Tuesday, November 1, 2016

Itu Naik Ini Naik...Hmmm

Assalamualaikum wbt

Rasa macam lama sangat tak update blog...dalam keadaan macam ni mood menulis pun down. Nak pula kalau bab2 yang boleh datangkan stress me cuba elakkan..hihi.

Mlm tadi bertubi2 gambar masuk dalam group whatsapp tentang kenaikan petrol bermula hari ni (1 November 2016)...yang tu macam ok la sebab dah biasa. 
Sumber : Harian Metro
Lepas tu dapat lagi mesej...
Kenaikan harga minyak masak yg mendadak sbb takde
lagi subsidi utk myk masak 3kg & 5kg :(
Ingatkan gimik ke ape..tapi bila member ofis cakap kawan dia cakap betul sbb bila beli memang harga dah rm20++ utk 5kg(biasanya rm13.35 je). 


Hmmm...apa nak dikata...pengguna tetap perlu menggunakan walaupun ianya akan membebankan, cuma mungkin ada yang ambil inisiatif lain selain dari menggoreng...kukus, rebus @ bakar. Tapi dengar2nya harga gas memasak pun akan naik...Hmmmm...bertabahlah kita semua...tak tahu nak cakap apa...

4 comments:

Along Misuari said...

Hari ini kita bising minyak naik..
hari ini juga kita isi minyak..

Apa kesan kepada harga minyak apabila kita bising??
nanti PRU kita pilih manusia yang sama juga..

masalah ini tak akan selesai sampai bila2 selagi mana manusia yang sama memerintah Malaysia.. Faham maksud Am?hihihi]

Posting terbaru AM
Serangan Jantung : Langkah Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa


Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Norma NML said...

@Along MisuariHmmm...faham sgt..tapi susah kita nak ubah pemikiran org lain..doakan semoga mereka diberi kesedaran :)

Husna Rahman said...

adeh mood menulis asyik down..minyak asyik naik..caner nih?

kikiki...#sekadargurauan supaya xstreh sgt ngan kenaikan hage minyak..

Cik Itah said...

sy sempat beli dua botol 5kl ja hari tu sebelum harga naik. ingat nak beli lagi tapi sayangnya stok lama da habis.. stok baru semua da naik harga :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...