Wednesday, April 20, 2016

Memanah Itu Sunnah

Assalamualaikum wbt...

Tak pernah cuba sukan memanah...kalau dulu teringin tapi takde peluang macam tu masa belajar dulu. Takpe la bukan rezeki ummi , so bila anak nampak macam berminat & minta nak join memanah kat MTSA kami bagi je la...lagipun yuran takde la mahal sangat.

Besar pahalanya kita menghidupkan sunnah Rasulullah saw. Antara hadis yang berkaitan dgn memanah...~
Rasulullah saw bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (hadis Riwayat Thabarani).
Kebetulan weekend lepas masa kami pi melawat dia kat MTSA, anak2 tahfiz tengah berlatih...alhamdulillah ustaz yg melatih ckp anak2 tahfiz ni cepat pick up, walaupun baru 2 kali berlatih tapi mereka yakin & fokus.
Sambil dok tunggu anak habis latihan tu...mak pak masing2 dok snap gambar anak2..well...normal la tu kan sbb detik2 dan tarikh yg sama takkan berulang...
Tgh dgr penerangan coach

InshaaAllah lepas ni kalau ada peluang bagi dia cuba sukan berkuda pulak :).

Sunday, April 17, 2016

☼☼ Selamat Ulangtahun ke 13 Putera Ummi ☼☼

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...hari ni genap 13 tahun umur permata hati kami.....kami hanya mampu menadah tangan, memanjat kesyukuran kpd Ilahi kerana hadirkan dia dalam hidup kami...memberi kami peluang menjadi seorg ibu & bapa...Terima kasih Ya Allah...

Ya Allah..
Kau pjgkanlah umur putera kami Rifqi Naqiuddin...berikanlah dia kesihatan yg baik, peliharalah agamanya..akhlaknya, terangkan hatinya & permudahkanlah dia untuk mencapai cita2nya ..jadikanlah dia insan yg berjaya berlandaskan agamaMu...Semoga dia menjadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. ..Engkau limpahkanlah rahmatMu keatasnya...Aamin Ya Rabbal 'Alamin

Selamat Ulangtahun sayang.......doa kami tak pernah berhenti, semoga Allah melindungi & menjaga mu wahai anak...kasih ummi & abah sentiasa ada untuk Naqiuddin..tiada penghujungnya...we love you so much
Cepatnya anak ummi membesar..
(celebration in advance masa kt CH awl bulan baru ni)
Ini saje yg sempat ummi sediakan..;)
Alhamdulillah he like it..


Friday, April 15, 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak join giveaway....acu cuba try test, manalah tahu kot bertuah dapat shawl free kan...hihi..U all yang minat tu boleh la join sama...simple rules..just klik banner tu je utk join ;)

*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Tuesday, April 12, 2016

Homemade Jam Strawberry

Assalamualaikum wbt...

Timbul idea nak buat Jam Strawberry ni sbb bila buka peti ais ternampak ada lagi 2 pek strawberry yang me beli kat Cameron hari tu. Me bukannya penggemar buah merah ni , tanya en hubby dia cakap dah jemu beberapa hari asyik makan strawberry je..hihi..

Cara nak buat senang sangat..bahan pun tak banyak..

Strawberry
Gula secukupnya
Sedikit garam
Air 
1 sudu teh jus limau lipis
(me tak letak sebab takde stok ~ tujuan utk tahan lama)

Cara2 :~
Bersihkan buah strawberry, belah ikut suka (me belah 4)...Masukkan dalam periuk..masukkan gula, air & secubit garam...Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala...apabila air dah hampir kering masukkan sedikit jus limau nipis(me tak letak). Kacau hingga hungga sebati..kalau u all suka kering kacau hingga kering..kalau me x suka kering sangat...
*Note : kalau x letak jus limau make sure letakkan dlm peti ais...so far almost seminggu me buat masih lagi ok. 
Nampak tu...perhh...so red...
Yang penting tiada bahan pengawet...fresh strawberry...Malam tu suruh en hubby yang try...dan dia suka..yeayyy...hihi tetiba rasa mcm pandai sangat padahal resepi hasil google je pun..:)
Sapu marjerin sikit kat roti tu & bakar...then sapu dgn jam tu
..hmmm...
So lenkali boleh try buat jem lain pulak...skrg dalam otak terfikir buah nenas...dapat nenas madu sure sedap ...:)

Monday, April 11, 2016

Mencari Angin Sejuk Di Cameron Highland.

