Wednesday, March 30, 2016

Resepi Crumble Apple & Mango Pie

Assalamualaikum wbt...

Kelmarin punya citer, orang kerja awak cuti...sudahnya awak kebosanan kat rumah hmm...ayat tu, cakap untuk diri sendiri okey...Kisahnya semalam kami offday...gini la kerja kalau ikut customer...dah dorang cuti management pun ikut ler...kami pun dicutikan, bukan la bagi cuti free tau, kena ganti hari Sabtu ...tu yg letih tu*x pe...kita apply je cuti..hihi...

Dek kebosanan...buka peti sejuk, tengok apa yg ada...hmm..ada epal merah tu*dah tentu me tak makan kecuali epal hijau...so jejari ni mula la meng'google apa yg boleh dibuat dgn epal tu...akhirnya terjadi la...benda ni...:)...resepi me cedok dari byk blog & pilih mana yg senang...jadi la resepi derhaka..sorry ye empunya resepi sbb nak kena sesuaikan dgn brg yg ada.

Bahan2nya :~
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
4  sudu besar air sejuk
I biji kuning telur 
Gaulkan sebati hingga jadi pastry(doh). Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit ~ 1 jam
 {#agak2 la doh tu jangan terlalu keras @ lembut}

Bahan Utk Inti :~
3 biji epal mini(potong dadu) ~ sbb ini je yg ada dlm peti sejuk
(if suka makan guna epal hijau)
1 biji mangga masak (potong dadu)
1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan gula(x suka manis boleh kurangkan)
2 sudu besar gula perang
Antara bahan untuk inti
Cara2
Cairkan butter, masukkan 2 jenis gula tu hingga hampir cair (guna api sederhana ye), kemudian masukkan epal hingga separuh lembut then masukkan mangga kacau sekejap je ,masukkan pula serbuk kulit kayu manis & garam...kacau, kemudian masukkan tepung gandum & kacau hingga sebati.. siap & ketepikan.

Bahan crumble :~
2/3 cawan tepung
1/4 cawan gula
 1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
Campur . Gaul dgn garpu sampai teksturnya jadi macam serbuk ..Maca kat bawat tu...
(kalau suka boleh masukkan rolled oat ¼)
Buat sampai jadi mcm ni
Cara2 buat:~
Keluarkan doh dan gelek dengan rolling pin*kalau takde cari la botol2 ke ape kan sampai agak agak setengah inci tebal (aku main agak je) lepas tu letak pada loyang (sbb xde pan pie) perlahan-lahan.  Kemudian, masukkan bahan inti apple & mangga tu.  Lastly baru tabur  crumble kat atas tu.

 Masuk dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah celcius selama 10 minit. Lepas tu bakar lebih kurang 30-40 minit pada suhu 150 darjah celcius bergantung pada jenis oven. .
Inilah hasilnya..alhamdulillah..nampak ok...yeayyy..
Inilah hasilnya...taraaa
1st trial... 
Kelmarin en hubby balik kerja, terus suruh dia makan & komen....si bini ni mmg tak sbr nak dgr sbb dah mmg takde org lain kat rumah nak bagi komen.....yeayy....komen positif...alhamdulillah dia ckp..sedap..hihi malu2 happy ..

Hari ni bawa ofis sikit share dgn kengkawan...InshaaAllah ada kelapangan & kerajianan boleh la buat lagi...Ada pula yg tanya ambik tempahan ke ..alahai adik kakak...me pun baru 1st time buat...InshaaAllah kalau ada rezeki ke arah tu..maybe later ;).


Note : sumber resepi lupa link mna satu sbb ambik dr 2 3 resepi & pilih mana paling senang & sesuai dgn bahan2 yg ada kt rumah ;) 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaa

NzA said...

boleh cuba ni...nmpk sedappp..

Norhayati Mohd Isa said...

Yummy...
Nampak sedap tu Norma :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...