Friday, June 10, 2016

Imam Mudaku Romantik #Tonton& Download#

Assalamualaikum wbt...

Drama adaptasi novel mengisahkan Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda / ustaz untuk menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah si keluarganya wanita itu.


Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Gandingan pelakon, Syatilla Melvin & Hisyam Hamid

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.


Campurtangan kedua ibu bapa mereka menambhkan lagi keperitan hidup rumahtangga mereka. Disebabkan fitnah itu, Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.



Bersiaran menerusi saluran Astro Oasis 106 dan Maya HD pukul 9.00 malam setiap Isnin hingga Khamis.










2 comments:

Qaseh Vee said...

baru semalam tgk ... sweet lah citernya ...

Nabila Syifa said...

xpenah tgk lagi cerita nih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...