Monday, November 7, 2016

Outing With My Heroes...

Assalamualaikum wbt...

Semalam minggu pertama , macam biasa Naqiuddin boleh outing. Ikutkan pukul 11 dah boleh bawa dia keluar tapi en hubby pula kena keje semalam so balik keje baru pi jemput si bujang kami.

Nak bawa pi shopping complex memang tak sempat sebab kena hantar sebelum pukul 6pm, jadi kami bawa je dia keluar makan dan beli apa2 yang patut. Biasanya kalau outing dia akan beli la bekalan makanan sampingan dan keperluan lain. Sebab kebanyakan tahfiz waktu makan mereka 3 kali sehari sahaja. 

Kami bawa pi makan tempat yang paling dekat, Cendol Bakar Auntie Sue...since dia cakap dah kenyang , kami order je Cucur udang...tapi yg lainnya kat sini ,ia bukan semata-mata cucur udang..ada fish ball, sosej, nugget & tauhu goreng . Kalau dah makan kat sini tak sah kalau tak pekena cendol..kami order Cendol Pulut Durian, Cendol Durian & Cendol Jagung.  
Masa awl2 oreggy teringin sgt nk makan durian
bila tgok Cendol Durian tu lsung x de rasa nak cuba..huhu
Alahai rasa macam sekejap sangat ummi jumpa...tak lepas rasa rindu ..padahal baru minggu lepas(cuti deepavali) dia cuti...bawa dia balik kampung jumpa  Uwannya . Next ..InsyaaAllah hujung bulan 12 balik lagi sbb kenduri sambut menantu adik ipar me yg bakal berkahwin awal bulan 12 nanti...ke Perlis lagi la kami...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...