Assalamualaikum wbt...

Weekend minggu lepas...Orang dah buka sekolah, awak baru nak bawa anak pi jalan2...Nak buat macamana..takwim tak sama...ini pun curi masa weekend yg kebetulan dia boleh balik rumah. Actually plan nak balik rumah Uwan dia je sbb dah almost 2 bulan tak jumpa...jumpa bulan 2 hari tu pun sekejap je masa kat kenduri kazen hubby kahwin...

As plan kami bertolak dari KL terus ke sana melalui Tapah . Adik2 ipar me & their family konvoi 2 buah kereta...bawa mak & youngest adik ipar sekali. Kami sampai awal dari dorang, so check in dulu..perut lapau..sementara tunggu dorang sampai kami ngap dulu Crumble Aplle Pie yg me buat malam tu.

Kami stay di Greenhill Resort...kami stay kat apartment 3 bilik...ramai yang cakap kat situ adalah tempat yang paling strategik untuk stay...dekat dgn tempat2 yg menarik. Parking pun senang. View dari atas apartment pun cantik. Malam agak sejuk walaupun cuaca siang hari panas..apartment tu tottaly no fan & no air-cond . Lepas solat kami keluar pi Cactus Point jap..lepas tu pi beli apa yang patut ...well kalau pi CH biasa la...keledek, jagung, strawberry, sayur2 segar*tapi me tak beli sbb dulu pernah terkena, beli sayur kat CH ada cacing...geli weyy..
Singgah je...x beli pun sbb me x minat pokok berduri..hihi


Nice...coloful :)

Tak habis jelajah kami dah balik...ingatkan bukan cuti sekolah CH ni tak sesak tapi sangkaan meleset, niat dihati nak singgah Psr Malam pun terkubur..no parking..pusing 2 3 kali pun tak  dapat...since org yg me tempah kek utk si bujang cakap nak hantar kek kami balik tempat menginap..
Si bujang me tak sbr2 nak mkn strawberry..nasib la kat
blkg kereta mmg standby je air..boleh la wat basuh..
Kesian kat Mak termkn buah yg msm..


Sementara menunggu Fiza sampai..

 Malam tu kami celebrate birthday anak bujang me in advance...saja buat awal sebab tarikh tg sebenar bukan hari dia cuti...Alang2 dah pi holiday, kazen2 dia ada...Uwan dia pun ada...walaupun tak ramai tapi happy tengok dia seronok. Cuma sekrg dia dah besar so takde la nampak excited sgt...Yg penting ada hadiah untuk dia..dan dia suka sgt...Indulgence kek yg sedap..Thx Fiza..next time kalau u all nak order homemade kek kat CH boleh la contact Fiza(AlisyaMedina Homemade Cake)....
Potong kek In advance..
Malam tu kami keluar kejap...ambil angin malam & beli sedikit souvenir...hihi
Si bujang me tu bukan main belek baju tapi nak belikan
dia tak nak...

 Malam semua tido awal kepenatan ..tambah pula cuaca sejuk...baru terasa sejuknya sampai masing2 berstokin..Esok pagi menantu2 mak siapkan bfast...hihi.. 
Pekena Nasi Goreng dgn Ikan Masin..pehh..
Kami check out awal sbb nak jalan2 dulu sebelum balik. Singgah pekan sehari dulu...strawberry murah giler kot banding dgn yg kami beli kat kedai semalam...
Ikutkan hati mcm2 nak beli ..hihi
Si bujang me again x sbr sbb yg kt sini buah lgi besar katanya.


Antara hasil mencandat kat pekan sehari...
Dari Pekan Sehari kami ke YZ Agro Farm....kat sini u all boleh tengok mini ladang strawberry dan ada cafe untuk u all makan fresh strawberry, aiskrim, milkshake...semuanya base on strawberry..Selain tu ada juga makanan yang boleh mengenyangkan macam nasi campur ,Nasi Lemak dan bihun mee sup.
Kata penjaga kat situ buah tak berapa menjadi sbb cuaca panas
Family potrait :)

