Tuesday, April 5, 2016

Suami Tanpa Cinta *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt...

Sebuah lagi drama adaptasi Novel , gandingan utama Shukri Yahya & Janna Nick
Sinopsis :-

Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.Namun perkahwinan itu bersyarat, andainya jatuh talak keatas Ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid takde lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid & Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.



Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Tapi kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin bahagia & saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Tetapi Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar yg Ain sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Semua gmbr ehsan dr ig pelakon & penerbit, Dato Ziela Jalil
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani setiap godaan yang datang bersilih ganti. Namun, akhirnya kebahagiaan itu teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 



Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dptkah Aid mencari Ain ?? Saksikan drama ini nanti :) 



Sumber :~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...