Tuesday, June 28, 2016

Jelajah Butik-Butik Di Bangi Sentral

Assalamualaikum wbt...

 Alhamdulillah,hari ni dah masuk hari yg ke 22 kita berpuasa...syukur masih diberi kesihatan yang baik walaupun kadang2 'angin' tu datang mengacau. 

Ikutkan shopping semua dah settle cuma tinggal nak cari tudung je. Setiap kali masuk area Bandar Baru Bangi ..last2 kami melencong ke lain..mana taknya, nak masuk pun sesak apatah lagi nak cari tempat parking..kereta yg banyak ibarat macam sardin dalam tin. Kalau gitu gayanya memang takkan masuknya en hubby ...nak parking tepi highway pun penuh.

Memandangkan minggu ni dah nak balik kg, kami cuba nasib je la..hari miggu tu pergi waktu petang , dalam pukul 5.30pm macam tu..alhamdulillah dapat jgk parking walaupun tepi jalan...kalau rasa nak parking area Bangi Sentral jangan mimpilah ye :).

Dari satu butik ke satu butik..sempat la me snap gambar..kat sini seperti yang u alls tahu terlalu banyak butik2 ...memang rambang mata sebab semuanya ada buat jualan murah sempena Raya...tak semua butik yang me terjah..tak larat...jom layan gambar yang sempat me snap hari tu...




Me dok aim yg ada beads tu..nak beli tapi
takde baju yg match color ;)

Yg purple tu mcm cantik je ..hmm..;)



Ada la beberapa lagi butik yg me masuk tapi tak sempat nak snap sbb kejar masa. Akhirnya...alhamdulillah, jumpa yg berkenan...satu untuk me satu utk mak(MIL) di butik yang berlainan..memandangkan me tak siap lagi, jadi me tak boleh ingat warna untuk yg dua pasang tu. Nasib la dapat suami yang memahami...bertabah ikut si isteri ni masuk keluar butik2 tanpa mengeluh penat..td dling..hihi..
Tq en suami belanja ;)
Inilah hasilnya...warna ???Cer teka cer teka...
Tadi tailor dah call...baju semuanya dah siap..yeayyy...nampaknya ptg esok ke lusa jelajah Bangi Sentral sekali lagi...

Friday, June 24, 2016

Ketupat Palas Mr Handsome *Tonton & Download*

Assalamualaikum wbt...

Sebuah lagi drama adaptasi Ketupat Palas Mr Handsome novel lakonan Fattah Amin & Mira Filzah mengisahkan Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh sebuah majalah ternama. Tetapi dia tidak tahu sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Dihadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. 

Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu seorang gadis yang pintar, sopan serta cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin mempermainkan perasaaanya sahaja

Ketupat Palas Mr Handsome



Drama Ketupat Palas Mr Handsome, di Lestary TV3 Ramadan ini


Wednesday, June 22, 2016

Alhamdulillah..Semoga DiPermudahkan...

Assalamualaikum wbt...

Baru sebulan di MTPD Naqiuddin dah kena menduduki peperiksaan...risau juga kot perubahan dari tempat lama ke tempat baru ni ada perbezaannya..tapi memandangkan konsepnya sama...alhamdulillah dia boleh buat walaupun tak keseluruhannya terbaik...


Semoga Allah permudahkan segalanya buat anak ummi...belajar dari bawah inshaaAllah akan dipermudahkan utk ke peringkat yg lebih atas.

Sepanjang bulan puasa pula anak2 tahfiz diberi pendedahan untuk menjadi imam solat terawih.....pertama kali dia menjadi imam solat terawih dapat 

2 kali..
 Alhamdulillah ...respon yang positif dari Tuan Haji..
Alhamdulillah..semoga dia dpt memperbaiki
lagi makrajnya dgn bimbingan ustaz..InshaaAllah



Tuesday, June 21, 2016

^◕‿◕^ Join Riang Ria Raya Blogger Contest di Lazada & Menang Kamera Cute ^◕‿◕^

Assalamualaikum wbt..

Dua tahun lepas pernah juga join contest Lazada tapi rezeki tak berpihak..tahun ni nak cuba lagi...seronok tau sekali sekala join contest macam ni..:)

Cara2 nak join ???

Senang sangat...

