Wednesday, February 17, 2016

Kembali ke Rutin di MTSA

Assalamualaikum wbt...

Setelah 4 hari kat si bujang me dicutikan , petang Rabu lepas hantar dia macam biasa...Kembali ke rutin, hari Sabtu tu pi melawat dia kat MTSA...pagi tu mendobi kain baju yg banyak ..as usual kalau balik kg, walaupun isi rumah 3 orang je tapi pakaian macam bawa 1 almari..hihi.. Pada me better lebih dari kurang  sebab kita tak tahu keadaan kat kg, hujan ke..panas ke..:)

Masa hantar dia hari Rabu tu , awal2 dah pesan nak Ayam Goreng Tepung Sabtu nanti..ok..permintaan anak memang tak sampai hati tak tunaikan, lagipun seminggu 2 kali je kot.
Ini je yg sempat me sediakan..
Sambal Hitam tu MIL yg buat ..terbaik pya..:)
Sekejap je kami kat MTSA, petang2 tu anak2 tahfiz ada aktiviti...riadah beramai-ramai & pegi main bola kat padang SKRH...kami parents jadi penonton..lupa pula nak snap gambar..

Ahad tu dia tak request nak makan apa, tengok apa yang ada kat dalam kabinet & peti ais...maka terjadilah roti jala & Gulai Ayam Klate..
Hasil 'menjala' ditengahari..hihi
Puas hati tengok dia makan 
Alhamdulillah..
Maybe start next week kami cuba hadkan pi melawat hari Ahad sahaja...atas persetujuan dia juga sbb kami tak nak mengganggu waktu dia riadah dgn kawan2...kesian nanti serba salah pulak dia nak riadah atau nak spend masa dgn kami.......yg penting Ahad kami mesti melawat dia :)

Seronok tengok anak2 lebih selesa belajar kat surau baru..alhamdulillah hasil sumbangan ikhlas hamba2 Allah terbinanya surau tersebut...semoga memberi manfaat kepada anak2 MTSA...inshaaAllah..
I spot him there ;)
Pic sumber : Ibu kpd Pengetua MTSA
Ya Allah...semoga anak2 MTSA sentiasa mendapat keberkatan dan rahmatMu...lindungilah mereka & permudahkanlah mereka dalam menuntut ilmu untuk menjadi Al hafiz..Aamiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...