Monday, April 11, 2016

Mencari Angin Sejuk Di Cameron Highland.

Assalamualaikum wbt...

Weekend minggu lepas...Orang dah buka sekolah, awak baru nak bawa anak pi jalan2...Nak buat macamana..takwim tak sama...ini pun curi masa weekend yg kebetulan dia boleh balik rumah. Actually plan nak balik rumah Uwan dia je sbb dah almost 2 bulan tak jumpa...jumpa bulan 2 hari tu pun sekejap je masa kat kenduri kazen hubby kahwin...

As plan kami bertolak dari KL terus ke sana melalui Tapah . Adik2 ipar me & their family konvoi 2 buah kereta...bawa mak & youngest adik ipar sekali. Kami sampai awal dari dorang, so check in dulu..perut lapau..sementara tunggu dorang sampai kami ngap dulu Crumble Aplle Pie yg me buat malam tu.

Kami stay di Greenhill Resort...kami stay kat apartment 3 bilik...ramai yang cakap kat situ adalah tempat yang paling strategik untuk stay...dekat dgn tempat2 yg menarik. Parking pun senang. View dari atas apartment pun cantik. Malam agak sejuk walaupun cuaca siang hari panas..apartment tu tottaly no fan & no air-cond . Lepas solat kami keluar pi Cactus Point jap..lepas tu pi beli apa yang patut ...well kalau pi CH biasa la...keledek, jagung, strawberry, sayur2 segar*tapi me tak beli sbb dulu pernah terkena, beli sayur kat CH ada cacing...geli weyy..
Singgah je...x beli pun sbb me x minat pokok berduri..hihi


Nice...coloful :)

Tak habis jelajah kami dah balik...ingatkan bukan cuti sekolah CH ni tak sesak tapi sangkaan meleset, niat dihati nak singgah Psr Malam pun terkubur..no parking..pusing 2 3 kali pun tak  dapat...since org yg me tempah kek utk si bujang cakap nak hantar kek kami balik tempat menginap..
Si bujang me tak sbr2 nak mkn strawberry..nasib la kat
blkg kereta mmg standby je air..boleh la wat basuh..
Kesian kat Mak termkn buah yg msm..


Sementara menunggu Fiza sampai..

 Malam tu kami celebrate birthday anak bujang me in advance...saja buat awal sebab tarikh tg sebenar bukan hari dia cuti...Alang2 dah pi holiday, kazen2 dia ada...Uwan dia pun ada...walaupun tak ramai tapi happy tengok dia seronok. Cuma sekrg dia dah besar so takde la nampak excited sgt...Yg penting ada hadiah untuk dia..dan dia suka sgt...Indulgence kek yg sedap..Thx Fiza..next time kalau u all nak order homemade kek kat CH boleh la contact Fiza(AlisyaMedina Homemade Cake)....
Potong kek In advance..
Malam tu kami keluar kejap...ambil angin malam & beli sedikit souvenir...hihi
Si bujang me tu bukan main belek baju tapi nak belikan
dia tak nak...

 Malam semua tido awal kepenatan ..tambah pula cuaca sejuk...baru terasa sejuknya sampai masing2 berstokin..Esok pagi menantu2 mak siapkan bfast...hihi.. 
Pekena Nasi Goreng dgn Ikan Masin..pehh..
Kami check out awal sbb nak jalan2 dulu sebelum balik. Singgah pekan sehari dulu...strawberry murah giler kot banding dgn yg kami beli kat kedai semalam...
Ikutkan hati mcm2 nak beli ..hihi
Si bujang me again x sbr sbb yg kt sini buah lgi besar katanya.


Antara hasil mencandat kat pekan sehari...
Dari Pekan Sehari kami ke YZ Agro Farm....kat sini u all boleh tengok mini ladang strawberry dan ada cafe untuk u all makan fresh strawberry, aiskrim, milkshake...semuanya base on strawberry..Selain tu ada juga makanan yang boleh mengenyangkan macam nasi campur ,Nasi Lemak dan bihun mee sup.
Kata penjaga kat situ buah tak berapa menjadi sbb cuaca panas
Family potrait :)

Yg ni harus cuba..so yummy..me bukan
pencinta strawberry tp bila dgn sos coklat mmg x bleh tolak
Fresh Blended Strawberry & Strawberry Milk Shake
Kemudian kami singgah kat Bharat Tea Plantation..kat sini memang sesak sangat dgn pengunjung..konon nak lepak & minum2 dulu kat situ sbb me tgok cafe tu ada macam2 dessert yg sedap tapi sygnya takde rezeki...beratur pjg satu hal..tempat duduk semua penuh, maybe dorang minum sambil menikmati pemandangan ladang teh dgn angin yang sepoi2 gitu, tu yg lama dok lepak situ kot...
Subhananallah..cantik sangat...hijau mata memandang...
Nun jauh kat bawah mmg takde la me nak turun
bukan ada tangga pun, so biar je la mereka ber2 jer ;)
Kat sini juga jadi tumpuan mereka yang nak beli souvenir dan bermcm-mcm jenis teh ada. Tapi me memang langsung tak beli teh sbb kami mmg bukan penggemar teh..sekadar minum bila teringin je.

Ikutkan hati banyak lagi tempat nak singgah, walaupun dah beberapa kali sampai CH tapi masih tak berkesempatan nak singgah Air Terjun Robinson yg orang dok ckp cantik tu. Weekend pun sesak, apatah lagi cuti sekolah...nampaknya kalau nak best kena pergi hari biasa baru tak sesak. Pukul 2 lebih kami dah bertolak balik sbb masing2 ada hal..adik ipar malam tu nak kena bertolak balik ke UMK, biras me pula ada customer nak jumpa utk tempahan pelamin. Kami??? Kami pun busy sebab si bujang kesayangan dah tuntut nak tengok movie Batman v Superman...:). Walaupun sekejap tapi tetap seronok bila jalan2 dgn family .


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...