Klik banner kat atas tu untuk keterangan lanjut
Takkan baca je kat bawah ni...senang kan ??
Sila kira berapa Fujifilm Instax Mini Films tu...1 2 3 4...kira jgn x kira ;)

Lepas tu sila cuci mata tengoklah mana-mana barang yang u alls berkenan...4 barang dalam bajet rm500 ok kat sini http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/. Dah siap tu jangan lupa email jawapan & entry url u alls ke contest@lazada.com.my..

Ok...kat bawah ni me senaraikan 4 barang yang berkenan dihati...kalau ikutkan banyak yang berkenan.. -

1.Sharp Microwave Oven R202ZS ~ RM189.90(selepas diskaun 57%)
http://www.lazada.com.my/sharp-microwave-oven-r202zs-8290531.html

~ untuk diri sendiri dan hasilnya untuk saudara mara serta tetamu yang berkunjung ke rumah di hari raya..boleh buat biskut & kek yang sedap2 untuk mereka :) 

2. Jam Tawaf Sport Merah ~ RM89 (Selepas diskaun 50%)
http://www.lazada.com.my/jam-tawaf-sport-merah-6734621.html

~ Yang ni untuk suami tercinta, kalau nak tahu, jam tawaf ni banyak kebaikan untuk kesihatan kita..antaranya pergerakannya ke kanan atau melakukan pusingan ke kanan mengimbangi sistem otak dan pergerakan melakukan pusingan ke kanan mengimbangi tulang belakang anda

3. Handle for 2 Wheels Hoverboard DualWheel ~ rm99 (selepas diskaun 41%)
http://www.lazada.com.my/handle-for-2-wheels-hoverboard-dualwheel-9854101.html

~ Semestinya untuk anak bujang me, happy dia kalau dapat hoverboard ni...boleh dia pusing taman tasik bila kami keluar beriadah nanti..


4. PENSONIC JUICER PJ-37 ~ RM119 (Selepas diskaun 18%)
http://www.lazada.com.my/pensonic-juicer-pj-37-11083968.html

~ Yang ni untuk kegunaan seisi keluarga...nanti bolehlah me sediakan jus buah-buahan yang segar untuk keluarga..beraya sakan boleh tapi kesihatan perlu dijaga kan ;) 

Total yang me belanjakan lepas cuti mata di Lazada

V
v
RM189.90 + RM89 + RM99 + RM119 = RM496.90..

Perhhh...Raya sakan tu...rambang mata dibuatnya...mana taknya diskaun sehingga 92%....berbaloi-baloi tau. 

Ok..pilihan dah selesai...kejap lagi nak post , lepas tu nak email ke Lazada...semoga ada rezeki me nanti dapatlah kamera yang super cute tu....InshaaAllah  ^◕‿◕^

U alls yang nak join tu masih ada lagi sebab contest ni tamat pada 24 June 2016.

Wednesday, June 15, 2016

Bila Anak Remaja Shopping...

Assalamualaikum wbt...

Cerita separuh siap dalam draft...baru sempat nak habiskan & post entry ni...x pe..entry biasa2 je pun... Ahad sebelum puasa...memang ikutkan kami dah plan nak bawa Naqiuddin pi beli baju Raya...kebetulan dia cuti...so lepas ni takde masa nak bershopping pakaian dia sbb dia start cuti pun dah hari Sabtu...masa tu dah sibuk nak balik kg ..

Kalau kecik dulu senang, pi shopping tak try pun ok lagi...cantik & selesa untuk dia dimata ummi..itulah yang dia pakai..cuma kena make sure kain jenis cotton...kalau kain tak meresap peluh tu memang boleh dikira la brp kali je dia pakai..itupun sbb disuruh. Masuk sekolah rendah bila shopping baju dia nak suruh try tu bab yg paling dia tak suka..budak2 skrg kot dapat baju baru pun dah tak heran  ,mungkin sbb si ibu memanjang je beli bila ada yg berkenan walaupun bukan musim Raya.

