum sgt bau kelapa pandan tu..perut tengah lapar sbb a day before tu tak selera nak makan sbb fikirkan Chek...
Dlm tu ada aiskrim, ada pulut kuning, kcg tnh..isi kelapa..
memang sedap sgt..
Next time bila balik kg & Chek dah sihat nak bawa dia pi makan kat sana sebab Chek pun jenis yang suka jjcm tapi makanan ala2 kg la....;)

Wednesday, February 17, 2016

Kembali ke Rutin di MTSA

Assalamualaikum wbt...

Setelah 4 hari kat si bujang me dicutikan , petang Rabu lepas hantar dia macam biasa...Kembali ke rutin, hari Sabtu tu pi melawat dia kat MTSA...pagi tu mendobi kain baju yg banyak ..as usual kalau balik kg, walaupun isi rumah 3 orang je tapi pakaian macam bawa 1 almari..hihi.. Pada me better lebih dari kurang  sebab kita tak tahu keadaan kat kg, hujan ke..panas ke..:)

Masa hantar dia hari Rabu tu , awal2 dah pesan nak Ayam Goreng Tepung Sabtu nanti..ok..permintaan anak memang tak sampai hati tak tunaikan, lagipun seminggu 2 kali je kot.
Ini je yg sempat me sediakan..
Sambal Hitam tu MIL yg buat ..terbaik pya..:)
Sekejap je kami kat MTSA, petang2 tu anak2 tahfiz ada aktiviti...riadah beramai-ramai & pegi main bola kat padang SKRH...kami parents jadi penonton..lupa pula nak snap gambar..

Ahad tu dia tak request nak makan apa, tengok apa yang ada kat dalam kabinet & peti ais...maka terjadilah roti jala & Gulai Ayam Klate..
Hasil 'menjala' ditengahari..hihi
Puas hati tengok dia makan 
Alhamdulillah..
Maybe start next week kami cuba hadkan pi melawat hari Ahad sahaja...atas persetujuan dia juga sbb kami tak nak mengganggu waktu dia riadah dgn kawan2...kesian nanti serba salah pulak dia nak riadah atau nak spend masa dgn kami.......yg penting Ahad kami mesti melawat dia :)

Seronok tengok anak2 lebih selesa belajar kat surau baru..alhamdulillah hasil sumbangan ikhlas hamba2 Allah terbinanya surau tersebut...semoga memberi manfaat kepada anak2 MTSA...inshaaAllah..
I spot him there ;)
Pic sumber : Ibu kpd Pengetua MTSA
Ya Allah...semoga anak2 MTSA sentiasa mendapat keberkatan dan rahmatMu...lindungilah mereka & permudahkanlah mereka dalam menuntut ilmu untuk menjadi Al hafiz..Aamiin..

Friday, February 12, 2016

Ujian Datang Tiba-tiba..

Assalamualaikum wbt...

Balik kg tanpa perancangan sebab keadaan Chek tiada perubahan ..abang cakap dia langsung tak nak makan. Hati memang rasa tak sedap...nak pi kenduri saudara en hubby pun macam takde mood. Tapi kalau kami balik hari Sabtu tu memang very bad traffic jammed..ada kawan yang balik 13 jam baru sampai...faham2 je la kalau cuti pjg..

Sabtu tu pagi en hubby pi dulu servis kereta, tghari pegi dulu kenduri kat Dewan Campbell ...tapi sekejap je sebab nak jumpa MIL kat sana yg kebetulan pun tak sihat . Ptg pegi jemput si bujang kami di MTSA . Inform ustaz terpaksa dicutikan sebab nak balik kg .

Esoknya 3 pagi kami bertolak balik kg...alhamdulillah jalan tak sesak sangat sebab ramai dah balik tapi still banyak kenderaan. Singgah kat rumah(kg) kejap then terus ke HRPZ..tak sabar nak tengok keadaan Chek..hati ni memang resah selagi tak tengok dgn mata me sendiri. 

Ya Allah...luluh hati..tapi kena pujuk hati supaya kuat..tak nak Chek nampak kerisauan kami..keadaan Chek sgt lemah..kebetulan kena berpuasa sebab tunggu masa nak operate...
1st day sampai..hari ke 3 Chek sakit..lemah sgt..:'(..

Malam tu me & kakak yang ambil giliran menunggu...alhamdulillah doktor & nurse kat situ semuanya baik..sangat baik..sabar...tak pernah keluar suara yang tinggi...bila kita panggil cpt je dorang dtg...semua pesakit dorang gelarkan 'mak'...jauh beza dari apa yg biasa me dengar ttg hospital kerajaan...even masa me bersalinkan si bujang dulu pun..alhamdulillah dapat layanan yang baik..tapi masa tu nama hospital tu HBKB.
Tgh tukar bedsheet

Hari Isnin, bilik doktor cakap nak buat operation sbb bilik ICU dah ada yg kosong..5.30pm start sampailah pukul 7.30pm...hati resah...tak henti doa & baca surah yassin sebab doktor dah bagitahu high risk... kemungkinan jantung akan terhenti semasa operation yang buat kami risau & hanya mampu tawakal padaNya.....
Alhamdulillah..anak2 & cucu2 Chek setia menanti..tak perlu bawa
surah yassin..masa ni utgnya ada gajet mcm ni..:)

Tengah sabar menunggu , tiba2 dengar announcement "diminta waris2 kepada Nik.......datang ke dewan bedah......"..seriously...announcement macam tu buat kami rasa berdebar. Alhamdulillah lega bila doktor bagitahu operation berjaya ..Chek dipindahkan ke ICU...dalam masa satu jam kami boleh tengok Chek..no picture..x boleh snap gambar dlm tu...setiap kali masuk hanya 2 orang dibenarkan..kena basuh tangan bagai sebab takut patient terkena jangkitan kuman ...

