Thursday, December 8, 2016

Tahniah Adik Ipar & Pasangan

Assalamualaikum wbt...

Lately kemalasan nak update blog yang sememangnya tak glamor ni..hihi. Tak kisah la...for me yang penting blogging tu as diary, walaupun tak update hari2 tapi untuk tarikh & peristiwa penting sebolehnya me cuba rajinkan diri...ye la,bukan selamanya kita muda & ingat peristiwa2 penting kan.

Jumaat lepas me dan keluarga mertua ada rombongan 'Mak Siti' ke Arau Perlis...kali ni mak mertua dpt menantu belah utara pulak...belah timur & barat dah ada...soon org KL pulak...hihi

Kami bertolak sehari awal , stay kat Homestay Raihana...berdekatan dgn Pusat Matrikulasi Arau...sangat selesa..ada 3 bilik air termasuk yg dlm masterbedroom. Bilik ada 4, termasuk bili solat yg agak luas. Dapur dan kemudahan lain semua lengkap kot nak masak la kan..tapi kami takde nak masaknya...dah penat gitu..malam keluar makan..breakfast keluarga pengantin perempuan hantar esok paginya...Nasi lemak dan karipap...lengkap dgn air sekali. Tapi dok busy sangat sampai me terlupa nak snap gambar homestay tu. Yg penting bersih dan mmg puas hati.

Tiba harinya ...bil 'Big Day'...En hubby dari dalam kereta dok pesan dan nasihat macam2...maklumlah tak mudah nak galas tanggungjwp jaga anak dara orang...nak jadi nakhoda rumahtangga...yang penting walaupun dah nikah Mak jangan lupa...restu Mak tu sgt penting. Alhamdulillah sekali lafaz adik ipar me dan pasangannya selamat diijabkabulkan oleh ayah pengantin perempuan sendiri.
Suasana selebelum akad nikah..
Alhamdulillah...terbina sebuah lagi 'Masjid' ;)
Family Pengantin Lelaki & Family Pengantin Perempuan
Lepas tu kami lepak je kat Masjid...malas nak balik homestay...lepas solat Zohor terus gerak pi rumah pengantin perempuan...cantik je mata memandang...hijau pokok padi sepanjang jalan...kebetulan rumah pengantin perempuan pun area sawah padi. Makanan memang banyak. Tapi tekak me ni tak boleh nak makan macam2, nanti tak pasal2 semua keluar balik.

Pengantin Baru ♥
Pengantin Lama ♥♥
Family potrait...Nampak x sawah kat blkg tu..nice
Lepas makan dan bergambar kami tak tunggu lama, Mak Usu dan family kena balik Kedah sebab mak mertua dia kurang sihat...Pak Cu pulak nak balik KL hari tu jugak. Kami pi lepak sekejap tepi pantai, konon nak pekena laksa tapi perut still kenyang. So balik je homestay..masing2 kepenatan.

Pesanan kepada pengantin...Ali & Yana...jagalah rumahtangga korang baik2 ok..kena tolak ansur dalam semua perkara...jangan mengungkit kekurangan pasangan masing2 dan terimalah seadanya. Paling penting kenalah hormat keluarga pasangan masing2. Semoga kalian bahagia berkekalan hingga ke Syurga

Esok paginya lepas sarapan terus pegi Pasar Pokok Getah ataupun org Perlis panggil Nat Pokok Getah..perhh luas sangat...kiri kanan jalan..memang tak larat la me nak jelajah semua. Pusing tak sampai separuh dah penat.
Macam2 ada & murah sangat.
Lepas ronda kejap kami  bertolak balik ke Kajang...konvoi dgn adik ipar yg lagi sorang tu sebab dia nak singgah Perak, rumah nenek isteri dia. Satu van lagi dorang pi jalan2 dulu ke Kangar. Ye la..alang2 dah sampai kan. Macam me ni tak larat, kebetulan mak mertua pula demam..esok pula dah keje.

Ingatkan bukan musim perayaan jalan smooth je, tapi sesak sepanjang jalan...pukul 10.30pm baru sampai rumah...penatnya.....







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...