Semenjak dah menuju alam remaja ni dah terbalik pula...a bit fussy bab pilih baju seluar...abah dia bagi limit, harga kemeja tu tak boleh lebih dr rm100 utk sehelai. 1st tempat kami pergi ioi City Mall Putrajaya...masuk le Parkson, Brand Outlets, H&M, Padini Concept Store...lepas tu masuk LOL..pun takde yang berkenan dihati..itu baru nak cari kemeja,belum lagi yg lain.... Kesabaran yang tinggi tau nak layan anak remaja tgh naik ni...
Brands Outlet
H&M
Uniqlo..berkenan tapi saiz s besar utk dia
Last sekali abah dia cakap takde takpe la, try tempat lain....so pegi  Alamanda...alhamdulillah jumpa kemeja yang dia nak tu...kat parkson..brand MARQ ..harga asal rm129 tapi dapatlah kurang dari rm100 after diskaun..baru settle sehelai...then dia cari pula t-shirt pun payah nak jumpa yg berkenan..lastly jumpa jugak...seluar pula satu hal, hari tu dah beli sehelai..yg ni nak warna putih pula katanya baru match dgn kemeja tu....payah nau nak jumpa...perubahan saiz dari kanak2 ke remaja..dah sah2 la kena beli dewasa tapi saiz paling kecil. Nasib baik makan pujuk...cakap kat dia yang putih beli lenkali. Alhamdulillah dia ok..so tukar warna lain...harga pun ok tak sampai rm100...cari pula sandal, yg ni senang sangat..me suggest Dr Cardin terus je dia try & cakap selesa..fuhh..lega..Nanti tinggal beli kasut and t-shirt sehelai dua lagi kot sempat sebelum Raya...kalau dibuatnya pilih2 tak berkenan memang pakai je la yg mana dah beli tu.

Akhirnya kelaparan...masuk PH makan..hihi
~ kami shopping ni sehari before puasa ye ;) ~
Alhamdulillah kebanyakan dah settle, en hubby punya, Sabtu lepas ke Sogo so dah settle ..tinggal baju2 yang ditempah je belum siap..InshaaAllah hujung bulan 6 siap kot*itu janji tailor...so get ready untuk bayar upah yang beratus-ratus. Ikutkan beli yg readymade lagi murah tapi nak buat camne, susah nak dapat saiz...utk en suami & si bujang me tempah kurta moden je..dah boring katanya nak pakai Baju Melayu sepsg .



p/s : Yg pasti Raya tahun ini takkan semeriah seperti sebelumnya...Tak tahulah macamana kami adik beradik berkumpul pertama kali tanpa arwah Chek dan 1st time juga tanpa arwah nenek......x boleh tau tulis camni..mata terus jadi merah...:'( :'(

Friday, June 10, 2016

Imam Mudaku Romantik #Tonton& Download#

Assalamualaikum wbt...

Drama adaptasi novel mengisahkan Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda / ustaz untuk menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah si keluarganya wanita itu.


Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Gandingan pelakon, Syatilla Melvin & Hisyam Hamid

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.


Campurtangan kedua ibu bapa mereka menambhkan lagi keperitan hidup rumahtangga mereka. Disebabkan fitnah itu, Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.



Bersiaran menerusi saluran Astro Oasis 106 dan Maya HD pukul 9.00 malam setiap Isnin hingga Khamis.










Wednesday, June 8, 2016

Semoga Nenek Tenang Di Sana...

Assalamualaikum wbt..

Al fatihah.....



Pagi tadi masa nak bangun masak untuk sahur...on data...whatsapp group bunyi....Innalillahiwainnahilairoji'un...satu2nya nenek yang me ada telah pun kembali rahmatullah...

Ikutkan arwah nenek memang dah lama tak sihat tapi lately kesihatan makin merosot sbb kurang selera makan...last me jumpa arwah masa arwah Chek meninggal..

Patutlah 2 3 hari ni, perasaan sayu dtg2 tiba2, me mudah menangis...plus rindukan arwah Chek ...maklumlah puasa pertama tiadanya arwah Chek...walaupun berjauhan tapi boleh dikatakan setiap hari call tanya sahur apa...berbuka masak apa...dah jadi rutin..rupanya disebalik ada petanda lain...me akan kehilangan nenek...tak dapat nak bayangkan Syawal nanti mcmana....

Arwah bukan sahaja nenek, malah Guru Quran yang me & anak2 cucu serta anak kampung bersama arah datuk...besar jasanya pada kami...Ya Allah, Engkau ampunilah dosa arwah nenek ku...tempatkanlah arwah bersama orang2 yang Engkau kasihi...