Berat hati sebenarnya nak tinggalkan Chek..tapi kami ada tanggungjawap lain...lepas Chek sedar...1st thing dia minta air tapi kami tak boleh bagi...bahaya utk dia...ckp kat dia baik2..dia angguk faham..Hari last sebelum kami bertolak balik Kajang , minta maaf...cium tangan dia puas2..nak cium pipi tak boleh sebab katilnya tinggi sgt..hihi..explain kat dia kena balik dulu..inshaaAllah nanti balik lagi..dia angguk..hati sayu sebak..

Kakak & adik2 masih lagi cuti sampai Sabtu..abg sentiasa update kat group family tentang perkembangan Chek...Lepas 2 hari kat icu, ada improvement..doktor pindahkan Chek ke wad biasa ...tak perlu gunakan mesin bantuan pernafasan lagi..Syukur..

Ya Allah..kau sembuhkan Chek..kuatkan
semangatnya..Kami ♥ Chek ..
Rabu tu seawal 4 pagi kami dah bertolak balik Kajang..kesian en hubby tak larat nak redah kesesakan kalau keluar lewat...cukuplah 'bercinta' dua tiga hari berulang ke KB jammed. . Alhamdulillah around 11 pagi kami sampai...

Friday, February 5, 2016

Selamat Bercuti...

Assalamualikum wbt...

Cuti CNY 5 hari...tak plan ke mana pun sebab si bujang kami tak cuti...MTSA ada takwim sendiri..so cuti telah ditetapkan..Tapi kami still pegi tengok dia macam biasa..Sabtu & Ahad...

Itu perancangan..esok ada majlis sanding kazen en hubby kat KL...MIL yang kebetulan dah seminggu datang KL pula demam..saki2 badan...tengahari tadi dapat whatsapp dari abang bagitahu Chek tiba2 demam & sakit2 badan. Biasanya kalau dia tak larat panggil je doktor datang rumah tapi sebab hari ni kan Jumaat so doktor tak dapat datang..

Suddenly abang hantar pula whatsapp Chek dah ke hospital dengan ambulan..better dari naik kereta..lagipun lebih cepat dan ada nurse yang boleh tengok keadaan chek dalam tu. Ikutkan hati nak balik..tapi abang cakap tengok dulu camne...adik2 me balik dulu..kalau tak ok me & kakak ambik giliran...tunggu abang update time to time..kalau tak ok jugak..maybe kena tukar perancangan ...esok kami balik..

Sekarang ni hanya mampu berdoa semoga tiada apa yang memudaratkan..semoga Allah melindungi chek dan cepat sembuh...Baru jumpa Chek ahad lepas masa pegi rumah abang...sihat je..tapi maybe dia penat kot, biasalah bila umur meningkat..daya tahan semakin berkurang...alhamdulillah chek ada anak cucu yang ramai...ada yang dekat boleh tengok kan..risau memang ada tapi sekurang2nya kami tahu keadaan dia dipantau.


Call kakak tadi, doktor tgh masukkan air...maybe admitted 2 3 hari...
 Ya Allah Ya tuhanku...semoga tiada yang memudaratkan dan semoga Chek cepat sembuh....


Monday, February 1, 2016

Sakit Itu Ujian...

Assalamualaikum wbt...

Dari semalam si 'bongsu' me ni buat hal..geraham bongsu lorrr...memang ujian betul...kalau sesiapa pernah sakit gigi tahu la camne sakitnya...dah la sakit...terus hilang selera makan..tapi perut nak juga diisi kalau tak menyanyi tak henti.

Yang boleh ditelan tanpa kunyah hanyalah bubur...nak cari bubur waktu petang kat mana la gamaknya..gigih en hubby bertemankan en 'google' mencari tempat yg jual bubur nasi...finally jumpa juga..Nasi Ulam...terjah je la dgn harapan memang ada...alhamdulillah Allah memudahkan kami...:)
yg ni lauk pauk & sayur utk bubur nasi tu..
Mcm2 ada.. pilih la mana yg u all suka..
Ini je lauk pauk yg lembut..yg sesuai utk
org sakit gigi..hihi
Air tu namanya Carrot Gold..Carrot susu+ Gula Merah
ala2 3 layer tea gitu..sedap :)
Next time cuba yg lain pula :)
Masa nak order tu pilih lauk apa yang nak dan dorang akan masakkan..telur masin tu dah tentu la rebus je...tauhu jepun tu masak sos tiram..sedap.. boleh je kot kalau nak request masak camne ..En hubby order Mee Bandung...
Mee Bandung Muar
Banyak juga menu yang best2 kat situ...harga pun takde la mahal tapi disebabkan gigi ni meragam terpaksa la makan apa yang boleh je..huhu



Nak tahu sedap ke tak kena cuba sendiri lor..hehe..But for me..sedap..kena dengan anak tekak ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...