Tuesday, August 16, 2016

Si Kolot Suamiku #Tonton & Download#

Asslamaualaikum wbt...

Sebuah drama menarik gandingan utama Amar Baharin & Sit Elizad setiap Isnin - Khamis jam 10pm-11pm di Saluran Astro Ria .

Mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga diri membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak.
Adatasi Novel

Kudin pula seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.



Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.




Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.















Monday, August 8, 2016

Perlis !! Kami Mai ^◕‿◕^

Assalamaualikum wbt...

Sepanjang umur hidup me, inilah pertama kali jejakkan kaki ke Perlis...Dah sampai kat Perlis ni bermakna dah selamat semua negeri kat Semenanjung ni me jelajah..hihi. InshaaAllah satu hari nanti ke Sabah & Sarawak pula..hihi.

Inipun kebetulan adik ipar me nak bertunang dgn orang Perlis :). Kami bertolak pagi Sabtu..dari KL 3 kereta, dr Pahang 2 buah kereta. Sampai kat Gurun tambah lagi satu kereta Mak Usu en hubby..Alhamdulillah selamat sampai walaupun lewat sikit.Kemudian terus pi cari makan kat Kuala Perlis..

Yg ni masa mula2 sampai kt Kuala Perlis..nk isi perut masing..hii 
Cantik sgt pemandangan sunset kat sini..
ats tu Masjid Al Hussain dikenali juga sbg masjid terapung
Ikut plan asal nak pegi makan lokching yang orang dok sebut2 terkenal kat Perlis...tapi masa tak mengizinkan..pulak tu deretan greai tu betul2 tepi jalan..risau la pulak keselematan anak2 kecil. So adik ipar me pi tapaukan.

Balik homestay semua dah kepenatan...prepare apa yg patut untuk ke Majlis Pertunangan esok. Niat nak keluar ambil angi dgn en hubby pun terkubur mcm tu je..Penat weyyhh walaupun bukan me yg drive..hihi

Pagi esoknya keluar kejap ke Kuala Perlis..nak beli apa yg patut untuk org KL..tak banyak yg menarik kat Arau..konon nak beli Mangga Harum Manis tapi kata pakcik gerai tu bukan musim so takde..kalau nak juga kena pergi ladang ..masalahnya tak sempat daa..
Keje laki bini..konon nak snap Pulau Langkawi nunnn jauh di sana
Kalau msa pjg mmg ke sebelah sana la kami ;)
Santap lokhing kat gerai..not bad tapi me suka lagi colek yg
Klate tu (lebih kurang lokching je cuma bezanya colek tu
bhn2nya digoreng bersalut tepung)
Tak dpt beli Mangga Harum Manis dpt snap gambar pun jadi la
Yg ni blkg homestay yang kami bermalam tu.
Lepas Zohor kami bertolak ke rumah bakal biras me ..InshaaAllah Disember nanti...dlm 10 minit dah sampai...pemandangan sawah padi yg menghijau tu rasa sejuk mata memandang walaupun cuaca panas terik dan terasa bahang. Uniknya atas batas2(pembahagi antara sawah2) padi tu dorang tanam pokok mangga.

Rombongan kami ingin memetik bunga di taman..hii...
Alhamdulillah..dah dipetik secara rasmi..
♥♥Selamat bertunang Ali & Yana♥♥
Semoga kalian kuat dgn segala ujian dan selamat
ke jinjang pelamin. 
Sesi makan2 tak sempat nak pegang hp...so santap lah kami dengan hidangan nasi dan lauk pauk..dan sudah semestinya Laksa org Perlis...pertama kali tengok laksa yg tak guna cili kering..sebab dorang ckp tak pedas. Me??? Mmg tak try..tak berani nak makan campur2...karang nak ke Padang Besar perut meragam pulak.

Lepas selesai majlis kami ke Padang Besar tapi kat sana dalam 2 jam je kot...pada me takde yang spesial sgt sbb lebih kurang sama dgn Pengkalan Kubor & Rantau Panjang je...Beli apa yg patut. Terus bertolak ke rumah Mak Usu...bermalam kat Kedah 1 malam.

Sebelum sampai tu singgah dulu makan malam kat kedai orang Klate, kata Pak Usu 'saudara demo' ...oo rupanya owner dia tu org Kok Lanas..kira dekat dgn kg me.  Malam tu juga kami kenduri durian & pulut durian..Ya Allah...subhanallah nikmatnya dapat makan durian fresh dari dusun Pak Usu*blkg rumah je
Nampak tu..masing2 tak mandi & tukar baju pun lagi..
terus terkam durian ...tetiba pulak terasa sayu teringat kenangan
makan durian dusun arwah ayah..rindunya berkumpul saat2 mcm tu :'(
Masing2 tidur awal sebab kepenatan. Esok paginya sebelum bertolak balik kami ke Tanjung Dawai. Tempat yg terkenal dgn jualan ikan masin dan ikan bilis..katanya murah tapi pada me lebih kurang harga kat pasar di KL je kot. 

Family Foto kat Jeti Tanjung Dawai...

Harus la ada gambar tuan rumah ;)
Lepas tu kami ronda2 naik bot..bestnya...luas mata memandang...bayaran tak mahal...rm5 satu kepala...lalu la Pantai Merdeka..tak silapa me dulu ada satu lagi tu Cinta Pantai Merdeka..hmm..mungkin glamor dikalangan anak2 muda yg bercinta kot..hihi
Tengok tu masing2 bukannya fikirkan keselamatan...
Yg penting mak haruslah dipakaikan jaket keselematan..huhu
Alhamdulillah semua dah selesai...pukul  9 lebih kami sampai Kajang..penat terasa ...InshaaAllah bulan 12 nanti kita pi lagi ye untuk ikatan rasmi pula ^◕‿◕^.


ps : Satu yg x best ...kami x lengkap tanpa dia..tapi demi ilmu kami kena redha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...