Tuesday, June 7, 2016

Cinta 11 Syarat #Tonton & Download#

Assalamualaikum wbt...

Sinopsis...

Sinopsis Cinta 11 Syarat versi novel


Rasya seorang pelajar tahun akhir yang pandai. Dia tidak pernah pun berkasih apatah lagi bermain bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. 
Aqasha Bella
Gandingan pelakon utama Aqasha & Bella Dally

Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.



Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!



Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. 



Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. 



Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.



Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.



Sumber :~

Salam Ramadhan 1437H

Assalamuamalaikum wbt...

Masuk hari ke2 berpuasa...Alhamdulillah masih dipanjangkan umur & diberi peluang olehNya untuk menjalani ibadah puasa tahun ini. Semoga Allah berikan kita semua kesihatan yg baik dan ibadah kita diterima Allah swt....

Since semalam, hati cepat tersentuh....sayu...Ramdhan yang pertama tanpa arwah Chek..orang yg akan me call pada malam pertama puasa...alhamdulillah nasib baik juga Naqiuddin cuti sampai hari Selasa...Itupun dok fikir camne nanti kami berpuasa berdua bila dia balik hostel...lagi sayu....

Astaghfirullahalazim...sepatutnya me kena redha....masa berlalu...setiap tahun akan ada perubahannya...Alhamdulillah syukur padaNya result Naqiuddin  memberansangkan...semoga Allah permudahkan segalanya...1st time dia berpuasa tanpa ummi & abah....
Jantung hati me ♥
Al fatihah untuk arwah Chek & Ayah....semoga Allah ampunkan segala dosa orang tu me dan tempatkan mereka dikalangan orang2 yang dikasihiNya...dan me rindu...rindu sangat pada mereka...

Thursday, June 2, 2016

100 Hari Macam Baru Semalam...

Assalamualaikum wbt...

Al fatihah...
Isnin lepas genap 100 hari pemergian Arwah Chek(bonda) tercinta...terasa macam baru je arwah takde...seriously sampai sekarang me tak boleh bersendirian..bukan menolak ketentuan Allah atau me tak redha tapi perasaan tu datang..
Gambar yg paling me syg..saat2 arwah sakit..:'(
Lebih2 lagi kalau me tengok gambar2 arwah yang terlantar kat hospital...laju je airmata tu keluar...Allahuakbar...hanya padaMU aku memohon kekuatan Ya Allah...me rindu sangat..hanya mampu sedekahkan Al Fatihah dan ayat2 suci Al Quran..itupun bila baca & niatkan untuk arwah terus hati jadi sebak...teringat pelukan terakhir..ciuman terakhir...Allahhh...

Telekung kegemaran arwah..akan me cium bila rindu itu dtg..:'(
Telekung tu telah berpindah milik...
dalam byk2 telekung ,inilah yg menjadi  kegemaran arwah
Gambar ni me snap last year slps arwah sembuh dr sakit
Ya Allah..Engkau ampunilah segala dosa arwah kedua orang tuaku...tempatkanlah mereka bersama orang2 yang Engkau kasihi & orang2 yang beriman...



 

Wednesday, June 1, 2016

Asssalamualaikum Cinta #Tonton & Download#

Assalamualaikum wbt...

Drama adaptasi novel Assalamualaikum Cinta karya Zura Asyfar bakal ditayangkan di Astro Ria pada bulan ramadan nanti. Dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Ayda Jebat, Emma Maembong, Ku Faridah, Wan Raja, Ieka Simone, Zalfa Zin dan ramai lagi.

Sinopsis :~
Hanya kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.



Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.



Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.



Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.



“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah



Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.



Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.


“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini


“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah


Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.



Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?



Saksikan drama Assalamualaikum Cinta ini  di Saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Jika tiada perubahan tarikh siaran mungkin akan bermula pada 30/6/2016, Isnin hingga Khamis 10 malam.













Sumber :~

Lambaian Ramadhan #Tonton & Download#

Assalamaualikum wbt...

Sebuah drama yang bakal membuat ramai yang menitis air mata...

Sinopsis :~


Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam lakonan Adi Putra dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Wardah (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam.


Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.

Adi Elizad
Para Pelakon
Sumber :~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...