Monday, May 30, 2016

Jemputan Kahwin @Rooftop Garden Hotel

Assalamualaikum wbt....

Semalam macam tak tekejar masa...Pagi pergi jemput Naqiuddin (weekend dia dapat outing)...terus ke The Mines coz en hubby ada bowling tournament...Ptg tu siap2 kena hantar pula Naqiuddin balik tahfiz., then jemput adik lps tu konvoi 2 kereta ke majlis kenduri anak sepupu me di Rooftop Garden Hotel...  Bukit Jelutong..

Alhamdulillah walaupun tak biasa dgn tempat tu tpi jumpa juga walaupun berpusing-pusing mencari..hihi. Happy dapat jumpa cousins dan saudara mara. Walaupun tak semua yang ada at least dapat kami berkumpul...Since parent pengantin busy memenag tak sempat nak snap gamabr dgn penganti & family. Kami pun kejar masa nak balik sebab dah lewat. Anak2 buah pun dah mula penat & meragam. Gambar pun tak sempat nak snap banyak :)
Sempat bergambar dgn sisters & cousins..
bwh tu cousins & auties pengantin
Family pengantin...Tahniah cousin dpt menantu sulung :)
Sekitar majlis

Apapun tahniah buat pasangan pengantin baru Nurul Iffat Far'ain & Nurzulfadli Izhar..Semoga perkahwinan kekal bahagia hingga ke Jannah..
Last sekali gambar kami...blur pun  blur la..suruh anak buah yg kecik snap gini la jadinya..haha
 

Thursday, May 12, 2016

Mengidam Tapi Bukan Mengandung ◕ ‿-。

Assalamualaikum wbt...

Nak share random gambar makanan yang ada dalam gallery hp me...lantak la orang nak cakap apa tapi me suka snap gambar makanan....dan suka pusing2 cari tempat makan. Tapi yang berdekatan je la, nak pegi jauh mana sempat kot balik keje dah pukul berapa kan. Since kami berdua je sekarang ni kadang2 petang tu malas nak makan nasi. Lagi satu anak tekak me pun macam2 gak perangainya..hihi..
Nasi Goreng Ikan Masin...sedap utk anak tekak me
Yg ni kami makan kat Sri Bestari Seksyen 7 BBBangi
Yang ni pula antara favourite kalau kami makan kat
RASA Alamanda...Waffle & NZ Roti John..so yummy
Yg ni kami makan kat Kelisa Corner..
sebelah Hospital Islam Az Zahrah Seksyen BBBangi
Pulut Mangga di Restoran Suhaila di Taman Kajang Utama
Yg ni Cendol Bakar Auntie Sue di Teras Jernang...sedap..
Chicken Steak & Rice...yg ni di Cempaka Rimba PKNS Bangi
Me suka makan steak kat sini sbb sos lada hitam yg sedap
Cukup la tu...nanti banyak me tepek gambar kat sini karang ada pulak yang betul2 mengidam.  Lenkali pula ye ^◕‿◕^

Wednesday, May 11, 2016

Aiskrim Sumi Jelly...Mudah & Senang

Assalamualaikum wbt..

Sabtu lepas Naqiuddin request suruh buat aiskrim ni....aiskrim yg dah lama jadi viral, termasuklah Aiskrim Nutella & Choki-choki..tapi memandangkan si bujang tggl kat asrama, so tak terdetik pun nak cuba...kalau buat pun en hubby je la yg makan tapi setakat sebatang dua tak berbaloi rasanya me nak buat,me pulak memang tak gemar sumi.

Kebetulan Naqiuddin cuti , and  me kan ibu mithali...haha isi bakul angkat sendiri gitu...takde la, sbg ibu bila anak request for sure akan buat kan...mana2 ibu pun especially bila anak tu tinggal kat asrama, balik sebulan sekali gitu. 

Balik dari kenduri kat KL singgah la beli bahan2, tak pakai banyak bahan pun..nak buat pun senang je...hanya perlu beli sumi & susu cair...susu pekat dah memang ada stok kat rumah.

In the making...:)
Nak isi katanya...cer tgok muka tu nampak sgt kesungguhan
& kerisauan takut tumpah...:D
Dan inilah hasilnya...me kalau bab ikat aiskrim Malaysia ni memang gagal...tak berseni...takpe la janji anak boleh makan.
Inilah hasilnya...masukkan dlm peti ais...
esoknya baru boleh makan..
Pagi2 dah check peti ais...sabar je la wahai anak...aiskrim tu selamat jadi breakfast dia....
Nampak tu..tangan je..muka dia tak bagi me snap...
malu la tu..hihii
Puas hati dia dapat makan berulang kali...alang2 dah buat tu me bagi kat kakak & adik sekali...