Yg ni harus cuba..so yummy..me bukan
pencinta strawberry tp bila dgn sos coklat mmg x bleh tolak
Fresh Blended Strawberry & Strawberry Milk Shake
Kemudian kami singgah kat Bharat Tea Plantation..kat sini memang sesak sangat dgn pengunjung..konon nak lepak & minum2 dulu kat situ sbb me tgok cafe tu ada macam2 dessert yg sedap tapi sygnya takde rezeki...beratur pjg satu hal..tempat duduk semua penuh, maybe dorang minum sambil menikmati pemandangan ladang teh dgn angin yang sepoi2 gitu, tu yg lama dok lepak situ kot...
Subhananallah..cantik sangat...hijau mata memandang...
Nun jauh kat bawah mmg takde la me nak turun
bukan ada tangga pun, so biar je la mereka ber2 jer ;)
Kat sini juga jadi tumpuan mereka yang nak beli souvenir dan bermcm-mcm jenis teh ada. Tapi me memang langsung tak beli teh sbb kami mmg bukan penggemar teh..sekadar minum bila teringin je.

Ikutkan hati banyak lagi tempat nak singgah, walaupun dah beberapa kali sampai CH tapi masih tak berkesempatan nak singgah Air Terjun Robinson yg orang dok ckp cantik tu. Weekend pun sesak, apatah lagi cuti sekolah...nampaknya kalau nak best kena pergi hari biasa baru tak sesak. Pukul 2 lebih kami dah bertolak balik sbb masing2 ada hal..adik ipar malam tu nak kena bertolak balik ke UMK, biras me pula ada customer nak jumpa utk tempahan pelamin. Kami??? Kami pun busy sebab si bujang kesayangan dah tuntut nak tengok movie Batman v Superman...:). Walaupun sekejap tapi tetap seronok bila jalan2 dgn family .


Thursday, April 7, 2016

Akadku Yang Terakhir # Tonton & Download #

Assalamualaikum wbt...

Drama yang menggantikan Uda dan Dara, gandingan pelakon utama Amar Baharin sebagai Irham Zahri dan Tizz Zaqyah sebagai Rania Baheera. Sebuah lagi drama adaptasi novel yang mengisahkan tentang seorg Pakar Psikoterapi. Tugasan itu telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Setiap kali ingin membuat sesi terapi yang telah diaturkan, Irham Zahri sangat susah untuk bekerjasama & ini menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!



Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.



Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?



Episod 1 ~ Tonton/download

Episod 2 ~ Tonton/download
Episod 3 Tonton/download
Episod 4 Tonton/download
Episod 5 ~ Tonton/download
Episod 6 Tonton/download
Episod 7 Tonton/download
Episod 8 Tonton/download
Episod 9 Tonton/download
Episod 10 ~ Tonton/download
Episod 11 Tonton/download
Episod 12 Tonton/download
Episod 13 Tonton/download
Episod 14 Tonton/download
Episod 15 Tonton/download
Episod 16 Tonton/download
Episod 17 Tonton/download
Episod 18 Tonton/download
Episod 19 ~ Tonton/download
Episod 20 Tonton/download
Episod 21 Tonton/download
Episod 22 Tonton/download
Episod 23 Tonton/download
Episod 24 Tonton/download
Episod 25 Tonton/download
Episod 26 ~ Tonton/download
Episod 27 Tonton/download
Episod 28 Tonton/download
Episod 29 Tonton/download
Episod 30 Tonton/download
Episod 31 Tonton/download
Episod 32 Tonton/download
Episod 33 Tonton/download
Episod 34 Tonton/download
Episod 35 Tonton/download
Episod 36 Tonton/download
Episod 37 Tonton/download
Episod 38 Tonton/download
Episod 39 Tonton/download
Episod 40 Tonton/download
Episod 41 Tonton/download
Episod 42 Tonton/download
Episod 43 Tonton/download

~Tamat~


Sumber :~

Tuesday, April 5, 2016

Suami Tanpa Cinta *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt...

Sebuah lagi drama adaptasi Novel , gandingan utama Shukri Yahya & Janna Nick
Sinopsis :-

Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.Namun perkahwinan itu bersyarat, andainya jatuh talak keatas Ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid takde lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid & Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.



Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Tapi kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin bahagia & saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Tetapi Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar yg Ain sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Semua gmbr ehsan dr ig pelakon & penerbit, Dato Ziela Jalil
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani setiap godaan yang datang bersilih ganti. Namun, akhirnya kebahagiaan itu teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 



Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dptkah Aid mencari Ain ?? Saksikan drama ini nanti :) 



Sumber :~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...