Wednesday, April 20, 2016

Memanah Itu Sunnah

Assalamualaikum wbt...

Tak pernah cuba sukan memanah...kalau dulu teringin tapi takde peluang macam tu masa belajar dulu. Takpe la bukan rezeki ummi , so bila anak nampak macam berminat & minta nak join memanah kat MTSA kami bagi je la...lagipun yuran takde la mahal sangat.

Besar pahalanya kita menghidupkan sunnah Rasulullah saw. Antara hadis yang berkaitan dgn memanah...~
Rasulullah saw bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw bersabda: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (hadis Riwayat Thabarani).
Kebetulan weekend lepas masa kami pi melawat dia kat MTSA, anak2 tahfiz tengah berlatih...alhamdulillah ustaz yg melatih ckp anak2 tahfiz ni cepat pick up, walaupun baru 2 kali berlatih tapi mereka yakin & fokus.
Sambil dok tunggu anak habis latihan tu...mak pak masing2 dok snap gambar anak2..well...normal la tu kan sbb detik2 dan tarikh yg sama takkan berulang...
Tgh dgr penerangan coach
video

InshaaAllah lepas ni kalau ada peluang bagi dia cuba sukan berkuda pulak :).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...