Resepi ??
Me ikut yg ni je...
Sumber : http://theviralsite.blogspot.my/2016/02/cara-membuat-aiskrim-sumijelly-yang.html



Monday, May 9, 2016

Tika Langit Terbuka # Tonton & Download#

Assalamualaikum wbt...


Sinopsis :~
Kisah benar masyarakat yang hilang kebergantungan dan pedoman, mereka mula memohon kepada Allah secara istiqamah, pintu langit dibuka luas dan doa mereka akhirnya dikabulkan.

Bersiaran setiap hari Jumaat di Saluran 106 Astro Oasis & 135 Maya HD , dilakonkan oleh Mira Filzah, Hafreez Adam dan ramai lagi.




Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


Sumber :~

Friday, May 6, 2016

Lunch @ Restoran Gegey

Assalamualaikum wbt...

Weekend lepas*dah nak masuk weekend lagi baru nak update,bz wey, kebetulan nak pegi tengok baby officemate kt Dengkil...Ikutkan banyak sangat restoran hipster skrg ni, tapi me takde la ambil kisah sangat sebab kebanyakan minuman & makanan lebih kurang sama je kot...kalau beza pun ttg signature food @ drink dorang je. Tapi yg ni me tertarik sebab nama tu unik...Gegey..kalau kami kat Kelantan itu maksudnya "bising"...."syhhh...jange gegey" hihi..

Terletak di kawasan shop lot...jangan mimpi nak parking betul2 depan restoran ye, tempat parking mmg takde...sila parking kat depan shop lot yg tepi jalan tu...masa me pegi tu orang tak ramai...kami order makanan tak sampai 10 minit dah ready.
Ini je yg sempat me snap sementara menunggu order kami ready
 Kat sini self service ok, u all pi kaunter order...nanti dorang prepare makanan..resit tu kena tunjuk kat kaunter air baru dorang prepare air. Dah siap kena ambik sendiri kat kaunter...jangan nak jadi diva sgt duduk situ & tunggu makanan sampai kat meja ....
 
2 hero me jadi gini sbb perut tgh lapar termasuklah me..;)

Kami order Nasi Gegey, ala2 Nasi Kak Wok gitu cuma bezanya kuah Nasi Kak Wook ada sedikit sayur2an tapi Nasi Gegey takde..satu lagi Nasi Gegey dihidang bersama keropok. Minuman pula, harus la order signature drink kat sini...me tengok kat IG ramai yang upload minuman extreme tu. Uniknya deco gelas yg dorang buat tu....hmm kreatif.  Order satu je untuk Naqiuddin , me & en hubby share big cup cappucino.
Dah jadi kebiasaan kami, minuman @makanan 
anak kami akan test dulu baru bagi anak ;)
 
Nasi Gegey..
 
Pendapat peribadi me, kalau u all nak minum air yg extreme ni, tak payah order makanan kot..minum tu pun dah kenyang...macam Extreme Chocolate Oreo ni topping tu ada oreo & beberapa keping brownies...memang dah cukup untuk mengenyangkan..me hanya makan brownies & try air tu seteguk je..muak weyy kalau lepas makan nasi minum pula air gitu. Si bujang me pun tak larat nak habiskan...nak termuntah katanya sebab kenyang..hihi. Next time nak cuba yang rainbow pulak..macam best je...

Nampak x yg tgh tu..menarik kan ;)
Air tu u all boleh pilih , ada vanilla, chocolate, green tea , cappucino & mocha. Sepatutnya kalau ambik oreo kena pilih vanilla kot baru lah tak muak sangat bila minum makan :)

Kalau nak tahu detail pasal Restoran Gegey ni boleh la terjah website dorang. Nak tengok menu lain2 semuanya ada kat situ :)

Tuesday, May 3, 2016

Dia Semanis Honey *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt ....

Drama adaptasi novel Dila Dyna..gandingan pelakon utama Alif Satar dan  Siti Nordiana (Nana)
Sinopsis...


Sinopsis Novel Dia Semanis Honey


Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan….


Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada

Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.



“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.


Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?



Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”


“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula….”


















Sumber :~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...