Tuesday, July 19, 2016

Raya 1437H Yang Sederhana

Assalamualikum wbt...

Salam Aidilfitri u alls...Dah masuk minggu kedua Syawal...Kalau ikutkan takde mood nak post pasal Raya...tapi nak juga tulis..sekurang-kurangnya ada kenangan dan ingatan bila dah tua nanti*jika dipjgkan umur. Pada kengkawan yang pernah baca entri me sebelum ni sure tahu apa sebabnya kan.

Tahun ni me kehilangan 2 orang yang penting ...arwah Chek, orang yang paling me rindu dan tak sabar nak jumpa setiap kali nak balik kampung ...orang yang wajib me peluk cium setiap kali balik kampung dan di pagi Raya...Ya Allah...byk sgt kenangan..balik rumah rasa kosong...tiada lagi orang yang minta me picit kaki dia..tiada lagi orang yg buat ketupat palas & ketupat tebu yg terbaik yg pernah kami makan...Rindu sangat*tak nak tulis banyak psl kenangan tu..nanti hujan airmata pulak...As I said, bukan tak redha tapi hanya Dia yang tahu.

3 Ramadhan 1437H pula me kehilangan nenek tercinta...setiap balik solat Aildilfitri...rumah arwah neneklah rumah yang pertama yang akan kami kunjungi...tahun2 yang lepas, walaupun tak banyak ckp sebab dah uzur tapi ingatan nenek kuat..matanya masih terang...kalau berkumpul serentak semua sekali 5 generasi arwah nenek ...hmm memang tak muat rumah tu..lebih 500 orang kot..

Al fatihah untuk arwah ayah, arwah Chek, arwah Chek Aji(nenek) dan semua yang telah kembali kepadaNya...semoga Allah ampunkan dosa2 mereka dan tempatkan mereka diklgn orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Mulai tahun ni, abg me yg paling tua dah plan setiap tahun @ 2 tahun sekali...dia akan buat makan2 untuk keturunan arwah Chek ...dia tak nak bila org tua dah takde kami menjadi renggang..maklumlah masing2 ada komitmen..Alhamdulillah perancangan berjaya...nanti gambar2 moment tu me share kat bawah...
Kami adik beradik..tapi still tak lengkap sbb ada yg
beraya rumah mertua & rmh masing2 :)
Breakfast kt rumah kakak sulong , rumah dia blkg
rumah arwah orgtua kami je
Malam Raya ke2 bakar membakar kambing & ayam
Abg me yg paling tua sponsor..
Masa ni semua adik beradik & family berkumpul kecuali adik
me yg sorang lagi beraya kat Perak rumah in law dia
Pagi hari Raya yang kedua melawat 'rumah' baru kesayangan kami...al fatihah buat arwah Chek ,arwah ayah & arwah nenek..kami rindu..rindu yg amat...hanya Dia yang tahu...semoga tenang di sana dan bersama orang2 yang dikasihi wahai kesayangan2 me.
Merenung dari jauh..lama sikit baru ada kekuatan menahan
air mata....tahan sebak sebenarnya..
Pagi Raya Ke2 pula breakfast kat rumah kakak yg ke2 :)
Itu lah sedikit cerita me dan adik beradik di Aidilfitri 1437H ...yang pasti tak sama seperti tahun2 yang lepas...kegembiraan itu tak sama...terasa lain sangat..

Lepas breakfast tu terus bertolak ke Pahang pula...sambung Raya rumah mak mertua & adik beradik en hubby pula :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...